Main pondok-pondok

Cerita kanak-kanak 1  

Upin : “aku tak nak kawan kau lagi lah.”

Ipin : “kenapa?”

Upin : “kawan dengan kau tak best lah, lagi pun kau tak nak bagi mainan kau.”

Ipin : ???

Cerita kanak-kanak 2 

Upin : “ kau bagilah mainan kau, nanti aku bagi gula-gula aku.”

Ipin : “ Ok lah, nah.”

 

Politik…politik…malangnya nasib si rakyat marhaen yang selalu diperkotak-katikkan dek si pemimpin ‘durjana’. Senang-senang saja bermain dengan kuasa yang ada. Padahal mereka dipilih oleh rakyat untuk kesejahteraan rakyat.

 

Duduk letak politik Malaysia kini sudah semacam zaman kanak-kanak yang bermain pondok-pondok.

 

Zaman kanak-kanak saya dahulu, perkataan “tak nak lah kawan kau lagi…” adalah istilah yang paling popular.

 

Unsur-unsur bodek, beri jajan yang ala-ala rasuah wang sememangnya ada. Namun ia adalah zaman kanak-kanak yang sudah berlalu. Jika dikenang kembali, pastinya menggelikan hati.

 

Tetapi bila ianya berlaku di kala dewasa ini, alangkah malang dan malunya. “ Udoh le tuwe, professional kononnya, tapi peghangai mak ai bughuknye.” (loghat peghok)

 

Sifat Malu

 

Bertitik tolak daripada isu perloncatan parti, tanpa disangka-sangka si peloncat tadi meloncat semula ke tempat asalnya.

 

Alangkah busuknya perangai orang yang tidak tahu malu seperti ini. Inilah yang saya sifatkan seperti main pondok-pondok.

 

‘Buat rumah suka-suka dia, tinggalkan rumah pun suka-suka dia’. Inilah pondok-pondok. Perangai seperti ini sedang berlaku dalam politik semasa Malaysia.

 

Alasan individu yang menghilangkan diri tanpa diketahui keluarga pula seakan memperbudak-budakkan rakyat. Kalau demam pun takkan sampai ke Pahang dan isteri sendiri tidak tahu-menahu kesihatan si suami. Ini tidak masuk akal.

 

Malu sudah tidak menjadi perisai diri. “aku peduli apa orang kata, katak ke sesumpah ke, janji aku lepas.”

 

Ingat! sejarah bakal mencatat Perak adalah negeri pertama yang digelar ‘negeri katak’ yang kalau dulu heboh ada individu yang dicop sebagai ‘katak’.

 

Sabda Rasullullah s.a.w. “ Sesungguhnya di antara ajaran yang didapati oleh manusia daripada kalam(perkataan) nubuwah yang pertama ialah “Apabila kamu tidak malu maka buatlah apa yang kamu suka.” Riwayat Imam Bukhari.

 

Kanak-kanak kalau bertelanjang nampak comelnya lagi. Tapi kalau “orang tua” yang bertelanjang, pastinya orang akan memanggilnya “gila”.

 

Inilah nilai tahap ‘kemaluan’ orang yang ‘suka-suka dia’ buat  kuasa negara ini bagai main pondok-pondok.

 

Patik mohon ‘derhaka’

 

Ibarat kisah si jebat dan si tuah. Si jebat yang ingin menegakkan keadilan akhirnya telah dibunuh sendiri oleh orang yang ingin dibelanya iaitu tuah. Si tuah yang ‘lurus bendol’, tanpa penilaian akal yang waras membunuh rakan setianya sendiri.

 

Itulah simboliknya situasi ini.

 

Namun hadith riwayat muslim bermaksud “Bahawasanya Allah s.w.t  mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari dada manusia. Tetapi Allah s.w.t menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”

 

Inilah yang sedang berlaku, mereka berdoa (si jahil), kita juga berdoa. Namun Allah makbulkan doa mereka tetapi perlu diingat “Allah bersama dengan orang-orang bersabar.”

 

Derhaka ini bukanlah derhaka akan hukum Allah. Derhaka ini adalah derhaka pada manusia yang tidak tahu menilai situasi sebenar yang berlaku. Hanya kerana ukuran majority bangsa yang dinilai lantas menidakkan kuasa rakyat yang memilih.

 

Manakah yang harus dipilih, Melayu yang korup atau Cina yang adil. Adil itu adalah Islam. Korup adalah jahiliah. Manakah yang akan menstabilkan kerajaan antara si korup dan si adil?

 

Pentingkan hukum Allah atau pandangan manusia? 

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Islam bermula dalam keadaan terasing. Ia akan kembali asing seperti permulaannya. Maka, berbahagialah untuk orang yang terasing.” (riwayat muslim)

Bangsawan

 

Bangsawan itu dipandang mulia dan dihormati. Makan pakai terjaga dan terkawal hinggalah tidak tahu keperitan kalangan marhaen.

 

Bandingan tangan lembut dan kasar, kulit tegang dan berkedut adalah nyata disudut zahir.

 

Kelebihannya adalah kesenangan yang dikurniakan Allah. Tetapi Allah dengan kuasanya melahirkan orang yang susah ini lebih mengerti akan keperitan berbanding dengan kalangan bangsawan.

 

Duduk di takhta bersenang gembira, si papa membanting tulang memerah keringat mencari rezeki Allah dimerata dunia. Kelebihan yang Allah beri dalam kesusahan adalah mengerti akan kepayahan dan nikmat rezeki.

 

Tetapi bagi yang bersenang lenang, menyampaikan teks ucapan hasil nukilan orang, merasmikan majlis dari pagi sampai ke petang sudah tentu tidak akan merasai nikmat kepayahan dan kepenatan itu.

 

Itulah bandingan dengan situasi ini. Membuat keputusan tanpa menilai budi pekerti tetapi hanya majority.

 

Takutkan bayang-bayang bahawa ketuanan melayu akan hilang. Secara tak langsung sebenarnya telah mendatangkan malang khususnya kepada masyarakat tempatan kerana memberi pemerintahan kepada si temberang.Ini yang membuatkan Melayu akan ‘hilang’. 

 

Akhirnya, Rasullullah s.a.w bersabda “ Pemimpin-pemimpin pilihan di antara kamu semua adalah orang-orang yang kamu cintai dan mereka pun mencintai kamu, juga yang kamu doakan kebaikan untuk mereka dan mereka pun mendoakan kebaikan untuk kamu semua.”

 

“Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu benci dan mereka pun membenci kamu semua, juga yang kamu laknati mereka dan mereka  pun melaknat kamu semua.”

 

‘Auf berkata, para sahabat bertanya, “ Ya Rasullullah, apakah kita tidak boleh menentang kepada pemimpin-pemimpin yang sedemikian itu?”

 

Baginda bersabda, “ Jangan menentang mereka, selama mereka masih tetap mendirikan solat di kalanganmu semua.”  Riwayat Muslim.

6 thoughts on “Main pondok-pondok

  1. “perak bukanlah negeri pertama yang digelar negeri katak dalam sistem politik Malaysia.”
    …..erk..kat sabah ngan klntn ada kes lompat tp mase tu kecoh ke istilah katak ni….ermm..jd teoratically nye mane yg dpt/diberikan gelaran katak dulu yek?(ni pertanyaan je)

    “sudah beberapa kali timbul dakwaan oleh adun dan ahli parlimen PR bahawa mereka cuba dibeli dan diugut”
    ..yg ni plak,nape tak cakap skali wakil rakyat dari bn yg buat dakwaan tapi semasa semakin dekat dgn 16sept..diorg pon tak kene saman balik kan?
    ..ingat tak sblm ni ada berita adik beradik dilaporkan lari diri dari rumah mereka kat johor,pastu tak lame pastu kuar lagi kat surat kabar yg budak tu sbnrnya tak lari diri cuma nak pegi rumah mak angkat diorang kat kelantan(err negerinya kat pantai timur,kalo tak silap kelantan r) dan masa tu diorang dah kat pahang..budak yg sepatutnya dijaga oleh parent ni pon boleh jadi cam ni,ni kan plak suami..

    tak pe lah,yg penting kita jgn terlalu taksub dgn benda2 cam ni ye..apa2 pon,moga malaysia terus makmur di muka bumi ni..insyaallah

  2. Ingat! sejarah bakal mencatat Perak adalah negeri pertama yang digelar ‘negeri katak’ yang kalau dulu heboh ada individu yang dicop sebagai ‘katak’.

    -tapi ingat juga bhw telah menjadi sejarah siapa yg memulakan/menghebohkan dahulu ‘teori’ katak dlm politik Malaysia ini.teori tersebut mirip dgn perkara yg berlaku skrg cume bezanya,pemula ‘teori’ tersebut hanya punya bilangan ‘katak’(or whatever) tetapi kali ni bkn sekadar bilangan,malah lengkap dgn senarai.

    -> Perak bukanlah negeri pertama yang digelar negeri katak dalam sistem politik Malaysia. Juga, DSAI bukanlah manusia yang memulakan teori politik katak di Malaysia. Lihat kembali sejarah. Apa yang telah berlaku pada kerajaan Sabah pimpinan Pairin Kitingan (tahun 82 tak salah) dan juga kerajaan Kelantan pada tahun 86(kalau tak salah). Jelas. Isu ini sudah lama dimainkan oleh pihak kerajaan BN.

    Mungkin ada hujah mengatakan kita bercakap mengenai isu semasa bukan sejarah. Iaitu dalam situasi politik semasa, DSAI lah yang heboh berbicara tentang isu lompat parti. Saya bawakan dua hujah.

    Yang pertama, kita pergi dulu mengenai cara dan langkah DSAI. Adakah Pakatan Rakyat (PR) mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk “membeli”? Kembali kepada kisah, adakah PR mempunyai gula-gula untuk diberi? Sebaliknya kita lihat apa yang berlaku di Perak dan Kedah. Adun-adun katak ini ditawarkan jutaan ringgit.

    Ok. Mungkin anda katakan ini sekadar fitnah yang masih belum dibuktikan. Saya jawab dengan dua hujah. Yang pertama sejarah dan kedua bukti. Isu sejarah sudah jelas dan terbentang bila mana berlaku lompat-melompat ini ketika di Sabah dan Kelantan dahulu jutaan wang ditaburkan. Yang kedua bukti. Kita lihat isu di Perak. Saya berikan satu kisah. Seorang isteri melaporkan suaminya dicolek. Ada orang datang ke rumah katanya nak dibawa berjumpa Raja Muda namun kemudian gagal dihubungi. Tak lama kemudian, si suami mengatakan tiada apa-apa yang berlaku. Dia cuma pergi bercuti. Dan juga menafikan dakwaan isterinya sendiri. Anda ada jawapannya mengapa sedemikian yang berlaku?

    Yang kedua, kita lihat cara dan pendekatan yang dilakukan oleh BN. Maaf, hujah saya sedikit tak tersusun. Sejak keputusan pilihanraya ke-13 diumumkan, sudah beberapa kali timbul dakwaan oleh adun dan ahli parlimen PR bahawa mereka cuba dibeli dan diugut. Kenapa langsung tiada sebarang penafian oleh pihak BN? Sedangkan mereka boleh menyaman individu-inidvidu terbabit kerana hal ini jelas menjatuhkan maruah BN. Bagaimana dengan laporan polis dan BPR (kini SPRM) yang dibuat oleh adun2 dan ahli2 parlimen ini? hingga kini tiada sebarang jawapan.

    Waalahua’lam

  3. Ok.. Entri pondok2 ni, suami ustazah yang tulis. Tunggu jawapan nanti sat ye..

  4. salam
    eh ada perkataan ‘jajan’ la..ustazah org johor ke?eh org selangor kan?kalo cakap dgn org bkn johor mostly diorg xpaham jajan tu apa.
    Sy sekadar mahu melihat pandangan ustazah dgn persoalan2 di bwh.

    Ingat! sejarah bakal mencatat Perak adalah negeri pertama yang digelar ‘negeri katak’ yang kalau dulu heboh ada individu yang dicop sebagai ‘katak’.

    -tapi ingat juga bhw telah menjadi sejarah siapa yg memulakan/menghebohkan dahulu ‘teori’ katak dlm politik Malaysia ini.teori tersebut mirip dgn perkara yg berlaku skrg cume bezanya,pemula ‘teori’ tersebut hanya punya bilangan ‘katak'(or whatever) tetapi kali ni bkn sekadar bilangan,malah lengkap dgn senarai.

    Derhaka ini adalah derhaka pada manusia yang tidak tahu menilai situasi sebenar yang berlaku.

    -adakah hanya kerana kita tak bersetuju dgn pendapat org tertentu kita terus mengatakan mereka tidak tahu menilai sesuatu.setahu manakah kita menilai sesuatu perkara.seyakin mana kita bhw penilaian kita tu memang yg terbaik.

    Manakah yang harus dipilih, Melayu yang korup atau Cina yang adil. Adil itu adalah Islam. Korup adalah jahiliah. Manakah yang akan menstabilkan kerajaan antara si korup dan si adil?.

    -kukuh benarkah pernyataan yg dikatakan ‘cina yg adil’ tu.semua org tahu adil ialah meletakkan sesuatu pd tempatnya bkn menyamaratakan.jika dilihat keadaan skrg ni,stabil sgtkah kerajaan ‘cina yg adil’ tersebut.

    hayati kembali sejarah lalu.Dato’ Onn walaupon pernah dibuang negeri ke singapura krn selisih faham dgn Sultan masih sanggup berjuang menentang penjajah setelah kembali semula ke Johor.berdasarkan hadis yg terakhir dlm entri di atas,mmg sepatutnya Dato’ onn menghormati Sultan tanpa mengira perkara yg lepas.

    ( teringat plak kata2 yb nizar yg disiarkan dlm blog siasahdaily sblm Sultan perak umum keputusan baginda,lbih kurang camni,”baginda Sultan pasti membuat keputusan dgn adil dan saya menerima apa shj keputusan baginda” )

    setiap manusia punyai pandangan berbeza atas setiap perkara.ulama sendiri pun kadang kala punyai pendapat berbeza antara satu sama lain dan mencari penyelesaian trhadap perbezaan tersebut.tapi siapalah kita nak dibandingkan dgn ulama2 tersebut.
    wallahualam.

  5. Salam

    Cili itu pedas
    Resipi terasa pedas bila dicampur Cili
    Tetapi Cili itu realiti
    Sebab itu Resipi Cili sememangnya pedas

    Rangkap terakhir bait pemimpin jahat tidak ditentang selagi solat ditegak tak dilarang, huraikan sedikit ustazah?

    Keliru
    Dengan perjuangan menentang Al-Mala’ menggila!

  6. Salam

    Cili itu pedas
    Resipi yang pedas bili dicampur Cili
    Tetapi Cili itu realiti
    Sebab itu Resipi Cili sememangnya pedas

    Rangkap terakhir bait pemimpin jahat tidak ditentang selagi solat ditegak tak dilarang, huraikan sedikit ustazah?

    Keliru
    Dengan perjuangan menentang Al-Mala’ menggila!

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s