1001 kisah seorang guru

15 Mei 2009 (18:56)teachers-day

“Bib bib (2x).” bunyi nada mesej telefon bimbit saya sewaktu saya dalam perjalanan pulang kerja.

“Jasa dan pengorbanan tiada tandingan, moga perjuangan kekal berpanjangan, terima kasih atas ilmu yang dicurahkan..~SELAMAT HARI GURU~xxxxxxxx.”

Mesej ini saya terima tanpa menyedari bahawa esok (16 Mei) adalah Hari Guru.

Apa-apa pun mesej yang berharga ini sudah cukup menghiburkan dan menyejukkan hati insan yang bernama ‘guru’, tidak kira pelajar-pelajarnya benak ke atau cerdas ke..ia sudah memadai. Bangga menjadi seorang ‘guru’.

Terdetik juga di benak kepala, kalau ‘lecturer’ sudah tentu tidak dapat ucapan sebegini kerana ‘sentuhan’ mereka berbeza.

Dilema Guru

Saya sempat menyelak majalah Dewan Masyarakat edisi Mei 2007 berkisar pahit maung kerjaya seorang guru. Sarat dengan kisah dan teladan yang boleh diambil.

Ya! guru adalah ‘pemula’ kepada si ‘bodoh’ menjadi ‘pintar’ dan guru juga berperanan sebagai seorang ‘ayah’ dan ‘ibu’ kepada pelajar yang kehilangan kasih sayang.

Guru adalah segala-galanya.

Besarnya pengorbanan guru bila berada di pedalaman terutamanya di Sarawak dan Sabah, ada yang terpaksa meredah belukar dan denai dengan berjalan kaki selama 8 jam untuk sampai ke sekolah.

Ada juga kisah yang terpaksa ke sekolah menaiki bot yang jaraknya sejauh 350km, semata-mata untuk mendidik anak-anak di luar bandar untuk boleh sekurang-kurangnya menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) agar ‘celik’ dan tidak mudah ditipu kelak. Pelajar-pelajar di sana cukup tekun untuk belajar walau sukar untuk memperolehinya.

Subhanallah.

Lain pula kisahnya di sekolah-sekolah bandar. Guru agak mudah menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada tetapi pelajarnya pula tidak agak ‘sukar’ menerimanya (bukan semua).

Ada juga guru yang dianggap ‘musuh’ sehingga ke mahkamah untuk menyelesaikan kes. Aduh!

Mengeluh juga jika mengenangkan kes-kes seperti ini berlaku kepada guru dan pelajar kini.

Dulu Kala

Jika seorang pelajar gagal menghafal atau menurut arahan yang diberikan guru, dendaan dirotan, dipiat telinga, dicubit diperut adalah menjadi perkara biasa. Bahkan ada yang diterajang keluar kelas.

Jika pelajar berkenaan mengadu kepada ibubapa, bukan mereka mendapat pembelaan, bahkan ‘ditambah’ sebagai balasan kerana engkar dengan arahan.

Itulah asam garam kehidupan seorang pelajar berhadapan dengan pengetahuan (guru).

Kini

Piat, cubit, rotan di tangan bahkan hanya dengan amaran sahaja pun, kemungkinan akan dibawa kes ke mahkamah.

Serba tidak kena dengan peranan guru di sekolah, istlah mengajar dan mendidik menjadi persoalan.

Ada yang kata, guru hanya perlu mengajar sahaja, mendidik berikan kepada teman (ibubapa).

Ada pula yang membuat hujahan , gurulah cerminan kepada jatidiri pelajar berkenaan. Bermaksud mengajar dan mendidik pelajar menjadi insan budiman.

Salah tanggapan tentang ‘career’ seorang guru juga dipersoalkan. Ada guru yang hanya ‘cari makan’ bukan hendak memberi pendidikan. Ada juga guru yang mengambil peluang, di sekolah ‘bagi sikit-sikit’..yang ‘lebih’ tu dibuat ‘kelas tambahan.’ Aduh! pening-pening, serba tak kena dengan guru zaman kini.

Mudah cerita

Bagi mereka yang berasa ‘guru’ ini berada dalam ‘comfort zone’, saya mengalu-alukan mereka mengambil tanggungjawab guru (untuk mengajar sahaja bukan mendidik pelajar) di sekolah. Tidak payah satu hari, ambil masa dalam 1 jam setengah..cuba lihat apakah luahan mereka.

Mutiara hikmah

IMG_0994“Jika engkau mengetahui kesalahan atau kebimbangan gurumu, janganlah jadikan itu alasan untuk meremehkannya, kerana itulah yang akan menjadi sebab engkau tidak akan memperoleh ilmu, dan siapakah orangnya yang tidak pernah salah?”

“Hati-hati, jangan sampai membuat gusar guru anda, hindari perang urat saraf dengannya, dalam erti lain jangan menguji kemampuan ilmiah mahupun ketabahan guru anda. Dan, kalau engkau ingin berpindah belajar kepada guru lain, maka mintalah izin kepadanya, kerana sikap ini lebih menunjukkan bahwa engkau menghormatinya, serta lebih  membuatnya mencintai dan menyayangimu.”

5 thoughts on “1001 kisah seorang guru

  1. maya tahu sambungan lagu guru paksuamir tu cane..ini kan..

    Tuhan kurnia mereka
    Sejuta rahmat
    dalam kehidupan…
    yang membimbing mendidik
    kami semua sehingga kini…

    Dari hati ini,
    ingin ku sampaikan
    jasamu kan tetap
    dalam ingatanku…
    abadi….
    ^^dan saya teringat zaman sekolah dulu sebenarnya ;)

  2. Indahnya jasa seorang guru memang tidak dapat dikira dan dihitung. Terima kasih buat semua guru. Biar pun ada yang membenci kamu wahai guru…

    Di sudut sana ada satu lilin,
    Yang ceria memberi cahaya,
    Harapan insan di sekelilingnya,
    Yang menggapai dan memerlukan,
    Sinar di malam gelap,
    Sinar untuk gemilang.

    Begitu juga,
    Guru yang kucinta,
    Bagai lilin yang membakarkan,
    Diri untukku,
    Untuk masa depanku,
    Tak terucapkan terima kasih,
    Yang tak terhingga,
    Guru,
    Guru sayang.

    Walaupun ada yang membenci..

    Bisik hatiku
    “Aku tetap perlu kamu(semua guru)”

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s