Masalah makroekonomi

"bilalah aku nak dapat kerja."
"bilalah aku nak dapat kerja."

“Kawan abang la ni tengah dok bercuti.” intro saya kepada isteri saya untuk memulakan perbualan.

“Wah! syok la,duduk kat rumah, jalan-jalan.”jawab isteri saya dengan nada ceria.

“Isyh, apa seronoknya..cuti memang lah seronok, tapi cuti ‘tanpa gaji’.” balas saya sambil mengunyah popia pagi tadi.

“La! kenapa pulak ‘tanpa gaji’, pastu macam mana ngan belanja rumah.” getus isteri saya berkerut dahi.

Pengangguran

Implikasi kemelesetan yang melanda dunia tidak akan lari daripada masalah pengangguran. Kes di atas antara situasi yang sedang berlaku dan akan berlaku apabila kemelesetan melanda. Itu sebahagian daripada strategi syarikat untuk mengurangkan bahana kemelesetan.

Kiranya kes di atas masih ‘bertimbang rasa’ kerana hanya diberi cuti ‘tanpa gaji’ tidak diberhentikan terus daripada bekerja. Hal ini paling meruncing dan sedang ditangani oleh mana-mana kerajaan.

“Apa ke benda pengangguran ni?” tanya sahabat saya tanda kehairanan.

Dalam ilmu ekonomi, pengangguran ini dikategorikan sebagai ‘pengangguran kitaran’ atau ‘cyclical unemployment’. Ia disebabkan oleh perubahan-perubahan dalam tingkat ekonomi yang melanda dunia.

Kala ekonomi mengalami kemelesetan, pengeluaran akan berkurangan, kegiatan ekonomi merosot. Antara langkah-langkah yang akan dilaksanakan ialah:

i. kurangkan jam bekerja

ii. diberikan cuti ‘tanpa gaji’

iii. cuti terus daripada bekerja(berhenti kerja la tu).

Akibat daripada pertambahan tenaga kerja sedia ada dalam pasaran disamping tenaga-tenaga kerja baru(graduan baru) akan menyulitkan lagi keadaan.

Polisi yang dimainkan oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia melalui dasar fiskal dan kewangan masing-masing manjadi penentu kepada kestabilan ekonomi samada dapat dipulihkan etau tidak.

Di samping itu juga kerajaan perlu memastikanpeluang pekerjaan terus berkembang kerana pelbagai masalah akan dihadapi oleh negara jika keadaan peluang pekerjaan tidak dapat diatasi.

Jenis-jenis pengangguran

"aduh lah hai."
"aduh lah hai."

1. Pengangguran kitaran (cyclical unemployment) seperti yang elah diterangkan.

2. Pengangguran struktural (structural unemployment) disebabkan perubahan struktur dan kegiatan ekonomi negara. Sebagai contoh daripada negara berasaskan pertanian  kepada perindustrian. Begitu juga dengan penggunaan mesin atau teknologi dalam industri. Perubahan seperti ini akan menyebabkan pengangguran.

3. Pengangguran geseran (frictional unemployment/normal unemployment) disebabkan oelh perkembangan ekonomi yang pesat terhadap sesuatu negara.Di sini ekonomi akan mengalami tahap guna tenaga penuh, pengangguran di sini ialah pengangguran ‘mencari kerja’ atau menunggu untuk beralih pekerjaan.

Pengangguran struktural dan pengangguran geseran di sini bukanlah diketegorikan sebagai pengangguran yang serius kerana peluang pekerjaan ada.

Kesan-kesan buruk pengangguran

Ada beberapa kesan yang boleh berlaku dalam isu pengangguran ini antaranya:

a. kesan  ke atas ekonomi

b. kesan ke atas individu dan masyarakat

Kesan ke atas ekonomi

1. mengurangkan kebajikan masyarakat

2. kegiatan pembangunan kerajaan berkurang

3. pengangguran tidak menggalakkan pertumbuhan ekonomi

Kesan ke atas individu dan masyarakat

1. menyebabkan kehilangan mata pencarian dan pendapatan

2. kehilangan kemahiran(skill)

3. menimbulkan ketidakstabilan sosial dan politik

Tuntutan Islam dalam menghadapi situasi ini

Bagi meraka yang mengalami situasi ini, firman Allah SWT yang bermaksud “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)  dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’.” (al Baqarah:45 )

Walau sepayah mana kita alami, serahkanlah diri kepadaNya kerana Dialah yang mengetahui segalanya dan mintalah ketenangan dalam menghadapi situasi ini, walau berat sekali untuk memikulnya. Percayalah akan ada hikmah disebalik setiap kejadian itu.

Allahua’lam.

One thought on “Masalah makroekonomi

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s