Archive for April, 2009

Belajar dari Sang Semut

I’ll be on holiday, tomorrow!!

Di mana-mana saja kita dapat melihat wujudnya makhluk Allah ini iaitu semut. Di dalam rumah, di luar rumah, di hutan, di padang pasir hatta di dalam kereta juga mungkin kadangkala dia berada di situ. Sama seperti lebah (al-nahl) dan labah-labah (al-’ankabut), semut  (al-naml) juga adalah spesis serangga yang Allah Taala berikan keistimewaan sehingga disebut sebagai salah satu nama-nama surah di dalam al-Quran.

Kenapa mereka begitu istimewa?

(more…)

30/04/2009

Paha Lelaki Bukan Aurat?

katun1

Apabila bercakap tentang dalil naqli had aurat wanita, mudah saja untuk kita mengetahui dan mencarinya. Namun, apabila berbicara tentang dalil naqli bagi aurat lelaki, sukar untuk kita menjawabnya.

Para ulama’ bersepakat bahawa qubu dan dubur merupakan aurat mughallazah yang wajib ditutup. Namun, mereka berbeza pendapat tentang hukum paha sama ada ia juga wajib ditutup.

(more…)

2 comments 28/04/2009

Bagasi

Bagasi

Ku heretmu ke satu perjalanan

Perjalanan yang penuh liku dan rintangan

Liku yang berselirat dengan hal keduniaanmuhasabah_islam (more…)

28/04/2009

Allah Selamatkan ‘Ulwan

'Ulwan sedang menikmati kek hasil air tangan ummi

'Ulwan sedang menikmati kek hasil air tangan ummi

Hari ini 23 April 2009 jam 5 petang, Ahmed ‘Ulwan genap usianya 4 tahun. Hari yang dinanti-nantikannya sejak 2 hari yang lalu meskipun konsep masa itu sendiri masih belum difahaminya.

Dia lahir sebagai bayi pramatang, 31 minggu. Tanpa disangka dan dijangka dia menjengah dunia lebih awal dari waktunya. Itulah ketentuan Allah yang hanya akan kita ketahui keindahan dan kesempurnaan perjalanannya apabila kita menoleh dan meneliti kembali ke belakang.

Dia istimewa sebagaimana juga abang dan adiknya. Penyejuk hati pengubat jiwa nan lara. Kata-katanya lancar, berbisa dan seringkali menjadi bahan ketawa. Pendekatan psikologinya strategis sekali dan seringkali menjerat ummi dan abi. Namun, giginya kini tiada lagi..  :) Kasihan gigi..

Manipulasi kebijaksanaan akalmu sayang, agar nanti Allah selamatkan ‘Ulwan daripada serangan pemikiran yang menyesatkan.

Hiasi peribadimu dengan akhlak Islam sayang, agar nanti Allah selamatkan ‘Ulwan daripada kebejatan moral yang tiada kesudahan.

Doakan ummi dan abi supaya bertqwa sayang, agar nanti Allah selamatkan ‘Ulwan daripada neraka yang menggila.

Ya Allah, selamatkan Ahmed ‘Ulwan.

Kakak-kakak yang turut meraikan 'birthday' 'Ulwan

Kakak-kakak yang turut meraikan 'birthday' 'Ulwan

2 comments 23/04/2009

Liberalisasi..

wang bukan segala-galanya

wang bukan segala-galanya

Ketika sedang menikmati hidangan malam sambil mendengar berita di TV, Dato Seri Najib Razak mengumumkan akan melaksanakan liberalisasi perkhidmatan dalam menangani situasi global yang agak meruncing.

“Liberalisasi perkhidmatan?” soal saya di dalam hati.

Selaku Perdana Menteri dan merangkap Menteri Kewangan, saya mengakui tugas untuk mengelakkan ekonomi Malaysia dari terus terjerumus ke kancah masalah ekonomi global adalah suatu yang jelas kesukarannya.

Ramai orang boleh menuding jari tentang banyak perkara, tetapi pelaksanaan tanggungjawab selaku seorang yang ‘bertanggungjawab’ dan amanah dengan tugasnya adalah perkara yang bekalan ke akhirat kelak.

Mungkin ada yang kata..

“Emm, politik la tu.” atau

“Nak menguntungkan kroni dia la tu.”

(more…)

22/04/2009

Yang Segar-Segar Sahaja

Mana satu handsome, 'Ulwan atau si bunga raya?

Mana satu handsome, 'Ulwan atau si bunga raya?

Subhanallah.. Maha Suci Allah yang menyediakan segala-galanya di muka bumi ini untuk faedah manusia. Daripada jirim yang bukan hidup sifatnya, sehinggalah yang dinamakan sebagai benda hidup seluruhnya memberi faedah akhir kepada manusia.

Namun harus diingat, tiada suatu pun hasil yang dinikmati manusia datang dengan bergolek. Setiap musabbab pasti ada sebab. Inginkan faedah harus ada kaedah. Inginkan hasil harus ada usaha. Inginkan kejayaan harus ada cara. Ringkasnya, semuanya harus bermula dari kita.

(more…)

2 comments 21/04/2009

Tunggu Orang Lalu(TOL)

“Amacam!, dengar-dengar tol nak diturunkan.” sua Najib.

” Eh! bukanlah, baru cadangan nak dikaji..belum turun lagi.” tegas Udin.

“Agak-agaknya turun ke? Ye-ye je cakap, ntah-ntah gimik..tak habis-habis “cebik Keri.

“Peh! ini kalau si Velu dulu tu yang jadi menteri, mesti  pening dengar dia punya ulasan..mujur lah tak de lagi.” lega si Udin.

Suara gelakan memecah suasana santai makan tengahari di Cafe Dijah.

anda faham? saya pun tak faham...itulah cerita tol

anda faham? saya pun tak faham...itulah cerita tol

(more…)

4 comments 20/04/2009

Kahwin?

gerbang perkahwinan

gerbang perkahwinan

Dalam kelas hafazan saya pada hari Isnin yang lalu, sambil-sambil menunggu mereka bertasmi’, saya dapat ‘menangkap’ bait-bait perbualan mereka yang berkisar berkenaan ‘kahwin’.

Sememangnya kelas hafazan dan tilawah adalah kelas yang agak santai, namun ia tidaklah boleh di’status’kan sebagai ‘kelas lepak’.

Lalu saya menegur mereka “Ni  apa ni,cerita kahwin-kahwin?, baca-baca..lepas ni nak cerita-ceritalah.Habis masa tak baca lagi..denda akan menanti. ” Sekadar gertakan cuma, hakikatnya kelas ini belum pernah merasai ‘denda’ saya.

Mereka tersenyum dengan teguran saya, tersipu-sipu dengan perbualan mereka yang dapat saya ‘detect’.

Di dalam hati, ingin saya titipkan ‘pujian’   buat mereka kerana walaupun mereka berbual, mereka masih lagi dapat menghafal dengan baik dengan kata lain mereka ‘on the right track’.

Soalan

“Ustaz! dulu ustaz kahwin umur berapa tahun?”sekonyong-konyong soalan itu dilontarkan kepada saya.

Saya hanya berdiam sahaja kerana sedang menyemak bacaan salah seorang daripada mereka.

“Ustaz dulu kahwin guna borang macam Ustaz Idris ye.” lagi satu soalan dilemparkan kepada saya.

Masih lagi membatukan diri kerana tumpuan kepada al Quran tetapi sedikit terusik dengan soalan itu.

“Ustaz jumpa isteri ustaz kat mana..?”soalan seterusnya.

Kebetulan semua telah selesai bertasmi’,dan masih ada sekitar 9 ke 10 minit untuk saya menjawab soalan mereka secara pukal. (more…)

12 comments 19/04/2009

Meniti Jejak Tuhan

Malam tadi seusai majlis itu saya terus balik ke rumah selepas menitipkan beberapa pesanan buat  Pengarah Projek. Jam digital di telefon saya menunjukkan angka 12. Namun, mata ini tidak mampu dilepaskan bebanannya daripada terus terbuka. Minda berpusing. Mana mungkin mata meninggalkan tuan pemberi arahannya keseorangan sebelum diberi arahan untuk berhenti bertugas. Patuhnya mata kepada minda..

(more…)

16/04/2009

Makhluk Yang Halus

Suatu hari ketika di dalam kelas pengajian Moral, seorang anak murid saya bertanyakan satu soalan.

“Cikgu, cikgu percaya hantu ke?” soalnya dengan pelat Tionghua yang jelas. “Ya, saya percaya hantu sebab hantu tu sebenarnya syaitan.” “Ini kan, budak laki kata dekat chalet lelaki ada hantu lo,”. “Ya ke? Diorang nampak?”. “Ada. Diorang nampak orang tua duduk dekat common room sampai pagi.” “Habis tu, diorang buat apa?” “Diorang takut. Duduk dalam bilik aje sampai pagi”.

“Apartment cikgu ada hantu ke?”, soalnya ingin tahu. “Alhamdulillah, setakat ni saya tak pernah dengar lagi. Tapi memang ada di mana-mana”.

Pagi tadi, saya tiada kelas di awal pagi. Seusai menghantar anakanda-anakanda ke PASTI dan taska, duduk bersarapan seorang diri menjamah roti sambil melihat Malaysia Hari Ini di TV3. Topik perbincangan adalah tentang filem Jangan Tegur yang baru sahaja ditayangkan di pawagam-pawagam. Ngeri dan seram juga tengok promo filem ini. Ishh.. manusia ni sengaja mencari penyakit.

(more…)

13/04/2009

Previous Posts


 

April 2009
M T W T F S S
« Mar   May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Archives

Blogroll

Blog Stats

Categories

pandangan

post terkini

FREE PALESTINE

Pages

Meta