Posts filed under 'Alam'
Imam, Bilal dan Siak Yang Perkasa.

Semalam 24 Ogos 2009, tetiba sahaja hati nak tengok Buletin Utama TV3. Semenjak Ramadhan ni, jarang berkesempatan mengikutinya sebab ‘timing’ dah berubah. Apabila dibuka saja, mata saya terus tertumpu pada ayat yang tertera di bawah skrin TV iaitu berkaitan undian SMS hari ini.
“WAJARKAH NEGERI SELANGOR MEMBERIKAN KUASA KEPADA IMAM, BILAL DAN SIAK MASJID UNTUK MENANGKAP UMAT ISLAM YANG MINUM ARAK?” (more…)
2 comments 25/08/2009
Suara Yang Ditinggalkan
Sesebuah lagu memberikan kesan buat hati dan iman bukan hanya bergantung pada lirik dan lagunya semata-mata mahupun kemerduan suara. Yang berkesan itu apabila datang dari hati yang tulus ikhlas, yang akhirnya sampai ke hati yang mendengarnya.
Ikhlas untuk menyampaikan nasihat dan mesej iman, akan sampai sentuhan itu ke dalam jiwa secara menginsafkan. Begitu ramai insan yang dianugerahkan suara yang lunak merdu, tapi jauh sekali mampu menggetarkan jiwa merasai erti kehambaan dan keperkasaan Tuhan.
Al-Fatihah buat Allahyarham Asri Ibrahim, moga suara yang ditinggalkan akan mampu terus menggetarkan jiwa dan meningkatkan iman.
Ummu Awfa.
13/08/2009
H1N1, Jerebu dan Demontrasi ISA
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini isu-isu kesihatan terlalu banyak diperkatakan terutama sekali virus influenza H1N1 yang amat-amat mudah untuk djangkiti.
Ditambah lagi dengan kualiti udara yang tidak sihat dipersekitaran kediaman.
Jadi semacam dunia ini akan benar-benar hancur dalam masa terdekat ini dek kejahatan manusia itu sendiri. Dan tidak terkecuali juga orang yang beriman dengan Allah turut sama merasai akan akibat tangan-tangan ghaib ini.

3 comments 02/08/2009
KYUEM closed!

Alhamdulillah syukur juga kerana dapat cuti tanpa diminta selama seminggu. Namun, di sebalik gembira ada dukanyajuga kerana pergerakan perlu dihadkan jika mengalami simptom-simptom influenza yang kita sedia maklum. Yang pasti, setakat jam 1 petang 27 Julai 2009 ini, KYUEM masih lagi bebas dari sebarang kes H1n1 tiada lagi pengesahan tentang perkara itu.
Faktor penyebab kolej ini ditutup adalah kerana (more…)
4 comments 27/07/2009
Belajar dari Sang Semut

I’ll be on holiday, tomorrow!!
Di mana-mana saja kita dapat melihat wujudnya makhluk Allah ini iaitu semut. Di dalam rumah, di luar rumah, di hutan, di padang pasir hatta di dalam kereta juga mungkin kadangkala dia berada di situ. Sama seperti lebah (al-nahl) dan labah-labah (al-’ankabut), semut (al-naml) juga adalah spesis serangga yang Allah Taala berikan keistimewaan sehingga disebut sebagai salah satu nama-nama surah di dalam al-Quran.
Kenapa mereka begitu istimewa?
30/04/2009
Yang Segar-Segar Sahaja

Mana satu handsome, 'Ulwan atau si bunga raya?
Subhanallah.. Maha Suci Allah yang menyediakan segala-galanya di muka bumi ini untuk faedah manusia. Daripada jirim yang bukan hidup sifatnya, sehinggalah yang dinamakan sebagai benda hidup seluruhnya memberi faedah akhir kepada manusia.
Namun harus diingat, tiada suatu pun hasil yang dinikmati manusia datang dengan bergolek. Setiap musabbab pasti ada sebab. Inginkan faedah harus ada kaedah. Inginkan hasil harus ada usaha. Inginkan kejayaan harus ada cara. Ringkasnya, semuanya harus bermula dari kita.
2 comments 21/04/2009
Berpolitiklah..
Dengan suasana politik semasa yang rancak kini, seringkali saya terdengar keluhan kecil yang menunjukkan bahawa politik itu kotor dan perlu diasingkan dari diri.
“Ala, biru ke, hijau ke sama aje. Kita macam ni jugak”.
“Aku tak peduli benda-benda politik ni. Rosak semua.”
“Aku memang tak pernah mengundi dari dulu.” Lagi parah!!
08/04/2009
Seni Itu Indah..
Saya suka menyanyi. Walaupun suara saya tidak semerdu mana, sekurang-kurangnya ‘pitching’ tak pernah lari. Mungkin juga kecenderungan ini diwarisi dari ibu saya yang juga memiliki suara yang agak merdu berbanding saya. Dahulu, sewaktu saya dan adik saya masih di bangku sekolah rendah mak selalu mengajar lagu-lagu di zamannya. Ada antaranya yang saya ajar kepada anak saya kini walaupun liriknya saya sendiri kurang pasti.
Itulah kesukaan saya. Sebab itu saya juga suka mendengar lagu-lagu dan nasyid yang mendidik jiwa saya. Rindu dengan nasyid-nasyid lama yang mengundang ‘zauq’ dalam diri, saya akan dapatkan di laman iLuvIslam.com. Nasyid Nada Murni, The Zikr, Shoutul Mujahidin, Shoutul AMal, Hijjaz dan banyak lagi nasyid-nasyid zaman saya di bangku sekolah dahulu yang mengundang nostalgia dan peringatan. Namun perasaan yang sama tidak saya rasakan apabila mendengar sebahagian besar nasyid kontemporari kini. Ada mesej dan maksud tu.. Fikir sendirilah.
10 comments 01/04/2009
Perubatan Moden vs Perubatan Homeopathy

Saya bukan seorang doktor untuk memberi penjelasan terperinci tentang perbezaan antara kedua-dua jenis perubatan ini. Saya mungkin hanya akan memberikan pandangan peribadi berdasarkan pengalaman menggunakan kedua-dua jenis perubatan ini.
Secara umumnya perubatan moden adalah praktis perubatan berasaskan perkembangan sains moden yang diterima ramai di dunia dewasa kini. Perubatan homeopathy pula berpandukan prinsip penyembuhan ’semulajadi’ atau ‘natural way of healing’. Pengamalan perubatan homeopathy kini semakin diterima ramai sama ada di peringkat nasional atau di peringkat antarabangsa.
Secara peribadi, saya beranggapan perubatan homeopathy ini sangat sesuai untuk diaplikasikan bagi rawatan penyakit-penyakit yang rutin seperti demam panas, selesema, batuk, diarhea dan beberapa lagi. Sebagai seorang ibu, saya memang sering berhadapan dengan masalah anak-anak mendapat jangkitan penyakit-penyakit tadi. Maklumlah, anak-anak nursery memang sentiasa terdedah dengan simptom-simptom ini.
1 comment 31/03/2009
Tahsiniyyat Yang Diabaikan
Sebuah hadith yang dilaporkan oleh Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya bermaksud;
“Kebersihan adalah sebahagian daripada iman”
Allah s.w.t turut berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud;
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan mereka yang membersihkan diri”
Kebersihan yang paling utama adalah bersih rohani iaitu bebas daripada kotoran hawa nafsu yang mampu menghitamkan hati jika dibiarkan. Kebersihan rohani ini hanya boleh diperolehi apabila perkara dharuriyyat dalam Islam dititikberatkan. Sebagai contoh memiliki aqidah yang sahih terhadap Allah lalu disuburkan dengan penyempurnaan kefardhuan seperti solat, puasa, zakat dan haji.
Kebersihan yang kedua ialah bersih fizikal sama ada kebersihan diri, tempat tinggal dan alam sekitar. Kebersihan fizikal ini termasuk dalam syariat yang bersifat tahsiniyyat iaitu syariat yang bertujuan untuk memperelok dan mengindahkan lagi Islam.

Bersih tidak semestinya mewah dan baru.
30/03/2009
