Sempadan itu tiada dan ada..

Situasi 1 – Satu zaman di sebuah kampung yang aman damai, di mana para penduduknya saling mengenali antara satu sama lain. Bukan setakat nama, bahkan latar belakang keluarga, bilangan anak, keturunan, anak kerja apa, sehinggalah kepada sakit pening pun turut diketahui oleh kelompok manusia di zaman ini. Jiran mereka bukan setakat rumah sebelah, tetapi sekampung itulah kejiranan mereka.

Situasi 2 – Satu zaman di sebuah kawasan perumahan yang padat penduduknya. Mereka setiap hari bersua muka tetapi tidak mengenali antara satu sama lain hatta nama sekalipun. Rumah mereka itulah dunia kejiranan mereka walau di luar sana ribuan manusia berada di sekeliling mereka.

global village cartoons, global village cartoon, global village picture, global village pictures, global village image, global village images, global village illustration, global village illustrations

Dua situasi di atas adalah bertentangan di mana saya menghadapinya suatu ketika dahulu, dan juga turut melaluinya kini. Namun bagi anda generasi muda pasti anda telah ‘miss’ situasi kedua. Betapa malangnya anda generasi Y!

Di manakah berlakunya titik perbezaan antara dua situasi ini? Apakah nilai yang mendominasi situasi 1 dan juga situsi 2 sehingga tercetusnya keadaan yang berbeza?

Situsi 1 adalah wajah kehidupan kampung 30 tahun kebelakang, di mana ia dilatari oleh semangat kejiranan dan ukhuwwah sesama masyarakat kampung yang kuat tanpa ada perkara luaran yang mengganggu. Sumber maklumat mereka adalah komunikasi antara mereka yang rutin berlaku dan di sebarkan secara mulut ke mulut. Walaupun tidak sepantas kilat, sesuatu maklumat akhirnya sampai kepada semua dan ‘valid’ sehingga tempoh masa yang panjang.

Meski wajah kampung kini mungkin sedikit berubah dek penghijrahan anak muda secara besar-besaran dan hanya meninggalkan warga emas menghiasi keemasan kampung mereka, namun saya masih percaya semangat ini masih tetap utuh.

Situasi 2 adalah gambaran kehidupan di kota. Zaman di mana setiap manusia sibuk mencari rezeki kerana tuntutan kehidupan duniawi, sehinggakan jiran sebelah yang sama berkongsi dinding, atap dan loji yang sama tidak pernah dikenali sama sekali! Meski wajah dikenali, tetapi latar belakang dan sebagainya jauh dari diketahui. Namun, insan yang jauh beribu batu sangat dikenali dan diketahui sakit peningnya?

Mungkin itulah penangan dunia tanpa sempadan yang menyebabkan manusia acuh tidak acuh dengan perkara yang dekat, tetapi sangat peka dengan perkara yang jauh darinya. Bak kata pepatah Melayu, sedangkan semut di seberang lautan nampak, inikan pula gajah di depan mata. Ubah sikit maknanya daripada maksud yang asal.

Bukanlah bermaksud kita perlu kembali semula ke zaman silam. Tetapi kembalikan semula semangat yang subur ketika itu untuk zaman ini, di samping meluaskan lagi semangat itu ke antero yang lebih besar dengan teknologi yang sedia ada.

Selama ini sebenarnya kita telah melangkaui sempadan geografi silam, tetapi dalam masa yang sama kita meletakkan sempadan  sanubari dan fikiran kita dari mengenali dan mengetahui mereka yang dekat secara fizikal.

Secara tuntasnya, yang dekat diakrabi, yang jauh dijejaki. Jangan jadi manusia yang tiada kedua-duanya sudah..

2 thoughts on “Sempadan itu tiada dan ada..

  1. Namun bagi anda generasi muda pasti anda telah ‘miss’ situasi kedua. Betapa malangnya anda generasi Y!”

    salam ustazah,

    saya rasa generasi muda telah ter ‘miss’ situasi pertama, bukan situasi kedua… sbb situasi kedua adalah yg dihadapi oleh kami sekarang ini…

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s