Posts filed under 'ekonomi'
H1N1, Jerebu dan Demontrasi ISA
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini isu-isu kesihatan terlalu banyak diperkatakan terutama sekali virus influenza H1N1 yang amat-amat mudah untuk djangkiti.
Ditambah lagi dengan kualiti udara yang tidak sihat dipersekitaran kediaman.
Jadi semacam dunia ini akan benar-benar hancur dalam masa terdekat ini dek kejahatan manusia itu sendiri. Dan tidak terkecuali juga orang yang beriman dengan Allah turut sama merasai akan akibat tangan-tangan ghaib ini.

3 comments 02/08/2009
Rahsia Bisnes Orang Cina
![]()
Saya baru saja berkesempatan membaca buku ini stelah ia diulang cetak sebanyak 11 kali sejak tahun 2006 sahaja. Agak lambat saya membacanya berbanding jumlah cetakan yang tinggi. Alhamdulillah, kesempatan ini Allah berikan apabila suami saya mendapat buku ini secara percuma daripada majikannya.
3 comments 16/07/2009
Dinar Emas 2

pembayaran ufti bentuk moden
Situasi di lebuhraya
Kisah berlaku di Lebuhraya Utara Selatan di lorong tunai.
“Assalamualaikum.” ucap si jurutol.
“Waalaikum salam.” jawab si pemandu.
Serentak dengan itu si pemandu memberikan tiket kepada si jurutol.
Terpapar jumlah bayaran yang perlu si pemandu tadi jelaskan iaitu RM20.30.
Lantas si pemandu tadi mengeluarkan satu karung syiling 5 sen sebanyak RM20 dan sekeping syiling 20 sen serta sekeping syiling 10 sen.
Terkejut ‘badak’ si jurutol menerima habuan sebanyak itu. (more…)
1 comment 14/06/2009
Dinar Emas
Beberapa hari yang lalu, semasa saya sedang menonton berita di siaran Astro Awani, ada tersiar berita berkenaan penggunaan dinar emas dalam pasaran ekonomi. Saya tidak dapat kenal pasti siapa yang ditemuramah, tetapi apa yang penting ialah berita itu berkisar dinar emas.
Gara-gara kemelesetan ekonomi global, maka timbul kembali isu penggunaan dinar emas.
Perasaan saya bercampur baur, ada suka..teruja..dan sedikit kecewa kerana isu ini timbul kembali setelah sekian lama dicanaikan samada dalam konvensyen atau dalam pelbagai persidangan yang telah dibentangkan kertas kerjanya oleh ramai pakar ekonomi Islam mahupun konvensional demi mencari signifikan penggunaan dinar emas di era moden ini. (more…)
2 comments 05/06/2009
Satu haribulan Mei

bukan hari untuk tidur
“Abi dah azan.” si kecil ‘Ulwan memberitahu.
Saya yang sedang mengadap komputer riba terus tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana mengingatkan.
Sebenarnya sedang sibuk menyiapkan soalan peperiksaan pertengahan tahun, sampai tak tersedar azan dah berkumandang.
“Ni zohor ke asar.” tanya ‘Ulwan.
“Sekarang Asar, tadi zohor ‘Ulwan tido…” jawab saya.
‘Ulwan tersenyum menampakkan giginya yang ‘lawa’, entahkan faham entahkan tidak. (more…)
2 comments 03/05/2009
Liberalisasi..

wang bukan segala-galanya
Ketika sedang menikmati hidangan malam sambil mendengar berita di TV, Dato Seri Najib Razak mengumumkan akan melaksanakan liberalisasi perkhidmatan dalam menangani situasi global yang agak meruncing.
“Liberalisasi perkhidmatan?” soal saya di dalam hati.
Selaku Perdana Menteri dan merangkap Menteri Kewangan, saya mengakui tugas untuk mengelakkan ekonomi Malaysia dari terus terjerumus ke kancah masalah ekonomi global adalah suatu yang jelas kesukarannya.
Ramai orang boleh menuding jari tentang banyak perkara, tetapi pelaksanaan tanggungjawab selaku seorang yang ‘bertanggungjawab’ dan amanah dengan tugasnya adalah perkara yang bekalan ke akhirat kelak.
Mungkin ada yang kata..
“Emm, politik la tu.” atau
“Nak menguntungkan kroni dia la tu.”
22/04/2009
Tunggu Orang Lalu(TOL)
“Amacam!, dengar-dengar tol nak diturunkan.” sua Najib.
” Eh! bukanlah, baru cadangan nak dikaji..belum turun lagi.” tegas Udin.
“Agak-agaknya turun ke? Ye-ye je cakap, ntah-ntah gimik..tak habis-habis “cebik Keri.
“Peh! ini kalau si Velu dulu tu yang jadi menteri, mesti pening dengar dia punya ulasan..mujur lah tak de lagi.” lega si Udin.
Suara gelakan memecah suasana santai makan tengahari di Cafe Dijah.

anda faham? saya pun tak faham...itulah cerita tol
4 comments 20/04/2009
Kahwin?

gerbang perkahwinan
Dalam kelas hafazan saya pada hari Isnin yang lalu, sambil-sambil menunggu mereka bertasmi’, saya dapat ‘menangkap’ bait-bait perbualan mereka yang berkisar berkenaan ‘kahwin’.
Sememangnya kelas hafazan dan tilawah adalah kelas yang agak santai, namun ia tidaklah boleh di’status’kan sebagai ‘kelas lepak’.
Lalu saya menegur mereka “Ni apa ni,cerita kahwin-kahwin?, baca-baca..lepas ni nak cerita-ceritalah.Habis masa tak baca lagi..denda akan menanti. ” Sekadar gertakan cuma, hakikatnya kelas ini belum pernah merasai ‘denda’ saya.
Mereka tersenyum dengan teguran saya, tersipu-sipu dengan perbualan mereka yang dapat saya ‘detect’.
Di dalam hati, ingin saya titipkan ‘pujian’ buat mereka kerana walaupun mereka berbual, mereka masih lagi dapat menghafal dengan baik dengan kata lain mereka ‘on the right track’.
Soalan
“Ustaz! dulu ustaz kahwin umur berapa tahun?”sekonyong-konyong soalan itu dilontarkan kepada saya.
Saya hanya berdiam sahaja kerana sedang menyemak bacaan salah seorang daripada mereka.
“Ustaz dulu kahwin guna borang macam Ustaz Idris ye.” lagi satu soalan dilemparkan kepada saya.
Masih lagi membatukan diri kerana tumpuan kepada al Quran tetapi sedikit terusik dengan soalan itu.
“Ustaz jumpa isteri ustaz kat mana..?”soalan seterusnya.
Kebetulan semua telah selesai bertasmi’,dan masih ada sekitar 9 ke 10 minit untuk saya menjawab soalan mereka secara pukal. (more…)
12 comments 19/04/2009
Skim Pelupusan Kereta

contoh kereta hybrid
“Kau tak nak ganti ke kereta kau.” soalan Jali kepada saya.
“Kenapa pulak nak jual?”tanya saya balik.
” Kan la ni kempen melupus kereta tengah sibuk.” jawab Jali sambil menghirup teh halia tarik kurang manisnya.
” Oo..kempen pelupusan kereta tu..dapat RM5000 tu..tapi ngan kereta proton je kan?”saya dalam ‘refreshing mode’.
“A’ah, kereta kau tu nampaknya sesuai benor nak dilupuskan gamaknya.” tersembul juga loghat Peghok si Jali.
“Ishh..banyak benda nak dikigha pasal lupus melupus ni.” saya cuba berloghat Peghok (jadi tak jadi, cerita lain).
“Ape ke bende nyer, yob..lupus je la.” semakin menjadi-jadi loghat si Jali.
“Emmmph..” termenung seketika. (more…)
05/04/2009
Bajet Mini RM60b

mujur yang ni tak gheti cakap lagi,kalau tak...
Ketika berjalan bersiar-siar ke pekan Tanjung Malim, kerap juga anak saya…
“Abi! nanti belikan abang gula-gula ye, dah lama abang tak makan gula-gula.” pujuk Ahmed Fawwaz (anak sulung saya).
“Isyh! semalamkan baru je abang makan gula-gula, apa pulak dah lamanya.”balas saya spontan.
“Semalam tu sikit sangat,tak puas.”jawab Ahmed Fawwaz.
“A’ah, semalam gula-gula tak sedap.”Ahmed ‘Ulwan(anak kedua saya) mengiakan.
“Emmph! ada aje batu apinya.”cebik saya kepada mereka berdua, terkedu nak menjawab. (more…)
7 comments 23/03/2009
