The Essence Of Human Nature..

Setiap manusia dilahirkan atas fitrah.. Ibu bapalah pencoraknya.
Setiap manusia dilahirkan atas fitrah.. Ibu bapalah pencoraknya.

Bermula Jumaat lepas sehingga hari ini, MUSCOM (Musolla Community) KYUEM menganjurkan Islamic Cultural and Arts Night bertemakan Fitrah; The Essence of Nature. Program ini adalah program tahunan persatuan yang dikendalikan oleh pelajar junior. Pastinya, ini adalah pengalaman yang berharga bagi seluruh AJK dalam menjayakan program sulung mereka di kolej ini. Dalam masa yang sama sebagai guru penasihat pastinya peranan yang lebih perlu dimainkan bersama dengan mereka. Sama-sama anda dan saya belajar dan mengajar..


Secara umumnya sesuatu yang berkaitan dengan fitrah manusia adalah suatu Sunnatullah. Allah mencipta manusia, menyediakan segala keperluannya dengan sempurna, serta memberikan panduan hidup. Jika dilihat fitrah dari sudut mata hati, kita dapat melihat Maha Perkasa dan Maha Sempurnanya Allah Taala.

Kenapa Rajoo, Ah Sieow, John, Ali, dan Watanabe ada dorongan untuk hidup beragama meskipun agama mereka berlainan?
Kenapa manusia saling memerlukan antara satu sama lain untuk hidup?
Kenapa manusia ada keinginan untuk hidup berkeluarga?
Kenapa manusia cenderung untuk melakukan kebaikan dan membenci kejahatan?
Kenapa manusia sukakan kedamaian dan bencikan peperangan dan keganasan?
Kenapa manusia ada perasaan untuk dicintai dan menyintai?

Kerana manusia hamba Allah yang serba kekurangan dan kelemahan. Kita hamba, perlukan padaNya.
Kita kurang, perlu sokongan untuk dapatkan kekuatan.
Kita lemah, perlu bantuan untuk dapatkan semangat.
Kita tidak upaya, perlu panduan dariNya.
Allah menyayangi kita, sebab itu sifat rahimNya ada pada manusia ciptaannya.

Gambaran fitrah yang ada pada manusia adalah signikan terhadap sifat Allah yang bersifat dengan segala kesempurnaan. Allah s.w.t telah meniupkan. Allah taala berfirman yang bermaksud;

“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud padanya” Surah Al-Hijr:29.

Unsur rohani yang berkaitan dengan fitrah manusia adalah apa yang ditiupkan oleh Allah Taala kepada semua manusia. Justeru, di sebalik fitrah yang ada pada manusia, di sana terbentang infiniti kebesaran Allah Taala yang perlu disujudi. Manusia maha kerdil, maha  lemah. Segala tindak tanduk manusia berkait rapat dengan keizinanNya dan keagunganNya. Fitrah perlu didorong ke arah yang hak. Bukan disalah guna mengikut nafsu ammarah yang mendorong ke arah kejahatan.

Ingin bertuhan, carilah Allah. Ingin bersahabat, carilah yang mendorong ke arah kebaikan dan menjauhi kejahatan. Ingin berkeluarga, ikut panduan dan sunnahnya. Ingin bercinta, cintai dahulu Yang Maha Esa. Ingin kedamaian dan kebahagian, ingat Allah hati pasti tenang.

Semoga sehingga kita ke liang lahad, roh kita berada dalam fitrah suci dan tidak dinodai. Amiin, Yaa Rabb.

 

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s