Jiil al-Quran al-Farid

Generasi al-Quran Yang Unik..

Teras kepada pembinaan gerakan yang Rasulullah s.a.w bentuk adalah al-Quran.Daripadanya lahir generasi yang dinamakan generasi al-quran. Mereka adalah generasi yang unggul kerana hanya menjadikan al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w sebagai sumber panduan, perjalanan hidup dan gerak geri mereka. hal ini bukanlah kerana dunia dan tamadun manusia ketika itu ketandusan sesuatu sebagai pegangan, tetapi di sana terdapat beberapa kerajaan gergasi yang kukuh berpegang kepada warisan kuno Yunani dan Farsi.

Kesan daripada panduan al-Quran ini, terbina generasi yang bersih hatinya, bersih pemikirannya, bersih pandangan hidupnya, bersih perasaannya dan murni jalan hidupnya daripada sebarang unsur yang lain daripada landasan Rabbani yang terkandung dalam al-Quran. Sebab itulah Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“Para sahabatku adalah amanah untuk umatku” Riwayat Muslim

Apakah ciri-ciri yang ada pada mereka ini?

1. Memiliki kekuatan aqidah. Mereka kenal bahawa mereka adalah hamba Allah yang mendokong amanahNya yang besar. Hidup dan mati mereka adalah kerana Allah. Mereka tidak takut kepada manusia jika itu akan membawa kemurkaan Allah s.w.t. Ayat dalam surah al-Ahzab:39 bermaksud: “Mereka takut kepadaNya dan mereka tidak merasa takut kepada seorang pun selain Allah.”

2. Berpegang teguh dan bersikap tegas terhadap prinsip. Prinsip yang jelas lahir dari iman yang teguh kepada Allah dan RasulNya, lantas sanggup berhadapan dengan apa jua cabaran duniawi semata-mata untuk mempertahankan prinsip. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“Peliharalah Allah, Ia akan memeliharamu. Peliharalah Allah, kamu akan mendapatinya bersamamu. Kalau kamu meminta sesuatu mintalah kepada Allah. Ketahuilah, jika seluruh umat berhimpun untuk memberi manfaat kepadamu, tidak akan memberi manfaat kepadamu kecuali apa yang telah dituliskanAllah kepadamu. Dan jika umat berkumpul untuk melakukan bencana ke atasmu, tidak akan memberi bencana kepadamu kecuali apa yang telah dituliskan ALlah ke atasmu. Kalam telah diangkat dan kertas telahpun kering”.  Riwayat Tirmizi

3. Berkasih sayang sesama mukmin. Kasih sayang diberikan sebagai pelindung antara satu sama lain. Mereka bersatu padu, ithar antara sesama mereka dan berdiri teguh dalam menuju matlamat yang sama. Imanlah menjadi kunci kasih sayang mereka.

4. Mendukung sepenuhnya dakwah dan jihad. Mereka akan memastikan kalimah tauhid sentiasa berada di atas segala sesuatu yang lain. Sikap mereka tetap teguh dan sabar dalam apa jua keadaan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“Sungguh aneh keadaan orang yang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu hanya ada pada orang yang beriman; Jika memperoleh kesenangan dia bersyukur. Dan itu memberikan kebaikan kepadanya. Kalau ditimpa bahaya, dia sabar, dan itu memberikan kebaikan pula padanya.”  Riwayat Muslim

Jika ciri-ciri generasi ini ada pada pimpinan UMNO, pastilah tidak tertubuhnya PAS.

Jika ciri-ciri ini ada pada pimpinan PKR dan PAS keseluruhannya, pasti tidak berlaku konflik di Perak pada ketika ini.

Jika ciri-ciri ini ada pada mereka semua, aman damailah politik Malaysia di bawah syiar dan kekuatan Islam.

Ayuh!! Kembalikan generasi al-Quran ini. Kitalah penentunya!

62af671185f51bac

One thought on “Jiil al-Quran al-Farid

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s