“Dialah orangnya”

doa“Hai Daud! Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan” (Surah Shaad ayat 26)

Dalam isu politik Perak yang semakin hangat, saya juga tidak kurang menerima selitan-selitan komen yang agak memberangsangkan. Terima kasih diucapkan kepada para pemberi komen.

Perkara keadilan yang saya ingin tonjolkan kekadang mengundang pelbagai persepsi. Oleh itu saya berhajat membawa  beberapa perkara pokok dalam kepimpinan. Continue reading