Do It Yourself!

Memiliki blog sebenarnya memerlukan kekuatan tersendiri sebelum benar-benar sesebuah blog itu dianggap ‘establish’ atau mempunyai pengikutnya tersendiri. Hal ini amat saya rasai apabila kami yang semi celik IT ini belum benar-benar memahami fungsi setiap bahagian yang disediakan di dalam blog melalui wordpress.com ini. Apapun, langkah yang teratur meski perlahan perlu disusun supaya blog ini tidak terkubur ataupun dalam keadaan koma kerana aktif tidak, mati pun tidak.

Justeru, dalam seminggu dua ini, saya hanya meng’klik’ butang-butang yang ada untuk mengetahui fungsi setiapnya. Kaedah cuba dan salah yang perlu dilakukan untuk belajar sendiri! Sebab itulah beberapa hari sebelum ini, blog ini telah berfungsi dalam bahasa yang saya sendiri tak dapat fahami. Agak-agak je lah..

Kata kunci yang paling tepat untuk memastikan blog ini sentiasa hidup adalah sebagaimana yang Rasulullah s.a.w sarankan, iaitu sebaik-baik perkara adalah apabila dilakukan meski sedikit tetapi berterusan. Bukan hanya dalam hal ibadah, tapi dalam urusan hidup duniawi kita segalanya akan menuju ke arah kesempurnaan jika diaplikasikan nasihat Rasulullah s.a.w ini.

Ya Allah, berilah aku kekuatan yang besar untuk mengusahakan perkara yang kecil ini..

Apa dalam minda anda?