Posts filed under 'palestin'
Kita Syahid, Menang Atau Gugur?
Minggu yang lalu saya ada menerima beberapa email beserta attachment yang menyatakan tentang keperkasaan Allah Taala dalam membantu mujahidin Ghaza. Turut dilampirkan ialah beberapa gambar mujahidin yang syahid dalam keadaan muka mereka tersenyum!
“Subhanallah, Allahu Akbar! Tiada kalimah yang mampu saya ucapkan tatkala melihat wajah-wajah syuhada’ tersebut. Ya, mereka telah menerima pembalasan dan penunaian janji Allah terhadap mereka yang membeli syurga Allah dengan nyawa mereka!
02/04/2009
Apa Khabar Palestina?
Apa khabar Palestin? Perkembangan terbaru HAMAS dan FATAH telah mencapai persetujuan bersama untuk menghentikan semua serangan media yang berlaku antara kedua-dua belah pihak dan memberikan komitmen sepenuhnya untuk pembebasan tahanan. Semoga berkekalan demi survival umat Islam. AMiin..
26/02/2009
Ayat Mereka, Ayat Aqidah Sahih.

Allahu Ghaayatuna
“Innii la akhafu Israel. Hasbiyallahu ni’mal wakil..” Sesungguhnya saya tidak takut Israel. Cukuplah Allah sebagai sebaik-baik pelindung. Kata Abbas kanak-kanak lelaki Palestin berusia 10 tahun.
“La akhaf. Innallaha saufa yubaddil ‘ala maa faata minna” Saya tidak takut/risau. Sesungguhnya Allah akan menggantikan apa yang telah hilang dari kami. Seorang lelaki Palestin dengan ceria berkata kepada rakan-rakannya.
Seorang jurucakap Hamas berkata dalam satu majlis yang diadakan di Selangor Jumaat lalu berkata, “Hamas cukup dibenci dan digeruni oleh Israel kerana sentiasa berjuang untuk menegakkan dan mempertahankan Islam sebagai cara hidup. Agenda Israel adalah menghancurkan umat Islam di sini daripada segala segi seperti pendidikan, ekonomi dan pentadbiran dan paling utama cuba hancurkan agama Islam itu sendiri,”
“Kami bersedia untuk mati syahid. Itulah cita-cita kami. Jika seribu daripada kami gugur akan muncul seribu lagi pejuang yang sanggup berjuang untuk membebaskan bumi suci ini.” Seorang pejuang Hamas berbicara kepada wartawan Majalah 3.
14/02/2009
Starbucks Tutup Kedai

Berikut adalah petikan berita yang diambil daripada sumber Berita Harian hari ini.
Starbucks berhentikan 6,700 pekerja, 300 premis ditutup
(more…)
1 comment 29/01/2009
Apa Allah Kata Tentang Yahudi?

Hati besar dari tubuh kecil
Perang Gaza sedikit reda walaupun kita yakin pasti akan berlaku siri-siri seterusnya. Masyarakat dunia yang mengecam tindakan Zionis Israel ini rata-ratanya berpegang kepada prinsip kemanusiaan yang telah dinafikan haknya ke atas Palestin. Namun, sebagai muslim, apakah keyakinan atau pegangan kita terhadap situasi ini? Lebih malang lagi apabila ada umat Islam sendiri berasa keliru terhadap siapakah yang benar dan siapakah yang salah kerana terdedah dengan media yang bersumberkan barat. Akhirnya, menjustifikasikan bahawa Israel memang patut memiliki Palestin kerana mereka adalah umat Nabi Musa yang lebih dahulu lahir dan wujud sebelum Nabi s.a.w. Parah!!!
22/01/2009
Inilah Jihad Kita!
Meskipun ada perkembangan bahawa Perang Gaza bakal berakhir berikutan kedua-dua pihak menyatakan melakukan gencatan senjata masing-masing, namun boikot terhadap barangan Israel tidak seharusnya berhenti di sini. Hangat-hangat tahi ayam, itulah ungkapan yang paling sesuai dengan laungan boikot di negara kita Malaysia yang tercinta ini. Hal ini adalah realiti kerana apabila berlaku serangan terhadap penduduk Palestin, ketika itulah akan ada laungan seantero Malaysia supaya memboikot produk Israel.
19/01/2009
Palestin..
15/01/2009


