Posts filed under 'Uncategorized'

HoMERACK News Update.

Picture1

Layari post terbaru dari HoMERACK! Click!

Bangsa Membaca Bangsa Berjaya.

1 comment 14/10/2009

Tenang..

Mesti tengok video ini..

Membahagiakan dan menenangkan.

07/07/2009

Road To Batu Pahat

batu_pahat_galleryfullToday, we are going back to my husband’s hometown, Batu Pahat. Since many days we haven’t written anything in this blog as we have so many things to do regarding carrier and extra things.

May Allah guide us throughout this journey.

Ummu Awfa.

05/06/2009

Solla ‘Alaika Ya Muhammad..

Praise be to Allah, the Lord of the universe. Peace and blessings be upon His Messenger Muhammad al-Mustafa who was sent for guidance of humanity, his family and his companions.

From al-Nasaie and Ibn Hibban reported that Rasulullah s.a.w said; “Verily the nearest person with me in the day after is a person who always say peace and blessings (solawat) to me .”

Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala aalihi wa sahbihi ajma’in.. 

Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala aalihi wa sahbihi ajma’in..

Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala aalihi wa sahbihi ajma’in..

07/03/2009

Masalah makroekonomi

"bilalah aku nak dapat kerja."

"bilalah aku nak dapat kerja."

“Kawan abang la ni tengah dok bercuti.” intro saya kepada isteri saya untuk memulakan perbualan.

“Wah! syok la,duduk kat rumah, jalan-jalan.”jawab isteri saya dengan nada ceria.

“Isyh, apa seronoknya..cuti memang lah seronok, tapi cuti ‘tanpa gaji’.” balas saya sambil mengunyah popia pagi tadi.

“La! kenapa pulak ‘tanpa gaji’, pastu macam mana ngan belanja rumah.” getus isteri saya berkerut dahi. (more…)

01/03/2009

Kenapa Blog?

Blog ini adalah nukilan bersama Ummu Awfa dan Abu Awfa. Hasrat untuk memiliki blog sendiri memang sudah lama terpahat di hati. Namun, kekangan dalaman khususnya banyak melembapkan dan melambatkan proses  merealisasikan matlamat ini. 

Namun, peredaran masa yang sepantas kerlipan mata ini hingga menjengahnya tahun baru Hijrah 1430 dan tahun baru Masihi 2009 ini, meletakkan hasrat memiliki blog sebagai prioriti pertama yang perlu dilakukan untuk hijrah di tahun baru ini. Alhamdulillah ianya berhasil, dan moga kami Istiqamah untuk terus berkongsi sesuatu di laman ini.

Knowing, Sharing And Doing.

09/01/2009

Palestin

Inilah sebahagian daripada wajah-wajah Palestin ..

 

Tidak tergambar dengan kata-kata penderitaan yang mereka tanggung sejak sekian lama 60 tahun yang lalu. Hanya mereka yang mengerti pahit, sengsara serta manisnya hidup di Tanah Suci umat Islam yang perlu dipertahankan. Namun, janji Allah itu pasti Bumi Palestin akan kembali kepada umat Islam. Apa yang perlu adalah perjuangan yang berkesinambungan dari generasi ke generasi bukan sahaja di Palestin, tetapi umat Islam di seluruh dunia untuk menegakkan Islam di bumi ini.

Palestin adalah gambaran kekuatan umat Islam. Jika kini keadaannya sedemikian, begitulah gambaran kita muslim sedunia yang lemah dan mudah diperkotak-katikkan oleh puak kuffar Yahudi dan Nasrani. Segalanya dalam kehidupan kita berkiblatkan Barat(Yahudi dan Nasrani). Dari cara kita berpakaian, makanan yang dimakan, teknologi yang digunakan, kenderaan, bahasa yang dituturkan, bahkan sumber ilmu juga datang dari sumber yang sama. Lemahnya kita!!

Sedangkan realitinya ketika Islam berada di puncak kegemilangan dahulu di zaman Abasiyyah, ketika itu Eropah berada di Zaman Kegelapan, apabila mereka datang ke Andalusia, kekaguman menyeliputi segenap diri mereka. Kecanggihan teknologi, kehebatan ilmu, kemodenan bangunan empayar Islam ketika itu memukau orang Eropah yang sebelum itu tidak pernah melihat kehebatan sebegitu rupa. Namun kini, segalanya bertukar tempat.

Umat Islam perlu bangkit berpegang kepada tali Allah yang sebenar, Al-Quran dan Hadith. Ini tanggungjawab kita sebelum kita ditanya ketika malam pertama di alam kubur kelak. Ayuh!!!

Bumi Palestin Yang Dijajah

07/01/2009

Salam

Salam taaruf

07/01/2009


 

December 2009
M T W T F S S
« Nov    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

Blogroll

Blog Stats

Categories

pandangan

post terkini

FREE PALESTINE

Pages

Meta