PPSMI..

"Siapa yang tak gheti ni?, aku ke diorang."
"Siapa yang tak gheti ni?, kau ke diorang."

6 Mac 2009

 “Anta kena pergi perhimpunan esok.” seru Ustaz Ayub sambil tersenyum sinis memandang ke aras  Isharuddin.

“Eh! perhimpunan..perhimpunan apa?” soalnya kepada Ustaz Ayub.

“PPSMI lah, kan anta ajar Bahasa Melayu.”

“Oo!…Ustaz tak cakap Melayu ke kat rumah?” Isharuddin cuba menduga.

“Eh! Ana kecek kelate.” Ustaz Ayub terasa diperkena.

“Aaa, kecek kelate buke Melayu ko?” sambung Isharuddin (tersenyum)

“Eh! dok..”dengan menggaru-garu kepala dia berlalu tanpa bicara.

“Ustaz Ayub! jangan takut Ustaz  hari ada ‘rehearsal’ kat dataran nun.” aju Isharuddin sambil ketawa besar mengusik Ustaz Ayub yang hilang bicara.

 Perhimpunan PPSMI

bantah PPSMI
bantah PPSMI

Perhimpunan 100,000 orang membantah perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris telah membuktikan bahawa rakyat tidak bersetuju dengan apa yang telah cuba dilaksanakan oleh kerajaan dalam sektor pendidikan.

Saya berkongsi pandangan dengan banyak badan-badan bukan kerajaan(NGO) untuk tidak meneruskan PPSMI di sekolah-sekolah.

Secara peribadi terdapat pro dan kontra dalam PPSMI ini. Tetapi apa yang ingin saya utarakan di sini ialah kesan sampingan yang melanda negara gara-gara pelaksanaan PPSMI yang dibuat agak terburu-buru.

Walaupun selepas 6 tahun dibuat baru kali ini menampakkan kesan yang ‘menggerunkan’ daripada rakyat. Daripada perhimpunan ini telah jelas menunjukkan rakyat tidak sanggup menunggu lama lagi akan kemusnahan terhadap Bahasa Melayu.

Kesan Sampingan

kesalahan tatabahasa
kesalahan tatabahasa

Antara kesan-kesan sampingan ke atas pelaksanaan PPSMI ini ialah:

1. Bahasa Melayu tidak lagi dijadikan bahasa perantaraan antara kaum, kebanyakan lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium mereka.

2. Papan-papan tanda tidak menggambarkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang berdaulat dan bahasa rasmi negara.

3.  Kaum-kaum bukan bumiputera tidak lagi mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa perbualan , setelah 52 tahun merdeka hasilnya ialah sama  seperti mana ‘datuk’ mereka baru tiba ke Tanah Melayu dahulu.

Cerita-cerita di sebalik tabir

Situasi bertambah rumit apabila ada kalangan anak Melayu yang mencari guru ‘tuition’ khas bagi mengajar Bahasa Melayu secara peribadi. Manakala Bahasa Inggeris tidak perlu ‘tuition’ kerana mereka bertutur bahasa itu di rumah. (nak kata orang putih, bukan orang putih, nak kata melayu, tak cakap melayu)

Sejak pelaksanaan PPSMI ini juga telah banyak meimbulkan  tanda tanya “Adakah benar keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM telah meningkat pencapaiannya setelah menggunakan PPSMI 6 tahun terkebelakangan ini?”

Rata-ratanya merasakan adanya unsur-unsur politik kerana hendak menunjukkan bahawa pencapaian PPSMI tidak mengalami masalah di sekolah-sekolah.

Masakan tidak! masih ada pelajar yang cemerlang keputusannya dalam SPM terutamanya, masih terpaksa diasingkan ke kelas-kelas tertentu ketika di peringkat pra-universiti kerana masalah penguasaan bahasa inggeris.

Bila ditanya “Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris dapat berapa?”. Jawab mereka “1A”

Nah! ini adalah petanda menunjukkan adanya unsur-unsur ‘penurunan gred’ dalam peperiksaan besar seperti SPM.Kenapa? politik barangkali. (sekadar menduga). Benar ataupun tidak, perkara ini telah di’sah’kan oleh guru-guru pemeriksa kertas jawaban SPM khususnya untuk subjek-subjek kritikal. Maka, jika itulah yang berlaku, tidak mustahillah perkara ini terjadi diperingkat pra-universiti dan seterusnya.

Akhirnya, saya juga khuatir jika PPSMI ini terus dilangsungkan, ia seakan mengulang tragedi ‘tulisan jawi’ yang telah dimansuhkan pemakaiannya dalam silibus sekolah kerana tiada ‘nilai komersial’.

Setelah pemansuhan itu , lihatlah apa yang berlaku kepada generasi-generasi ‘Melayu ‘selepas itu. Mereka tidak memahami jawi dan yang lebih teruk lagi mereka tidak ‘dekat’ dengan al Quran.

Objektif ‘berangkai’ tulisan jawi diajar di sekolah ialah untuk menerapkan nilai-nilai murni bagi mendekatkan diri kepada al Quran. Namun dek salah menilai ‘nilai komersial’ disebalik tulisan jawi itu, maka berlakulah generasi yang ‘buta ‘ jawi dan al Quran.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s