Budak 13 tahun jadi bapa

LONDON – Seorang budak lelaki berumur 13 tahun, Alfie Patten menjadi bapa apabila kekasihnya melahirkan anak perempuan empat hari lalu di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

budak-13-tahunKekasihnya, Chantelle Steadman yang berumur 15 tahun bersalin di Hospital Eastbourne, Timur Sussex dan anak mereka seberat 3.31 kilogram.

Menurut Patten, dia dan Chantelle memutuskan untuk tidak melakukan pengguguran selepas mengetahui berita kehamilannya.

Patten mempunyai ketinggian hanya 1.21 meter dan tubuhnya seperti seorang budak berumur lapan tahun.

“Saya tidak pernah berfikir mengenai cara kami mahu membesarkan anak kami.

“Saya tidak mempunyai wang poket. Kadang-kadang bapa saya memberikan saya £10 (RM52.49),” katanya.

Patten menjalin hubungan seks ketika berumur 12 tahun tanpa memakai kondom dan mengetahui kekasihnya hamil ketika usia kandungan adalah 12 minggu.

Berita kehamilan itu terbongkar enam minggu kemudian apabila ibu Chantelle, Penny, 38, mengesyaki sesuatu selepas melihat tubuh anaknya berisi.

Pasangan kekasih itu akan membesarkan anak mereka dengan bantuan ibu dan bapa Chantelle.

Ibu Chantelle berkata: “Kami sudah mempunyai lima anak dan ia merupakan satu tanggungjawab kewangan besar.

“Namun, kami merupakan sebuah keluarga dan kami akan meneruskan kehidupan.”

Sebelum ini, bapa termuda di Britain ialah Sean Stewart yang berumur 12 tahun. Dia mendapat anak selepas dia melakukan hubungan seks dengan Emma Webster berumur 15 tahun di Sharnbrook, Bedford pada 1998. – Agensi (Kosmo 19 Februari 2009)

Islam dan akal

Ada yang mengatakan Islam adalah jumud kerana terbatas dek Al Quran yang membataskan manusia untuk berfikir. Lebih-lebih lagi kepada para atheis.

Namun, hasil daripada akal yang dangkal, maka lihatlah apa yang telah berlaku kepada remaja di atas.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan mereka berkata: “Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu)nescaya tidaklah kami temasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala.”( Al Mulk:10)

Inilah hasilnya jika hanya menggunakan akal tanpa merujuk kepada Al Quran dan Sunnah.

BERHATI-HATI KEPADA YANG BER’COUPLE’. JANGAN DEK KERANA BUDAYA, GAYA DAN AKAL SEMATA-MATA. AGAMA MUSNAH DIRI MERANA. ALLAHUA’LAM

2 thoughts on “Budak 13 tahun jadi bapa

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s