Padah Kapitalisme

economy-downturn

Dunia kini menghadapi kemeruduman ekonomi yang amat dahsyat sehingga melumpuhkan di hampir keseluruhan pelusuk negara. Apa yang membinbangkan kita ialah ianya adalah lebih hebat daripada krisis 1997/98.

Memang tidak dinafikan negara yang paling teruk terpalit ialah negara yang paling banyak bergantung kepada ekonomi Amerika Syarikat. Malaysia juga tidak telepas daripada krisis ini.

Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan untuk mengatasi situasi kemelesetan ini iaitu dengan menggunakan dasar monetari dan dasar fiskal.

Seperti yang kita ketahui, Malaysia dan kebanyakan negara telah mengumumkan pakej rangsangan (dasar fiskal) masing-masing bagi menghadapi krisis ini.

Umum mengaetahui Malaysia telah mengisytiharkan pakej rangsangan RM7bil bagi memastikan Malaysia tidak terheret dengan masalah global dunia.

Namun, mahu tidak mahu sedikit sebanyak kebanyakan industri pembuatan telah menampakkan bahawa krisis ini sudah menjadi semakin serius. Seperti mana Singapura, ‘merehatkan pekerja’ adalah method yang terbaik dan langkah jangka pendek yang dapat ditangani untuk sementara waktu ini. Tetapi ianya tidak akan bertahan lama, lambat laun langkah memberhentikan pekerja tetap akan diambil.menjadi pilihan.

Mana tidaknya, ‘production’ yang kurang telah menyebabkan langkah ini terpaksa diambil.

Di sini, kerajaan terpaksa memperbanyakkan rangsangan-rangsangan ekonomi bagi memastikan krisis ini tidak bertambah buruk.

Daripada sudut pandang ekonomi, projek LCCT Labu dan begitu juga projek perumahan di lereng-lereng bukit tidak dapat dielakkan. Dengan kata yang lain, ianya harus diteruskan. Abaikan peristiwa Bukit Antarabangsa ataupun sejarah Highland Towers.

RM7bil ini juga tidak mencukupi kerana kerajaan juga harus bersiap sedia dengan pemberhentian kerja yang akan dibuat oleh sektor-sektor perkilangan terutamanya dan juga graduan-graduan yang ‘tidak terduga’ tamat pengajiannya pada tahun kemeruduman ini.

Skim latihan graduan yang memerlukan ‘injection’ perlu digandakan kerana pastinya keluaran graduan luar negara dan dalam negara amat ramai dan rasanya tidak mampu ditampung oleh sektor-sektor swasta mahupun kerajaan dengan krisis ekonomi yang semakin rumit ini.

Kesimpulannya, sebenarnya sistem ekonomi kapitalis yang diagung-agungkan oleh Amerika Syarikat telah menunjukkan kelemahan sebenarnya kerana kebanyakan firma-firma yang besar telah ‘dibantu’ oleh kerajaan bagi menyelamatkan hayat firma mereka

CB022158

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s