Travel Needs A Clear Vision

Minggu ini dan minggu hadapan, saya bercuti. Alhamdulillah, Allah memberi saya banyak ruang dan peluang untuk memperuntukkan masa yang berkualiti bersama anak-anak. Rutin harian saya di hari bekerja ialah menghantar dua orang putera saya ke prasekolah mereka, Pasti Al-Husna terletak di Hulu Bernam. Begitu jugalah pada minggu cuti ini, saya masih menghantar mereka kerana mereka belum bercuti. Abu Awfa bekerja jauh, saban hari keluar sebelum Subuh.
Wajah-wajah ceria sebelum memulakan perjalanan
Wajah-wajah ceria sebelum memulakan perjalanan
Prasekolah mereka dengan apartment kami mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan dengan kadar kelajuan 100km/j menggunakan Kancil Perodua. Jarak perjalanan lebih kurang 20km. Bukannya tiada prasekolah yang berdekatan, tetapi kami memilih untuk ‘yang jauh di mata, tetapi dekat di hati dan iman’.
Mentari pagi di Lembah Beringin nan sepi."Ini dah terang, Ummi" komen Fawwaz :)
Mentari pagi di Lembah Beringin nan sepi."Ini dah terang, Ummi" komen Fawwaz🙂
Setelah lebih kurang 3 bulan memandu saban pagi, banyak perkara yang saya dan anak-anak saya belajar.
Jika dahulu, saya khuatir mampukah anak-anak saya berjaga jam 6 pagi untuk persiapan ke sekolah? Kini, mereka pula yang mengingatkan saya untuk bertolak ke sekolah ‘gelap-gelap’. Saya ambil istilah Fawwaz.🙂
Yahya b. Kathir seorang ilmuwan berkata, hidup tidak boleh dicapai dengan jayanya dengan hanya berehat. Latihlah anak bangkit awal pada waktu pagi supaya dia biasa begitu sampai ke hari dewasanya.
Jika dahulu, saya tidak yakin dengan kemampuan fizikal saya untuk memandu pagi dan petang. Kini, segalanya biasa dan mudah.
Jika dahulu, ‘Ulwan agak sukar untuk ditinggalkan, kini tidak lagi. Hanya jika anginnya datang sekali sekala.
'Ulwan memandang Ummi dengan penuh pengertian di hadapan pintu PASTI. "Ummi, ambik awal tau", itulah ayat-ayat cinta 'Ulwan untuk Ummi setiap hari.
'Ulwan memandang Ummi dengan penuh pengertian di hadapan pintu PASTI. "Ummi, ambik awal tau", itulah ayat-ayat cinta 'Ulwan untuk Ummi setiap hari.
Di sinilah pentingnya matlamat yang jelas dalam sesuatu perkara. Kenapa saya memilih PASTI yang jauh? Matlamatnya jelas, supaya anak-anak saya mendapat pendedahan awal terhadap Islam yang syumul. Apabila matlamat jelas, tiada cabaran yang tidak mampu diatasi. Saya yakin, betapa ramai ibu bapa di luar sana yang memilih untuk rugi dan penat sementara, semata-mata mengharapkan natijah yang lebih jelas dan besar matlamatnya.
Pintu gerbang Bernam Jaya sebelum exit Tg. Malim. "Kita hampir sampai ke matlamat anakku"
Pintu gerbang Bernam Jaya sebelum exit Tg. Malim. "Kita hampir sampai ke matlamat anakku"
Begitulah juga iktibar dari peristiwa Siti Hajar yang berlari-lari anak antara bukit Safa dan Marwah kerana hanya bermatlamatkan untuk mencari sumber air untuk diberikan kepada anaknya yang kehausan. Sehingga tidak disedarinya bahawa beliau telah berulang alik sebanyak 7 kali!
Ummi berlarian dari 'Safa dan Marwah' tidak sendirian. Awfa setia di sisi.
Ummi berlarian dari 'Safa dan Marwah' tidak sendirian. Awfa setia di sisi.
Begitulah besarnya peranan matlamat yang jelas. Sebagai ibu bapa atau bakal ibu bapa, segala yang kita lakukan terhadap anak-anak harus terang tujuannya. Mengapa kita ingin memiliki anak? Jawapan yang jelas terhadap persoalan ini akan memandu kita untuk menentukan langkah-langkah strategik seterusnya yang sesuai agar matlamat asal dapat dicapai.
Jauhi daripada mengikut arus semasa yang songsang sifatnya. Jika arus bersifat lurus, harus diikut namun wajib dengan kejelasan matlamat. Orang lain menghantar anak ke sekolah tahfiz, kita pun ikut sama. Tetapi di rumah kita, suasananya jauh dari Islamik. Itu yang membuatkan anak kebingungan, langsung menjadi hafiz yang penuh kecelaruan.
Fawwaz pernah berkata setelah seminggu dia bersekolah, “Ummi, dulu Tanjung Malim jauh kan? Tapi sekarang dah dekat”. Saya tersenyum mendengarnya. Benar anakku, sesuatu yang dianggap sukar pada asalnya akan berubah menjadi mudah dan indah apabila dilazimi beserta dengan matlamat yang jelas!
Alhamdulillah, kita hampir sampai ke pengkalan anakku. Esok kita musafir lagi..
Alhamdulillah, kita hampir sampai ke pengkalan anakku. Esok kita musafir lagi..

3 thoughts on “Travel Needs A Clear Vision

  1. assalamualaikum ya ustazah,

    wah, fawwaz dan ulwan dah besar..
    awfa anak ustazah jgk ke? sy x smpat nk jmpe dulu..

    salam rindu dari belfast, ustazah husna..=)

  2. Awfa ditinggalkan di nursery di Lembah Beringin. Memang begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita..Zaffan pun dah nak grad kan?🙂

  3. salam alaik

    ya Allah, cepatnya ulwan besar, dah masuk tadika.

    moga ummufawwaz tetap teguh dan ceria. biar susah dan penat sekarang. memang saya setuju.

    aufa makin comel. siapa pula menjaganya ye?

    fawwaz dah makin pandai berkata-kata. kata-kata hikmah lagi jujur.

    barakallahufik ustazah husna =)

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s