Apa Allah Kata Tentang Yahudi?

Hati besar dari tubuh kecil
Hati besar dari tubuh kecil

Perang Gaza sedikit reda walaupun kita yakin pasti akan berlaku siri-siri seterusnya. Masyarakat dunia yang mengecam tindakan Zionis Israel ini rata-ratanya berpegang kepada prinsip kemanusiaan yang telah dinafikan haknya ke atas Palestin. Namun, sebagai muslim, apakah keyakinan atau pegangan kita terhadap situasi ini? Lebih malang lagi apabila ada umat Islam sendiri berasa keliru terhadap siapakah yang benar dan siapakah yang salah kerana terdedah dengan media yang bersumberkan barat. Akhirnya, menjustifikasikan bahawa Israel memang patut memiliki Palestin kerana mereka adalah umat Nabi Musa yang lebih dahulu lahir dan wujud sebelum Nabi s.a.w. Parah!!!


Berikut saya lampirkan beberapa ayat Allah yang menjadi sandaran untuk kita mengetahui siapakah sebenarnya Yahudi ini. Kesemua ayat adalah daripada surah al-Baqarah meskipun terdapat banyak lagi ayat-ayat daripada surah yang lain yang turut menceritakan perihal mereka. Malangnya, saya hanya mampu memberikan terjemahan kerana penyakit semi celik IT yang belum pulih sepenuhnya. Mungkin ada yang boleh membantu?

1. Bani Israel dituntut supaya beriman kepada Al-Quran seluruhnya. Al-Baqarah 41;

“Berimanlah kamu semua kepada Al-Quran yang telah Aku turunkan yang membenarkan (kitab Taurat) yang ada pada kamu. Janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadaNya, dan janganlah pula kamu jual beli ayat-ayatKu dengan harga yang murah dan hanya kepada Aku kamu harus bertaqwa.”

2. Bani Israel lupa diri sendiri. Al-Baqarah 44;

Apakah kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, dan kamu melupakan (kewajipan) kamu sendiri. Padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat)? tidakkah kamu berfikir?

Ayat ini khusus kepada pendeta Yahudi yang menyuruh orang lain berpegang teguh dengan Islam, tetapi mereka sebaliknya.

3. Yahudi berpaling tadah dari perjanjian dengan Allah. Al-Baqarah ayat 63-64.

“Dan ketika Kami mengambil janji setia dari kamu dan Kami angkatkan gunung (Tursina) di atas kamu (seraya Kami berfirman); “Peganglah teguh apa yang Kami berikan kepada kalian dan ingatlah selalu apa yang ada di dalamnya, agar kamu bertaqwa. Kemudian kamu berpaling tadah setelah itu, maka kalaulah tidak kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya kamu menjadi orang-orang yang rugi.”

Jelas, orang-orang Yahudi tidak konsisten berpegang kepada janji. Jika tidak kerana rahmat Allah, pasti azab yang segera telah menimpa mereka.

4. Yahudi keras hati dari menerima kebenaran. Al-Baqarah 74;

Kemudian hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Batupun (lebih baik) justeru ada di antaranya yang memancutkan air sungai-sungai daripadanya dan malah ada yang merekah lalu keluarlah dari rekahannya mata air, bahkan ada yang mendap ke bawah kerana takutkan Allah. Sesungguhnya Allah tidak pernah alpa sama sekali terhadap apa yang kamu kerjakan.

Walaupun Yahudi telah melihat mukjizat-mukjizat seperti terpancarnya air dari batu, gunung diangkat, manusia berubah menjadi kera dan babi, orang mati dihidupkan semula, mereka terus angkuh dan enggan menerima kebenaran.

Ada lagi beberapa sifat Yahudi yang Allah nyatakan secara jelas dalam surah al-Baqarah ini sebagai pengajaran bagi orang-orang beriman agar tidak mengikut jejak langkah mereka ini. Allah Taala memperuntukan sepertiga dari surah ini menerangkan sifat-sifat orang Yahudi ini. Jika sifat-sifat ini ada pada kita selaku Muslim, dua kali lima lah kita dengan mereka bahkan lebih buruk lagi! Untuk lebih menghayati, dapatkan kitab-kitab tafsir ataupun sekurang-kurangnya Al-Quran terjemahan supaya boleh mengaitkan ayat-ayat di atas dengan ayat-ayat sebelum dan selepasnya.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s