Life Is A Treasure Hunt..

Sabtu yang lalu, saya telah mengikuti satu pertandingan yang julung kali diadakan di KYUEM, iaitu KYUEM Treasure Hunt. Banyak pengalaman yang menarik dikongsi bersama ahli kumpulan yang terdiri dari Mr. Murali sebagai pemandu, Pn. Zaharah sebagai Navigator, Dr, Bano dan saya sebagai penumpang yang berfungsi untuk menyelesaikan ‘clue’ yang diberi.

 

Hartaku hartaMu, hartaMu bukan hartaku
Hartaku hartaMu, hartaMu bukan hartaku

Ringkasnya, saya boleh ibaratkan bahawa pertandingan Treasure Hunt adalah analogi kehidupan. Meskipun tidak tepat bagi setiap sisi yang khusus, namun pada sisi yang lebih umum menunjukkan signifikan yang tepat dengan kembara kehidupan.

Pertama, tujuan utama Treasure Hunt adalah untuk mendapatkan jawapan tertentu yang dianggap matlamat berharga untuk melayakkan sesebuah kumpulan dinobatkan sebagai pemenang. Hidup juga begitu. Bahkan telah jelas Allah menyatakan tujuan keberadaan kita di bumi tanpa ada ‘clue’ atau teka teki yang perlu diselesaikan. Lebih mudah untuk menjadi pemenang kehidupan realiti kerana matlamat utama telahpun kita ketahui berbanding menjadi juara Treasure Hunt!

“Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku” al-Dzariyat:56

Penghambaan yang sahih kepada Allah akan menatijahkan syurga sebagai ‘the most valuable treasure’.

Di dalam pertandingan juga peserta akan dibekalkan dengan peta laluan yang perlu dilalui untuk mendapatkan harta bernilai tadi. Jika peserta gagal mengikuti setiap laluan yang sepatutnya, kebarangkalian peserta untuk tidak dapat menjawab ‘clue’ yang diberikan adalah tinggi. Perkara inilah yang turut dinilai sebagai menepati syarat pemenang pertandingan.

Ya, tepat sekali dengan manusia. Allah bekalkan kita panduan dan peta al-Quran dan al-Hadith untuk diikuti. Barangsiapa yang ikut, dia akan selamat dan berjaya dan begitulah sebaliknya. Namun, persoalannya ialah kenapa kita beria-ia untuk menang Treasure Hunt, tetapi tidak beria-ia benar untuk memenangi kehidupan yang hakiki?

Jawapannya, kita tidak benar-benar yakin dengan hadiah atau harta bernilai yang bakal diterima iaitu syurga. Semangat yang tinggi hanya akan datang dengan kejelasan dan keyakinan terhadap habuan yang bakal diterima. Apabila semangat tinggi menggunung lantas, strategi akan disusun, musuh akan diperhati, rintangan akan dihadapi dan segalanya perlu sempurna.

Alangkah indahnya jika diri ini punyai semangat yang sama hasil keyakinan yang kukuh dengan habuan akhirat yang Allah kurniakan kepada sesiapa sahaja hambaNya yang mahu dan cinta padaNya.. Berimankah aku? Muhasabah diri sendiri.

Dalam hal yang lain, strategi akan lebih tersusun jika diatur dan dilaksana bersama. Ada pemimpin sebagai pemandu, ada ulama’ sebagai ‘navigator’, dan ada pengikut sebagai pemerhati yang menilai suasana. Kolaborasi semuanya disulami dengan rasa ukhuwwah, mahabbah dan ithar yang tinggi bakal menatijahkan keseluruhan masyarakat itu berjaya mencapai ‘treasure’ yang dinanti. Begitulah kepentingannya Islam dijadikan sebagai ad-deen yang memandu manusia dalam tindakan seharian.

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang/berjihad di jalan Allah dalam satu soff (barisan)” al-Soff: 3.

 Life is a route of finding the treasure in the Day after..

 

2 thoughts on “Life Is A Treasure Hunt..

  1. Life is a route of finding the treasure in the Day after..betul3.. salam ziarah ustaz!!

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s