Inilah Jihad Kita!

Meskipun ada perkembangan bahawa Perang Gaza bakal berakhir berikutan kedua-dua pihak menyatakan melakukan gencatan senjata masing-masing, namun boikot terhadap barangan Israel tidak seharusnya berhenti di sini. Hangat-hangat tahi ayam, itulah ungkapan yang paling sesuai dengan laungan boikot di negara kita Malaysia yang tercinta ini. Hal ini adalah realiti kerana apabila berlaku serangan terhadap penduduk Palestin, ketika itulah akan ada laungan seantero Malaysia supaya memboikot produk Israel.


Itulah kelemahan kita kerana usaha jihad kita bermusim. Kenapa saya katakan usaha boikot ini juga sebagai salah satu unsur jihad? Kerana kita melawan hawa nafsu kita dengan penuh kesungguhan untuk melawan musuh Islam. Meskipun ianya hanya usaha yang kecil, namun ia amat signifikan jika dilakukan secara berterusan. Bayangkan jika penduduk Islam di Indonesia dan Malaysia sahaja yang berjumlah sekitar 220 juta orang memulaukan barangan Israel ini, pasti akan memberikan kesan ekonomi yang besar kepada Israel. Apatah lagi jika seluruh umat Islam sedunia memboikotnya!

Realitinya, umat Islam di dunia kini adalah golongan pengguna, bukannya pengeluar. Oleh kerana itu, kita sangat bergantung dengan produk mereka. Namun, secara tidak kita sedari, hakikatnya muslim sendiri memiliki produk mereka sendiri yang selama ini hanya dilihat sebelah mata oleh umat Islam kerana dikaburi oleh produk Israel yang di’set’ sebagai berkualiti berbanding produk tempatan. Jika tidak dicuba, manakan tahu kualiti tinggi rendahnya!

Hakikatnya, minda kita telah dijajah! Apa yang datang dari Barat adalah yang ‘class’! Barangan tempatan adalah ‘low class’. Selain itu, tabiat menonjolkan diri sebagai hebat apabila menggunakan barangan berjenama yang kebanyakannya adalah produk Israel juga telah menjadi budaya kita kini. Ingin ‘trendy’, ‘up-to date’, aku banyak duit, ada gaya, moden dan sebagainya menjadi piawaian kehidupan setiap insan yang mengaku dirinya muslim.

Dari aspek yang lain, jika kita adalah pengeluar produk Islam, di sinilah cabaran yang menunggu. Tuntutan supaya memperbaiki kualiti, menyediakan khidmat yang terbaik, efisien dan praktikal adalah cabaran yang perlu disahut. Sekaranglah masanya! Saya yakin, serba sedikit kini, bibit keusahawanan di kalangan umat Islam ada. Biar bertapak, namun konsisten. Insya Allah dengan keazaman dan semangat jihad yang tinggi serta penghayatan Islam yang mendalam, kita mampu berubah. Berubah dari masyarakat konsumer kepada masyarakat pengeluar. Inilah jihad kita yang kecil berbanding mujahidin di medan perang di sana.

Boikot? Apa alternatif? HPA, Zam Zam Cola, produk kosmetik tempatan bumiputera yang beribu jumlahnya, beg tangan dari Golok🙂, makanan berkhasiat tiada lagi makanan segera dan makanan ringan buatan IKS. Semuanya ada. Pilihan sahaja di hati dan minda kita disertai iman dan jihad. Yang jelasnya, boikot perlu lahir dari anjakan paradigma berasaskan taqwa. Bukannya semangat tahi ayam yang hanya kekal untuk seminit cuma.


Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s