Wanita:Dulu Dan Kini

iklan

Saya sempat membaca tulisan Dr. Asri dalam akhbar Mingguan Malaysia bertajuk “Antara bertudung dan cawat besi”. Beliau ada menekankan bahawa kezaliman berlaku di waktu tamadun yang terdahulu akibat daripada penggunaan akal yang dangkal tanpa bersandarkan kepada agama (al Quran).

Perilaku pahlawan kristian yang hendak pergi berperang dangan meninggalkan isteri mereka menggunakan cawat besi adalah di luar kewarasan manusia. Tetapi di waktu itu tiada yang memandang sedemikian kerana demi menjaga dan mengelakkan isteri mereka berlaku curang.

Jelas, mereka sendiri tidak mempercayai kejujuran isteri mereka sendiri. Gara-gara peraturan dan undang-undang yang berkuasa dan berpengaruh pada ketika itu.

Lain pula halnya pada zaman ini. Dunia ditakluki oleh golongan kapitalis yang materialis, sebut sahaja berapa semua akan tertunai.

Jika dahulu perempuan diperlakukan sedemikian, tetapi pada hari ini mereka ‘didorong’ untuk bebas. Atas alasan apa? Seni…

Perempuan dijadikan alat ‘pelaris barang’. Lihat sahaja iklan-iklan yang bergantungan samada ditiang-tiang jalan raya mahupun di bangunan-bangunan pasaraya, semuanya dipenuhi dengan gambar-gambar perempaun dengan aksi mencolok mata.

Inilah kejayaan kapitalis yang berjaya menggoncang dan melonggarkan iman muslim sehingga mereka manjadi buta hati dan lalai dengan dunia.

Allah menukilkan dalam al Quran kepada wanita beriman dalam surah an Nur:31 yang bermaksud “ Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudungnya ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya hanya kepada suami mereka…”

Selagi mana keuntungan dapat dikenalpasti, selagi itu usaha untuk menembusi pasaran akan terus dibuat.

Ini hanya sebahagian daripada limpahan kejayaan kapitalis dalam meruntuhkan institusi iman masyarakat muslim. Banyak lagi diluar sana yang memerlukan usaha tanpa henti kita sebagai muslim beriman untuk menanganinya.

2 thoughts on “Wanita:Dulu Dan Kini

  1. Thanks Arif. Camne nak betulkan ye? Saya budak baru belajar, he..
    Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Islam bermula dalam keadaan terasing. Ia akan kembali asing seperti permulaannya. Maka, berbahagialah untuk orang yang terasing.” (riwayat muslim)
    Dipandang jelik di dunia takpe, asal jangan jelik di akhirat. Na’uzubillah..

  2. assalamualaikum ustazah.

    itu la. saya sedih.. perempuan diperagakan, diperkotak katikkan, diekploitasi sehabisnya.. dengan alasan kononnya itulah liberal, kebebasan…tertipu dengan ilusi palsu. Lelaki pula tidak kurangnya juga,..galak, mengalu-alukan mengumpan dan membaham, bagai serigala terjumpa reban,

    apalah nak jadi dengan umat akhir zaman ni.

    Yang berleluasa membuat maksiat tampak berani berkelakuan buruk tanpa segan dan silu.. yang berakhlak mulia pula ditekan dan dipandang jelik, kononnya ketingglan zaman,atau keciciran trend.. isk..

    ps: Ustazah apa khabar?
    saya rasa ustazah punya setting untuk blog uztazah punya comment box ni mungki n silap sikit. nak tinggal komen boleh tak muncul kadang2

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s