Sukarnya mengubah ‘kebiasaan’

Suatu pagi di Medan Selera Tanjung Malim.

about_upsiSelepas berpenat lelah (takde lah penat sangat) bermain volleyball bersama student UPSI di pagi hari,kami berempat akhi Fauzi, Che Soh, Ali dan saya berpakat untuk ‘mengeteh’ sebelum pulang ke rumah.

“Radix nak bukak cawangan kat sini tak lama lagi.”Ali memulakan bicara.

Sambil membetul-betulkan letak duduk punggung di kerusi salah sebuah gerai makanan, Fauzi pun menyahut “Radix kopi ke Radix Fried Chicken?”

“Radix FC.” ringkas Ali

“Baguslah gitu, lawan ngan KFC.” saya mencelah.

Sekonyong-konyong Che Soh datang dari sudut lain yang berdekatan,nyata dia mendengar perbualan kami di meja makan. “Ada 1 juta boleh lah bukak.”

“Tak boleh ‘loan’.” tambahnya lagi.

“Hah! mana nak dapat 1 juta selepuk.”terkejut saya mendengar penjelasan Che Soh.

“Ana dengar ‘owner’ KFC pi turun Kedah nak tengok RFC. Depa nak tengok  ada tak benda yang sama dengan KFC. Pasal akta ‘paten’ la tuh.” Tambah Che Soh.

“Huh! takut diorang no.”Ali balas sinis.

Berita HPA untuk melancarkan Radix Fried Chicken telah tersebar luas serata Malaysia. Usaha yang saya anggap mulia kerana  di dalam ‘kebiasaan’  pengguna menikmati KFC yang sudah bertapak lama di Malaysia, ia dianggap ‘berani’.

Saya percaya ‘survey’ telah dibuat oleh pihak pengurusan HPA untuk melebarkan bisnesnya kepada restoren makanan segera yang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia khususnya golongan kanak-kanak.

Tidak mustahil selepas ini RFC akan menjadi pilihan ramai kerana jika dibandingkan dengan restoran makanan segera KFC, RFC menampilkan makanan segera yang lebih berkhasiat,halal dan organik.

Mengubah suatu ‘kebiasaan’

logo-rfc“Jom kita ‘donate’ buat RFC kat sini.”duga saya kepada Ali

“Emmmm…”panjang hela Ali memikirkan sesuatu.

“Agak-agaknya boleh ke RFC ni ‘survive’.” tanya Ali

“Boleh je, dengan syarat semua muslim khasnya Melayu ‘pakat’ makan kat RFC lepas ni.” jawab saya selamba.

gmbr-rfc-1Bercerita tentang ‘kebiasaan’, ianya agak sukar dikawal kerana ia melibatkan citarasa. Citarasa jika disusuli dengan promosi dan ‘marketing’ yang sesuai sudah pasti dapat memecahkan kebuntuan ‘kebiasaan’ masyarakat sekeliling.

gmbr-rfc-2KFC juga mengalami situasi yang sama pada mula perniagaan mereka. Tembok kebiasaan dapat dipecahkan dengan hasil usaha yang berdikit-dikit dan berterusan.(http://www.kfc.com/about/history.asp)

“Sedap ke ayam dia.” Inilah ‘kebiasaan’ yang perlu diubah.

img_369082_primarySuatu ketika dulu, saya juga berasa sangsi untuk makan ayam yang ‘digaul’ dengan tepung berempah herba. Saya sememangnya tidak pernah mencubanya sebelum ini. Tetapi selepas dihidangkan dengan juadah ‘berherba’ berkenaan, tanggapan saya mulai berubah. “Emm, sedap, enak sehingga menjilat lebih dari ibu jari.” 

Produk Halal

Pengiktirafan halal tidak tertakluk hanya kepada tiada campuran dengan daging babi, tetapi ia lebih dari itu. Ia dinilai dari sudut kebersihan, kandungan dan alatan yang digunakan semasa proses pembuatan sesuatu produk itu.

JAKIM menggariskan syarat-syarat halal dalam piawaian seperti berikut:

a) bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh  Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
b) tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
c) tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
d) tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang  tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.

Situasi terkini

Saya pernah berhajat untuk mendirikan perniagaan jenis ‘franchise’ suatu ketika dahulu. Perniagaan itu ialah ‘Mc Donald’. Setelah berbincang dengan beberapa rakan-rakan yang ‘ahli’, hajat itu terkubur seketika kerana ditakuti terlibat dengan ‘syubhah’. Pada saya lebih baik tidak terlibat kerana menurut hadith sohih, doa orang yang menggunakan harta haram dalam pakaian, makanan dan minuman mereka adalah tertolak.

Penganiayaan terhadap rakyat Palestin adalah suatu kezaliman. Dari itu isu pemboikotan barangan yang mempunyai hubungan dengan Israel adalah sesuatu yang amat sensitif bagi saya.

Dalam kes seperti ini, saya berpandangan adalah amat bersesuaian pada masanya untuk kita sama-sama menggembleng tenaga umat Islam khususnya, sama-sama pakat untuk menggunakan ‘alternative goods’ yang ada dalam pasaran.Yang terkini ialah RFC.

Oleh itu, menjadi suatu kewajipan bagi setiap muslim untuk menyokong barangan dan  perniagaan orang Islam kerana isu kepenggunaan yang syari’e hanya ‘orang Islam’ sahaja yang memahaminya, tidak kepada bukan Islam.

Isu pemboikotan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengulas mengenai isu ini, dan ternyata kerajaan tidak ‘pro’ kepada isu ini. Negara diandai akan mengalami isu pengangguran yang besar jika pemboikotan itu dibuat secara menyeluruh.

Jika tiada usaha di peringkat kerajaan, usaha badan-badan bukan kerajaan (NGO) dianggap bertepatan kerana setidak-tidaknya mereka telah meraih simpati rakyat Malaysia untuk tidak membeli barangan yang bersekongkol dengan rejim Israel.

Usaha di peringkat ‘mikro’ ini telah membuktikan kejayaan kerana berita terkini, ‘Nestle’ telah membuat pengumuman bahawa mereka tidak terlibat dengan penyaluran dana ke Israel. Ini membuktikan hasil usaha pihak-pihak yang prihatin ini telah menghasilkan kejayaan. Cuba bayangkan apa yang akan berlaku kepada mereka (Nestle) dan barangan-barangan lain jika kerajaan sendiri memberikan ‘keprihatinan’ yang sama.

Begitu juga dengan isu ‘halal’ yang dimainkan oleh Pertubuhan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tentang ubat gigi yang menggunakan serbuk tulang binatang. Hasilnya ‘Colgate’ sedaya upaya mendapatkan pengiktirafan ‘halal’ dan mengisytiharkan kepada penguna bahawa ‘colgate’ juga mendapatkan pengiktirafan ‘halal’.

Sensitiviti

Dalam isu ini , sensitiviti masyarakat khususnya pengguna Islam perlu terkehadapan kerana kita pasti usaha yang sedikit ini bakal menghasilkan sesuatu yang ‘muai’.

Begitu juga dengan isu restoran makanan segera RFC ini. Kebiasaan akan hanya terhasil apabila kita mengubah yang ‘biasa’ itu kepada yang ‘luarbiasa’.

Perjuangan untuk memartabatkan ekonomi Islam tidak akan selesai jika pengguna Islam sendiri tidak memberikan sokongan kepada usahawan-usahawan muslim.

Jika ada mungkin kelemahan-kelemahan tertentu, perbaiki dengan komen-komen yang membina bukan dengan menolak terus  usaha mereka.

Kita pasti tidak ingin termasuk dalam kategori dalam kalangan orang yang baginda Nabi Muhammad SAW ingatkan iaitu “Akan sampai satu zaman di mana manusia tidak mengendahkan sumber perolehan hartanya sama ada dari yang halal atau haram.” (Riwayat at Tirmidzi)

Sama-samalah kita menghayati tema Maulidur Rasul “Wahdah Pemangkin Khaira Ummah’.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s