Exora..

“Proton dah keluarkan MPV ke?”  detik hati dihadapan TV.

“Tapi mana keretanya?,ooh! baru umumkan nama je ke. Ingatkan dah ‘launch’.”

Bertuah kepada si pemenang kerana siapa sangka nama bunga ixora telah terpilih untuk MPV Proton yang pertama. Dalam ribuan atau mungkin jutaan peserta, nama ini yang terpilih. Itulah yang dinamakan tuah.

Ada beberapa persoalan dari sudut strategi pasaran dalam pasaran MPV Exora di waktu gawat ekonomi ini.proton-mpv-chaku

Adakah strategik dipasarkan waktu ini?

Daripada segi teori ekonomi, permasalahan ini dirujuk kepada bagaimana hendak merancakkan pasaran ekonomi. Kesesuaian masa gawat ini ialah menggalakkan orang ramai  berbelanja.

Barangnya sudah ada (MPV Exora). Sekarang hanya perlukan dorongan lain iaitu pinjaman dan kadar faedah. (perbincangan ini tertumpu kepada teori konvensional).

Bank Negara baru-baru ini telah mengumumkan penurunan kadar faedah (BLR). Ini adalah penanda aras bagaimana ekonomi perlu dipacu pada ketika kemelesetan.

i. Ekonomi yang lembap ini perlukan rangsangan kewangan/monetari iaitu turunkan kadar faedah.

ii. Longgarkan syarat pinjaman (tempoh pinjaman dan kadar pinjaman)

Berbaloikah membeli di waktu ini (gawat)?

Secara teori, kadar faedah yang rendah ini akan merancakkan orang ramai untuk membeli dan berbelanja. Ini kerana pinjaman yang dibuat akan dibayar dengan kadar yang rendah berbanding  waktu inflasi. Oleh sebab itulah agak wajar untuk berbelanja.

Exora?

leaked-proton-mpv-1Persaingan yang sihat dari sudut pasaran MPV Proton dan MPV luarnegara akan merancakkan pasaran automobil terutama sekali Malaysia.

Apatah lagi apabila MPV pertama Proton yang harganya agak murah berbanding MPV import. Bezanya cuma dari sudut kuasa (CC).

Tarikan kepada MPV Proton ialah

a. harganya yang murah

b. MPV pertama keluaran tempatan

c.Proses ‘loan’ yang longgar dan pembayaran balik yang rendah.

Beberapa persoalan dalam fiqh mu’amalat

Proses penempahan MPV Exora ini sudahdibuka pada awal pengumuman nama MPV Proton ini. Tanpa disedari ada beberapaperkara yang saya lihat agak terlepas pandang.

Ia adalah seperti ada kewujudan yang dilarang dalam mu’amalat Islam iaitu gharar.

Nabi Muhammad bersabda :

“Nabi SAW melarang daripada berjual beli  dengan  kewujuda n gharar.” (Riwayat Muslim)

Kesnya ialah MPV ini belum dilaunch lagi, tidak ada model untuk diperhati oleh pembeli. Jika membeli atas dasar iklan dan gambar sahaja ianya belum menepati.

Antara contoh gharar di sini ialah:

1.Menjual barang yang tidak diperincikan sewajarnya.

2.Menjual barang dengan harga yang tidak diputuskan muktamad

3.menjual barang dengan harga yang bergantung kepada keadaan.

Ulama Islam ketika menjelaskan perkara gharar ialah “kerana ia adalah jualan barang yang tidak dilihat dan tidak disifatkan, maka ia tidak sah.”

Di sini saya belum pasti duduk letak  perkara ini berlaku ( sebab saya tidak dapat informasi dan tidak pergi ke tempat tempahan), cuma ‘takut-takut’ perkara sebegini berlaku. Jika benar ia seperti di kata, maka perkara ini tertakluk kepada hukum di atas.

One thought on “Exora..

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s