stagflasi dan stagnasi

gold1

Alhamdulillah, saya telah diajukan beberapa soalan berkenaan ekonomi oleh pelajar saya. Hal ini amat saya nanti-nantikan kerana jarang-jarang berlaku dalam karier saya sebagai pendidik ini ditanya soalan-soalan yang di luar daripada silibus pengajaran.

Apa itu stagflasi?

Sebelum saya merungkai makna stagflasi, terlebih dahulu kita harus mengenali inflasi.

Kadar inflasi ialah peratusan kenaikan harga-harga dalam satu masa tertentu. Inflasi ini tidak dapat dielakkan. Cuma apa yang perlu adalah kawalan terhadapnya. ‘Inflasi merayap’ sering kali berlaku terutama terhadap negara-negara maju. Kadar inflasi sekitar 3-4 peratus adalah biasa, khususnya ketika ekonomi mencapai guna tenaga penuh(pesat membangun).

Hanya jika ia melebihi 5 hingga 10 peratus dan kadangkala kedengaran juga inflasi mencapai beratus peratus. Ini boleh dikatakan sebagai serius.

Terutama kepada negara-negara yang mengalami ketidakstabilan ekonomi, peperangan dan sebagainya. Ini dikenali sebagai inflasi hiper.

Stagflasi pula berlaku apabila berlakunya inflasi desakan kos iaitu inflasi yang diakibatkan kenaikan kos yang menyebabkan peningkatan dalam harga kos pengeluaran.

Kenaikan kos pengeluaran ini akan menyebabkan firma akan menaikkan harga-harga barang dalam pasaran.

Inilah yang berlaku dalam sekitar tahun 1973, iaitu apabila harga minyak dunia naik dan menyebabkan peningkatan harga kos pengeluaran.

Situasi stagflasi

Situasi ini juga menyebabkan pendapatan negara merosot dan harga pasaran meningkat. Pengurangan pendapatan negara akan mengurangkan tahap guna tenaga (peluang pekerjaan).

Kenaikan kos pengeluaran dalam ekonomi akan menimbulkan dua kesan buruk kepada ekonomi iaitu inflasi dan pengurangan guna tenaga (kurang peluang pekerjaan).

Maka, keadaan seperti inilah yang dinamakan sebagai stagflasi.

Rentetan daripada keadaan ini ekonomi akan menghadapi masalah stagnasi hasil daripada masalah inflasi.

Inilah yang berlaku pada tahun 1973 di mana minyak yang dieksport daripada negara-negara Arab meningkat 3 kali ganda. Manakala negara Eropah dan Amerika Syarikat adalah pengimport terbesar minyak dunia. Ini menyebabkan penigkatan kos pengeluaran iaitu keniakan dalam harga barang dan sekaligus mengurangkan pendapatan negara (kurang peluang pekerjaan).

Inflasi tolakan kos seringkali berlaku pada ketika ekonomi hampir atau telah mencapai tahap guna tenaga penuh iaitu ekonomi menghadapi masalah kekurangan buruh.

Faktor-faktor kenaikan kos dan harga barang:

1. Pekerja dalam industri menuntut kenaikan upah

2.Harga barang mentah meningkat

3.Ekonomi berkembang pesat dan pengusaha berusaha meningkatkan margin keuntungan.

Sebenarnya, penerangan ini perlu disusuli dengan keluk-keluk tertentu, tetapi saya berasa ianya cukup sekadar penerangan mudah bagi yang ingin memahami maksud stagflasi dan stagnasi. Allahua’lam.

3 thoughts on “stagflasi dan stagnasi

  1. syukran ust atas post ni… ade jugak penerangan dr seorang pakar ekonomi akhirnye…. ana dh bace dn sedang cuba memahami… tp… “inflasi merayap tu macam mane plak??”

    ana akan pakse sume budak debate bace post ni… dhlah skola kiter lemah bhg ekonomi time debate… hohohho. anyway tnks yer…..

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s