Posts filed under 'famili'
Banyak Masjid Tidak Mesra Wanita
Masjid al-Ghufran TTDI
Masjid adalah destinasi penting bagi saya sekeluarga jika kami bermusafir. Selain untuk solat dan membersihkan diri, anak-anak saya juga bisa merehatkan diri mereka di masjid. Baring-baring, guling-guling, lari-lari, itu semua aktiviti yang mampu menurunkan tekanan mereka sepanjang perjalanan.
Tapi, kebanyakan masjid saya dapati tidak mesra wanita meskipun saiznya besar tersergam nan indah. Maksud saya dengan masjid mesra wanita ini (more…)
4 comments 03/12/2009
Hari Ini Hari Mereka!
22 November 2009 adalah hari Sukan Mini dan Ihtifal Pasti al-Husna, Hulu Bernam. Seawal 7.30 pagi mereka berada di PASTI dengan dibawa oleh abi. Saya menyusul kemudian bersama Awfa. Fawwaz dan ‘Ulwan sangat teruja hari ini, kerana hari ini hari mereka!
22/11/2009
Wujudkah Masjid Di Rumah Kita?

Bila orang nak berkahwin disebut membina masjid. Kenapa tidak dikatakan membina rumah, membina hotel atau sebagainya? Dahulu-dahulu masyarakat melayu Muslim sangat sinonim dan rapat dengan masjid. Mungkin kerana itulah segala kegiatan mereka akan disandarkan kepada masjid dan Tok Imam selain daripada Ketua Kampung.
09/11/2009
Jom Baca Buku!
Alhamdulillah, tanggal 5 Oktober 2009 yang lalu, Allah telah memberi nikmat lain dalam hidup saya dan suami apabila kedai buku cita-cita kami mula beroperasi pada tarikh itu.
Kedai yang diberi nama HoME RACK itu terletak di Taman Universiti Tanjong Malim, berhampiran gedung kain Riamoda (Jakel). Jika anda berkelapangan, singgahlah ke sana. Dapatkan buku, cd/VCD, majalah islamik, suratkhabar, air zamzam dan beberapa lagi barang lain.
Ataupun, jika anda adalah pelajar saya di KYUEM sekarang ini, boleh membuat pesanan terus dari saya. Nak banyak atau sikit, kami akan berusaha memenuhi permintaan anda.
Maklumat lanjut, layari blog yang masih muda ini http://www.homerack.blogspot.com.
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya!
3 comments 07/10/2009
1 Oktober 2009, Dimensi Baru Buat Suamiku
Setelah hampir 7 tahun bermajikan, hari ini adalah hari pertama suami saya bermajikankan dirinya sendiri. Sebagai teman setia seorang suami, saya sentiasa mendoakan beliau agar kekal istiqamah imannya memimpin dan melindungi kami anak beranak, di samping terus berjuang untuk memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang imam dalam keluarga dan mencapai segala impiannya.
Jangan pandang belakang atau undur walau selangkah, kanda. Kehidupan menuntut pengorbanan yang sangat besar, apatah lagi dengan galasan beban sebagai imam. Jika masalah sarat di kepala, isterimu di sini setia mendengarnya. Dinda sentiasa di sampingmu. Namun Allah jua yang lebih utama untuk didampingi. Kerana Dialah Majikan kita yang hakiki.
All the best!
01/10/2009
1 Ramadhan 1430H, Permulaan Yang Indah.

Indah dan bersyukur rasa di hati menjelang 2 Ramadhan esok. Bukannya apa, Fawwaz berjaya melepasi dugaan hari pertamanya berpuasa! Hanya tahun ini sahaja saya dan suami menyuruhnya agar mula belajar berpuasa. Alhamdulillah, dengan bantuan tarbiyyah yang didapatinya di PASTI al-Husna, tidak banyak kerenah yang saya hadapi untuk membantunya di hari pertama berpuasa ini.
Yang agak terkilan sedikit, (more…)
3 comments 22/08/2009
Hadiah Sebuah Perkahwinan
Satu-satunya adikku di dunia ini hanya membilang hari menanti tibanya hari pernikahan dan majlis walimahnya Jumaat dan Sabtu ini. Seribu satu perasaan mungkin silih berganti menerpa pemikiran dan emosinya.
“2, 3 hari ni tak boleh tidur malam la K.Una. Nape ntah..”, itu antara bait kata yang dikatakannya sebelum meninggalkan saya Ahad lepas menuju ke Shah Alam. Dalam hati kecil saya berkata sindrom pra perkahwinan la tu..
Saya pun kurang mengingati perasaan saya sebelum berkahwin dahulu. Tapi yang pastinya, macam tiada perasaan sebab terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sebelum majlis berlangsung. Hanya yang kekal dalam memori adalah apabila suami saya sampai ke pintu bilik untuk bersalaman selepas akad nikah yang dilangsungkan di masjid. Saya tidak turut serta ke masjid. Ketika itu, (more…)
3 comments 21/07/2009
“Abang Ayah, Adik Abang”

Tempoh cuti saya selama 3 minggu dan berbaki lagi seminggu ini sangat saya nantikan. Apa tidaknya, inilah peluang bersama dengan anak-anak dan melayan kerenah mereka. Penat sungguh jadi suri rumah sepenuh masa.. Hakikatnya begitu. Justeru, jangan pandang remeh peranan seorang suri rumah sepenuh masa. Realitinya, mereka berkhidmat 24 jam sehari.
Namun, pada hari itu ada sesuatu yang menarik perhatian saya. (more…)
06/07/2009
Tidak Perlu Pembantu Rumah
Sehubungan dengan kes-kes penderaan terhadap amah Indonesia baru-baru ini serta kes-kes yang terdahulu (Kes Nirmala Bonat paling saya ingat), pihak kerajaan Indonesia berura-ura hendak menghentikan penghantaran amah atau pembantu rumah ke Malaysia. Perkembangan ini tentunya menimbulkan pelbagai reaksi daripada pihak yang terlibat secara langsung dengan amah ini seperti agen-agen dan PAPA (Persatuan Agensi Pembantu Rumah Malaysia) yang menaungi agen-agen secara keseluruhan.
Namun sebagai seorang individu, adakah pembantu rumah ini diperlukan?
2 comments 29/06/2009
Ketika Umur Awfa 1 Tahun
Ketiga-tiga anak saya dilahirkan pada hari ke 23 pada sesuatu bulan. Awfa, 23 Jun 2008. hari ini cukuplah usianya 1 tahun.

chaakk!
3 comments 23/06/2009




