Islam Liberal

Entah apa yang mereka perbincangkan dan simpulkan. Tetapi yang nyata, konvensyen Musawah yang telah diadakan di Prince Hotel Kl pada 13-17 Februari yang lalu adalah gerakan yang didominasi oleh golongan liberalis Islam. Konvensyen ini ditunjangi oleh Sisters in Islam dan sebuah jawatankuasa antarabangsa yang terdiri dari para sarjana dari Malaysia, Indonesia, Pakistan, Mesir, Maghribi, Gambia, Nigeria, Iran dan UK.

Apa misi mereka dalam konvensyen tertutup yang disertai seramai 250 ahli akademik dari 48 buah negara Islam ini? Ya, seperti namanya, Musawah ia ingin membina satu gerakan global yang menuntut kesaksamaan dan keadilan dalam keluarga Islam. Mereka mendakwa kebanyakan wanita kini adalah pencari nafkah dan pelindung bagi keluarga mereka. Namun, undang-undang kebanyakan negara Islam masih kekal dengan kerangka perundangan klasik iaitu suami pencari nafkah sementara isteri patuh dan taat.

women1

‘Manis’ bunyinya bukan? Kesaksamaan dituntut, bukan keadilan. Kebebasan wanita adalah hak asasi mereka secara total kerana peranan wanita kini telah berubah. Islam mendiskriminasi wanita kerana mereka tidak boleh bersuara dan sebagainya lagi agenda yang mereka ingin perjuangkan. Inilah golongan Islam liberal yang pemikirannya semakin menular selari dengan modenisme yang membaluti kehidupan muslim kini.

Di Indonesia, Jaringan Islam Liberal ini telah berjaya menguasai kehidupan Muslim di sana sejak 1970an lagi kesan Pancasila. Nah, akibatnya kini kecelaruan dalam beragama berlaku dengan amat dahsyat di sana. Satu keluarga boleh berbilang agama, bapa Islam ibu Kristian anak atheis dan sebagainya. Tanah perkuburan juga dikongsi bersama. Untuk membezakan antara Muslim atau bukan juga sangat sukar kerana nama mereka seakan-akan tiada beza. Mahukah kita keadaan ini berlaku di Malaysia?

Ketahui, bentuk-bentuk pemikiran Islam liberal ini dan berwaspada! Mungkin kita juga menganuti fahaman ini. Bersyahadahlah semula!

1.Mereka menganut fahaman pluralisme. Pluralisme iaitu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama yakni benar belaka. Orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya Islam yang benar. Sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul. Semuanya menuju jalan kebenaran.

2. Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia. Mereka berhujah dengan menggunakan ayat 256 surah al-Baqarah yang bermaksud “tiada paksaan dalam agama”. Sedangkan menurut mufassirin, ayat ini khusus untuk orang bukan Islam iaitu mereka tidak boleh dipaksa masuk Islam.

3. Ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman. Mereka mengatakan pentafsiran semula yangvdilakukan ini tanpa perlu  terikat dengan tafsiran ulama terdahulu kerana mereka jauh ketinggalan dan tidak sesuai untuk zaman sekarang. Memadai jika tafsiran itu menepati logik akal dan rasional. Inilah dia pemikiran neo-Muktazilah!

Bagi mereka al-Quran hanya menerangkan tujuan agama, manakal akal manusialah yang menselarikannya dengan konteks zaman.Tafsiran akallah yang muktamad sekalipun lari jauh dari konteks ayat yang sebenar. Contohnya tentang hudud terhadap pencuri, nisbah pembahagian faraid antara lelaki dan wanita, hijab dan pelbagai lagi.

4. Mempertikai syariat Allah dan hukum hakam Fiqh dengan hujah rasional. Pada pandangan mereka hukum syariat adalah ciptaan ulama’ dan fuqaha’.

5. Menolak penguatkuasaan undang-undang moral agama. Menurut mereka penguatkuasaan undang-undang moral agama adalah salah kerana melanggar kebebasan dan hak asasi manusia.

 6. Mendukung gerakan pembebasan wanita dan feminisme. Hal ini jelas sekali agenda mereka.

Apa yang kita perhatikan daripada ciri-ciri ini, jelasnya mereka menentang Rasulullah s.a.w yakni tinggalan hadith baginda. Kerana hadith berfungsi untuk memperincikan dan menghuraikan al-Quran. Jadi, apabila pentafsiran semula dilakukan, bermaksud mereka menolak tafsiran yang telah dilakukan oleh para ulama melalui sandaran hadith Nabi s.a.w.

Berhati-hatilah dengan pemikiran yang jauh telah menyimpang ini. Jarum-jarum halus sentiasa dekat dengan kita untuk masuk meracuni kita dengan pemikiran ini. Filem, rancangan TV, blog-blog dan forum-forum hendaklah diperhatikan isi kandungannya agar kita tidak terpedaya. Allah berfirman dalam surah al-An’am yang bermaksud;

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya, dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam)kerana jalan itu menceraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu bertaqwa”

1.

2 thoughts on “Islam Liberal

  1. ahhhh… syarahan yang amat bernas sekali ust azhan!! kita mesti mengikut semua aspek islam secara fundamentalnya… betulbetulbetul…

    oh ya dan salam ziarah..🙂

  2. Iya benar..terus basmi para kroni-kroni IsLib (baca = agama baru). Islam yes…syariat yes…All, everything…sami’na wa atha’na.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s