SRK DI Mata Kita..

Dalam minggu ini, Astro Awani menayangkan satu slot rancangan SRK Di Mata Kita. SRK? Shah Rukh Khan. Eh… tambah Datuk di depan. Bukan ulasan rancangan yang ingin diberi, kerana saya tidak menontonnya. Bukan juga untuk menilai sama ada SRK layak diberi gelaran Datuk atau tidak, kerana pastinya pemikiran yang logika dan waras berpendirian TIDAK.

Ulama' yang tidak kita kenali..
Ulama' yang tidak kita kenali..

Namun, di sebalik SRK terdapat jutaan manusia yang tercari-cari identiti serta meraba mencari idola untuk dijadikan motivasi diri. Pemikiran yang masih kukuh menilai kehebatan individu berasaskan hedonisme menjangkiti minda manusia khususnya golongan muda, tidak terkecuali golongan tua. Hebatnya SRK pada hidungnya kah? ATau pada ke’macho’annya kah? Atau pada gerak geri tubuhnya tika berdansa di layar, atau apa? Semua kehebatan ini adalah fana dan lagha! Tidak meningkatkan IQ atau EQ manusia walau sekelumit pun apatah lagi SQ!

Mungkin tajam bunyinya. Namun itulah relitinya zaman kini di mana manusia bertuhankan manusia meskipun namanya adalah Muslim. Idola sebenar diketepi kerana tidak benar-benar mengenali. Yang dicari idola pujaan hatiku yang sesuai dengan rasa nafsu dan hati yang mati. Benarlah kata Rasulullah s.a.w dalam hadith baginda;

Ertinya:

Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; ‘Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya).”

(H.R Ahmad)

Jauhi HEDONISME!

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s