Al-Quran Dan Arab

Al-Quran itu turun dalam bahasa Arab kepada Nabi Muhammad SAW yang berbangsa Arab. Kenapa Bahasa Arab dan Arab? Kenapa tidak Bahasa Melayu dan Melayu? Jika demikian, pasti mudah bagi kita orang Melayu membacanya lebih-lebih lagi memahaminya, tidaklah hanya menjadi kakak tua yang tahu berkata-kata tanpa memahami makna butiran katanya.

Mengapa Bahasa Arab?

Dahulu, saya pernah mendengar seorang cendikiawan Malaysia menyebut dalam pembentangan kertas kerjanya di sebuah seminar anjuran IKIM, mengatakan bahawa antara bahasa yang mempunyai nilai mantiq yang tinggi ialah bahasa Arab, bahasa Urdu, bahasa Turki dan bahasa Melayu. Saya meyakininya ketika itu, tetapi kini setelah serba sedikit mendalami tentang al-Quran melalui dalalah bahasanya, saya menyaksikan kebenaran pernyataan tersebut. Sungguh, bahawa bahasa  Arab adalah bahasa yang sangat unik dan indah apabila memahaminya kerana setiap dalalah atau makna yang ingin disampaikan mempunyai perkataannya yang tersendiri yang bersesuaian  dengan konteks atau situasi. Justeru, keistimewaan ini menyebabkan lahirnya pelbagai tafsiran terhadap al-Quran yang pada hakikatnya adalah perbezaan yang mempelbagaikan makna dan bukannya bertentangan makna, selagimana tidak bertentangan dengan asas-asas Islam itu sendiri. Hasilnya, tafsiran ayat-ayat al-Quran menjadi sangat jelas dan mendalam maksudnya sama ada dalam membahaskan tentang ayat-ayat tentang aqidah mahupun syariat, kerana akhirnya tafsiran-tafsiran ini membuktikan bahawa al-Quran adalah mukjizat maknawi yang kekal dan sesuai untuk sepanjang zaman dan di mana-mana sekalipun.

Para pengkaji bahasa banyak membincangkan tentang asal-usul bahasa dan antara pendapat yang diterima ramai adalah, bahawa bahasa Arab adalah bahasa tertua di dunia, dan daripadanyalah berkembangnya bahasa-bahasa yang lain di dunia ini. Para ulama bahasa Arab terdahulu  menguatkan lagi hujah ini dengan pendapat yang rajih di kalangan mereka yang mengatakan bahawa bahasa Arab merupakan bahasa terawal dan sampai kepada manusia secara tauqifi yakni datang dari Allah secara langsung dan bukannya Istilahi yakni diketahui manusia secara sendiri. Dalilnya ayat Allah dalam surah al-Baqarah:31:

وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَہُمۡ عَلَى ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِى بِأَسۡمَآءِ هَـٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ

Bermaksud: Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.

Kelebihan-kelebihan lain juga adalah bahasa ini kekal berterusan sehingga kini tanpa perubahan, bahkan ia mampu ditutur dan dibaca serta dihafaz oleh jutaan manusia seluruh dunia. Selain itu, perkataan Arab juga banyak dipinjam ke bahasa-bahasa yang lain khususnya bahasa lain yang turut memiliki nilai mantiq yang tinggi tadi, bahkan bahasa Inggeris juga banyak meminjam kata dari bahasa Arab.

Mengapa Arab?

Mereka bangsa terpilih,bukan bermakna mereka memiliki segala keistimewaan. Dalam hal ini, saya akan membicarakannya berdasarkan sedikit pengalaman berada di negara Arab, kerana apabila saya berada di tengah-tengah kehidupan mereka barulah saya memahami dengan sebenarnya mengapa Nabi Muhammad SAW diutus dari kalangan bangsa Arab. Sesungguhnya Nabi SAW adalah insan unggul kerana mampu mengubah sebuah bangsa yang keras hati, tegas dengan pendirian sendiri dan sanggup berhadapan dengan apa juga risiko ke arah Islam. Sifat-sifat yang disebutkan tadi adalah faktor utama bagaimana Islam boleh tersebar dengan cepat selama 23 tahun ke seluruh Jazirah Arab.  Jika Nabi SAW dari kalangan Melayu mungkin masa yang diambil lebih lama.

Sesungguhnya kehadiran Islam memperbaiki akhlak mereka, yang sebelum itu sifat-sifat di atas hanya membawa mereka ke arah permusuhan dan pergaduhan yang tidak berkesudahan. Nyata dengan hadirnya Islam, sifat-sifat tadi dieksploitasi sepenuhnya untuk dakwah Islam. Sebab itu, ada perkataan yang agak biasa saya dengar, “Di negara Arab ni, boleh cari sebaik-baik manusia, dan boleh juga cari sejahat-jahat manusia”. Memang benar ayat ini, kerana apabila individu itu tidak dipandu dengan iman, maka berleluasalah kes-kes Arab tipu, curi, bunuh dan sebagainya. Sebagaimana hadith Nabi SAW daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW. bersabda: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat Ahmad)

Kesimpulannya, janganlah kecewa kerana kita tidak dilahirkan sebagai bangsa Arab yang mampu memahami al-Quran secara langsung ketika membacanya, tetapi bersyukurlah dengan syukur yang sebenar bahawa kita dilahirkan sebagai muslim yang beriman. Orang Arab juga punya kekurangan, tetapi Nabi SAW punya segala kelebihan. Dalamilah segala ilmu al-Quran dengan sedalamnya kerana itulah sumber ilmu, panduan, peringatan, berita gembira dan segalanya buat umat Islam di samping hadith Nabi SAW. Genggamlah keduanya, ibarat menggenggam bara, biar sampai jadi abu!
About these ads

6 thoughts on “Al-Quran Dan Arab

  1. Assalamualaikum.

    Bahasa Arab klasik, standard Arabic (fushah) adalah Al- Quran. Seindah-indah bahasa.
    Bahasa Arab pertuturan ammiyah (bahasa pasar).

    Cth: Kita boleh berbahasa Melayu. Tetapi tatabahasa kita belum tentu lg betul. Pisang goreng cara sebutan yg betul bukannya goreng pisang.

    Cth Bahasa Arab pertuturan: Apa khabar?
    Kaifahaleek
    sedangkan kalau secara standardnya
    Kaifahaluka (pertanyaan kepada lelaki).
    Kaifahaluki (pertanyaan kepada perempuan)

    perbezaan penghujungnya ka & ki adalah satu pengajian Bahasa Arab utk membezakan jantina yg ditanya.

    cth: Kita biasa mendengar
    kitabullahi tetapi jika didahulukan dengan min (dari) ia akan menjadi
    min kitabillahi.
    Ada perbezaan kan?

    Ini adalah ilmu Bahasa Arab yg cukup cantik jika kita mendalami lebih mendalam lagi.
    Analisis-analisis ayat suci Al Quran adalah ilmu yang tiada tolok bandingnya.
    Dari ilmu analisis ini lahirlah tafsir-tafsir yg hebat.

    Ana belajar Arab melalui Youtube sbb tkder peluang belajar secara formal lagi.
    KIBAR youtube

    InsyaAllah ramai-ramai kita belajar Bahasa Arab Al Quran.

  2. Sdr Aziz, bahasa Al-Quran itulah bahasa arab yang paling fasih (afsah). Manakala bahasa pertuturan kebanyakan orang Arab sekarang adalah bahasa Arab ‘ammiah, atau senang utk difahami ia adalah bahasa pasar.

  3. alhamdulillah..sedikit sbnyak menjelaskan apa yang berada difikiran. perkongsian yg menarik sahabat.. :)

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s