KepadaMu Kami Berharap..


Hari ini, tanggal 21 Januari 2009 anak didik bangsa di KYUEM mendapat keputusan AS Level mereka yang telah dilalui pada Oktober dan November yang lalu. Apa yang menarik berbanding peperiksaan STPM Malaysia adalah mereka mendapat keputusan melalui email masing-masing. Jadi, guru-guru memang tidak tahu keputusan mereka sehinggalah pelajar sendiri memberitahunya. Seperti biasa ada reaksi gembira, sedih, bercampur baur dan sebagainya. Hanya Allah dan mereka yang mengetahui..

Dalam situasi ini, saya tertarik untuk kita melihat kembali intisari terjemahan surah al-Insyirah ayat 1-8, surah ke 94 di dalam Al-Quran.

Bukankah kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan kami telah menghilangkan daripadamu bebananmu, yang memberatkan punggungmu, Dan kami tinggikan bagimu sebutan (namamu), kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Surah ini adalah satu surah motivasi yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w supaya tetap melakukan amal-amal saleh secara berterusan walau apapun keadaan dan situsi yang menimpa baginda. Dari awal surah Allah Taala menyatakan bahawa Dialah yang telah menghilangkan segala bebanan yang Rasulullah s.a.w tanggung dalam menyampaikan risalah. Allah jualah yang menempatkan baginda Rasulullah s.a.w diangkat darjatnya kerana kesabaran baginda menghadapi segala mehnah selama ini. Begitu juga, Dia jualah yang memberikan Rasulullah s.a.w segala cabaran dan rintangan yang terpaksa dilalui.

Namun, sesudah itu Allah menegaskan bahawa selepas kesusahan hadir kesenangan. Pernyataan ini ditegaskan sebanyak dua kali dengan perkataan ‘inna’ didahului di hadapan ayat. Ini menunjukkan janji Allah ini pasti! Dan ia dijanjikan bukan hanya pada Muhammad utusan Allah sahaja, tetapi juga kepada seluruh umatnya!

Signifikannya adik-adik, pertama, walau apa keputusan yang anda dapat sekarang ia adalah dari Allah s.w.t yang Maha Mengetahui segalanya. Pengetahuan kita terhadap perkara akan datang adalah sifar. Jadi, jangan kecewa. Kedua, jika hari ini anda cemerlang sujud syukurlah kerana ini giliran anda berada pada tingkat kesenangan sebelum kesusahan akan datang menimpa. Kesenangan ini sama ada anda jangka atau tidak, pastinya selepas anda melalui kesusahan sebelum ini. Fikir kembali..

Ketiga, jika anda hari ini mengalami kegagalan, koreksilah diri dan usaha anda selama ini. Lihat semula hari-hari kebelakang anda, mungkin selama ini anda berada pada tingkat kesenangan sehingga lupa bahawa kesenangan itu akan hilang di masa hadapan jika tiada usaha-usaha ke arah pengekalan kesenangan dilakukan. Mungkin juga selama ini anda berasa selesa dengan keputusan dan ujian yang dilakukan sehingga berasa diri OK. Over confident nih!

Tapi, bagaimana pula kalau selama ini saya sentiasa ‘struggle’, tetapi keputusan tetap mengecewakan? Jangan putus asa dengan Allah, janjiNya pasti. Terus lipatgandakan usaha lagi kerana kejayaan dan kesenangan di hadapan pasti menanti. Jika kesenangan tidak datang dalam bentuk keputusan cemerlang sekarang, ia pasti akan datang dalam bentuk kemudahan yang lain. Kesenangan mengingat dan memahami pelajaran, penerimaan guru yang baik terhadap diri anda, mudah mendapat universiti, mudah melihat kelemahan diri yang perlu diperbaiki dan banyak lagi. Mata hati anda sendiri yang mampu melihatnya!

Konklusinya, berfikir positif dengan keputusan anda, bertindak responsif dan efisien, dan berharaplah sepenuhnya pada Allah Taala.

Mabruk bagi yang cemerlang hari ini, Mabruk muqaddam bagi yang akan cemerlang sedikit hari nanti. Anda pasti akan senang!

7 thoughts on “KepadaMu Kami Berharap..

  1. salam alaik ustazah.. senyap2 je dah ada blog.. saya mna tere buat nasik tomato..skit2 je. masih rindu kuewteow goreng kerang ustazah buat dgn kitorng dulu

  2. wah…ariff mmg terkenal dgn nasi tomato..masyaAllah…

    insyaAllah nak balik malaysia!

    wah…cepatnya anak-anak membesar…

  3. Fawwaz dan ‘Ulwan dah sekolah di Pasti Tanjung Malim.. nanti kalau ada kudrat, ustazah masuk gambar depa pakai baju PASTI.

  4. Kirim salam pada Arif dan nasi tomatonya. Baby ustazah tak leh makan nasi tomato lagi..

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s