Ayat Mereka, Ayat Aqidah Sahih.

Allahu Ghaayatuna
Allahu Ghaayatuna

“Innii la akhafu Israel. Hasbiyallahu ni’mal wakil..” Sesungguhnya saya tidak takut Israel. Cukuplah Allah sebagai sebaik-baik pelindung. Kata Abbas kanak-kanak lelaki Palestin berusia 10 tahun.

“La akhaf. Innallaha saufa yubaddil ‘ala maa faata minna” Saya tidak takut/risau. Sesungguhnya Allah akan menggantikan apa yang telah hilang dari kami. Seorang lelaki Palestin dengan ceria berkata kepada rakan-rakannya.

Seorang jurucakap Hamas berkata dalam satu majlis yang diadakan di Selangor Jumaat lalu berkata, “Hamas cukup dibenci dan digeruni oleh Israel kerana sentiasa berjuang untuk menegakkan dan mempertahankan Islam sebagai cara hidup. Agenda Israel adalah menghancurkan umat Islam di sini daripada segala segi seperti pendidikan, ekonomi dan pentadbiran dan paling utama cuba hancurkan agama Islam itu sendiri,”

“Kami bersedia untuk mati syahid. Itulah cita-cita kami. Jika seribu daripada kami gugur akan muncul seribu lagi pejuang yang sanggup berjuang untuk membebaskan bumi suci ini.” Seorang pejuang Hamas berbicara kepada wartawan Majalah 3.

Ayat-ayat di atas adalah kata-kata yang lahir spontan tanpa paksaan atau tekanan dikenakan terhadap mereka. Kata-kata tersebut saya dengar melalui siaran di media TV dan internet. Di Palestin itulah lumrah ayat-ayat yang lahir dari bicara mulut mereka meskipun mereka sebenarnya mengalami satu tragedi dahsyat yang berlaku sepanjang dekad ini. Tidak hairan juga apabila dalam sebuah rancangan wawancara di Bernama TV, seorang sukarelawan NGO Malaysia yang telah berada di Gaza selama beberapa hari mendapati, warga Gaza dilihat berada dalam situasi yang seolah-olah gembira seakan tiada sesuatu pun berlaku pada mereka. Subhanallah!

Inilah yang dinamakan ‘zero mind process’, di mana mereka berserah sepenuhnya kepada Allah. Mereka yakin dengan sebenar-benar keyakinan terhadap janji Allah. Ikatan mereka terhadap Allah tiada yang mampu memisahkannya. Mereka rela syahid, kerana telah terbayang di hadapan mata gambaran Firdaus yang menanti. Mereka rela sengsara di dunia, kerana jelas dengan kesenangan yang bakal diterima di sana. Allah, Allah, Allah matlamat utama hidup mereka.

Jika dibandingkan dengan ayat-ayat kita di sini.

“You lah segalanya pada I. Tak bertemu sesaat, bagai tersiat-siat rindu di hati.” Kata seorang ‘balak’ kepada ‘meranti’nya.

“Kalau ibu dan ayah takde nanti, sape nak jaga Amin? Amin tak boleh hidup seorang..”

“Dengan simpanan kewangan kita yang berjumlah RMxxxxxxxxxx ni, Insya Allah hidup kita aman. Boleh survive sampai mati.”

Benarlah dan Maha Adillah Allah. Mereka di sana diuji dengan kesengsaraan. Kita di sini diuji dengan kesenangan dan serangan pemikiran. Kerap kali manusia gugur apabila diuji dengan kesenangan. Tetapi tega apabila diuji dengan kesusahan dan kepayahan. Pokok pangkalnya, ikatan kita dengan Allah terhadap sebarang situasi yang dihadapi adalah sangat penting. Segalanya bersumberkan Dia.

Ubahlah ayat-ayat kita agar terikat dengan Allah.

Inilah antara ayat Allah yang mereka pegang dan yakin.

“Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin itu untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar antara kamu nescaya mereka dapat mengalahkan 200 musuh. Dan jika seratus orang (yang sabar) antara kamu, mereka dapat mengalahkan seribu orangkafir, disebabkan orang kafir itu kaum yang tidak mengerti.” al-Anfal : 65.

“Jika mereka berpaling dari keimanan, maka katakanlah: Cukuplah Allah bagiku tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNyaaku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki arasy yang agung” al-Taubah: 129.

One thought on “Ayat Mereka, Ayat Aqidah Sahih.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s