Archive for July, 2009

Vigil

Artikel di bawah bersumber daripada Majlis Pengkajian dan Penyelidikan Hukum (MPPH), sumber Virtual University. Satu penjelasan berkenaan isu nyalaan lilin. Diharap memberi manfaat dan pengajaran kepada para pembaca.

Pengenalan

Islam agama yang memberi keadilan kepada semua manusia samada yangber agama Islam ataupun tidak. Oleh sebab itu, perbincangan Ilmu Feqah diletakkan juga perbahasan berkenaan dengan ahli Zimmah (golongan bukan Islam yang bernaung dibawah Negara islam.).

Allah SWT berfirman :

Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik  dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. (Mumtahanah : 8)

Sabda Nabi SAW :

عَنْ ‏عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ‏ عَنْ النَّبِيِّ ‏صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏‏قَالَ ‏: ‏مَنْ قَتَلَ نَفْسًا مُعَاهَدًا لَمْ
يَرِحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ
أَرْبَعِينَ عَامًا

Maksudnya : Sesiapa yang membunuh seorang yang mempunyai perjanjian (perdamaian), maka dia tidak akan dapat menghidu bau syurga, walaupun syurga itu dapat dihidu bauannya sejauh perjalanan 40 hari. (Riwayat Al-Bukhari) (more…)

31/07/2009

Puasa Sya’ban Nabi

Biasa kita dengar sesetengah orang memilih untuk berpuasa 3 bulan sekaligus pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan dan diakhiri dengan 6 hari pada bulan Syawal. Persoalannya, adakah ia dilakukan atau diajar oleh baginda Nabi s.a.w?

(more…)

29/07/2009

KYUEM closed!

Alhamdulillah syukur juga kerana dapat cuti tanpa diminta selama seminggu. Namun, di sebalik gembira ada dukanyajuga kerana pergerakan perlu dihadkan jika mengalami simptom-simptom influenza yang kita sedia maklum. Yang pasti, setakat jam 1 petang 27 Julai 2009 ini, KYUEM masih lagi bebas dari sebarang kes H1n1 tiada lagi pengesahan tentang perkara itu.

Faktor penyebab kolej ini ditutup adalah kerana (more…)

4 comments 27/07/2009

Hadiah Sebuah Perkahwinan

kawin umminabiSatu-satunya adikku di dunia ini hanya membilang hari menanti tibanya hari pernikahan dan majlis walimahnya Jumaat dan Sabtu ini. Seribu satu perasaan mungkin silih berganti menerpa pemikiran dan emosinya.

“2, 3 hari ni tak boleh tidur malam la K.Una. Nape ntah..”, itu antara bait kata yang dikatakannya sebelum meninggalkan saya Ahad lepas menuju ke Shah Alam. Dalam hati kecil saya berkata sindrom pra perkahwinan la tu..

Saya pun kurang mengingati perasaan saya sebelum berkahwin dahulu. Tapi yang pastinya, macam tiada perasaan sebab terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sebelum majlis berlangsung. Hanya yang kekal dalam memori adalah apabila suami saya sampai ke pintu bilik untuk bersalaman selepas akad nikah yang dilangsungkan di masjid. Saya tidak turut serta ke masjid. Ketika itu, (more…)

3 comments 21/07/2009

Rahsia Bisnes Orang Cina

Saya baru saja berkesempatan membaca buku ini stelah ia diulang cetak sebanyak 11 kali sejak tahun 2006 sahaja. Agak lambat saya membacanya berbanding jumlah cetakan yang tinggi. Alhamdulillah, kesempatan ini Allah berikan apabila suami saya mendapat buku ini secara percuma daripada majikannya.

(more…)

3 comments 16/07/2009

Fatimah binti Asad, Kuburnya Dibaringi Rasulullah.

                                            Makam Fatimah bt. Asad

 

Seringkali kita mengetahui bahawa baginda Nabi s.a.w dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib setelah pemergian datuknya. Namun, jarang sekali kita dengar siapakah yang tinggal bersama-sama Abu Talib memelihara Nabi s.a.w?

(more…)

10/07/2009

Tenang..

Mesti tengok video ini..

Membahagiakan dan menenangkan.

07/07/2009

“Abang Ayah, Adik Abang”

Picture 062

Tempoh cuti saya selama 3 minggu dan berbaki lagi seminggu ini sangat saya nantikan. Apa tidaknya, inilah peluang bersama dengan anak-anak dan melayan kerenah mereka. Penat sungguh jadi suri rumah sepenuh masa.. Hakikatnya begitu. Justeru, jangan pandang remeh peranan seorang suri rumah sepenuh masa. Realitinya, mereka berkhidmat 24 jam sehari.

Namun, pada hari itu ada sesuatu yang menarik perhatian saya. (more…)

06/07/2009

Keranaku Atau KeranaMu?

Sambil memegangnya saya bertanya kepada ‘Ulwan, “Kerana apa gigi ‘Ulwan rongak?”

Dengan spontan anak ini menjawab, “…kerana Allah Taala..”. Sambil tersengih menunjukkan giginya yang separuh sempurna itu. Terkekeh-kekeh ummi dibuatnya dengan jawapan itu tadi. Begitu juga dengan abi. Inilah jenaka yang tulus mulus tetapi berisi.

Persoalannya, benarkah gigi ‘Ulwan rongak kerana perbuatan Allah Taala?

(more…)

2 comments 03/07/2009

Tahu Baca Tahu Makna?

Pernahkah anda membaca sebuah buku dengan fasih dan lancar, tetapi anda tidak faham sepatah haram pun perkataan mahupun ayat yang anda tuturkan itu?

Bayangkan juga anda fasih membaca sebuah novel bahasa Inggeris, tetapi anda tidak tahu cerita yang terkandung di sebaliknya kerana anda tidak memahami maknanya. Pelik dan kasihan bukan?

(more…)

3 comments 02/07/2009


 

July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Archives

Blogroll

Blog Stats

Categories

pandangan

post terkini

FREE PALESTINE

Pages

Meta