Maruah Ada Di…

 

logo_maruah

Beberapa minggu yang lalu, saya diajukan satu soalan oleh seorang pelajar. Soalan yang nampak ringkas, tetapi kritikal. Soalannya, di manakah letaknya maruah atau harga diri seorang muslimah?

Sebelum saya berbicara lanjut tentang maksudnya, adalah lebih baik jika dapat dijelaskan bahawa sasaran maruah bukan hanya pada wanita! Masyarakat Melayu sering dibudayakan bahawa anak perempuan perlu menjaga maruah dan harga diri. Anak lelaki?

Sebagai Muslim juga kita sering menilai dan memfokus pada nilai diri muslimah sejati, berbanding lelaki waima di dalam tazkirah, lagu, sajak dan sebagainya. Pada saya, ini satu persepsi yang salah dan berat sebelah.

Adakah kerana anggota badan yang perlu ditutup lebih banyak berbanding lelaki menyebabkan maruah hanya layak dibahaskan untuk wanita? Saya fikir pemikiran silap kerana budaya ini perlu diperbetulkan supaya para lelaki lebih merasai keberhargaan maruah diri  mereka. Bukankah pemuda tunggak bangsa? Bukan harapan bangsa ye, kalau tidak hanya mengharap saja lah..

Baik, kita kembali kepada pokok persoalan dengan sedikit penambahan, di manakah letaknya maruah lelaki dan wanita Muslim? Sebagai jawapan spontan terhadap persoalan pelajar tadi, saya hanya menjawab letaknya pada iman, tanpa memberikan sebarang penjelasan atau huraian yang lebih terperinci. Diharap penulisan ini dapat memberi sedikit huraian.

Saya kira, kita sering berkira-kira begini.

1. Siapa yang menjaga kemaluannya, dia bermaruah.

2. Siapa yang tutur katanya baik dan tidak menyakiti orang lain, dia bermaruah.

3. Siapa yang menyahut cabaran orang lain, dia bermaruah.

4. Siapa yang berlaku baik pada persekitarannya dia bermaruah.

Anak Melayu pantang dicabar..
Anak Melayu pantang dicabar..

Sekarang, sila jawab sendiri persoalan di bawah.

1. Jika si polan menjaga kemaluannya daripada dicerobohi, tetapi bergaul bebas dengan yang bukan mahram,  adakah dia masih bermaruah?

2. Jika si polan tidak menyakiti orang lain, tetapi berpakaian tidak menutup aurat adakah dia bermaruah?

3. Jika si polan sering menyahut cabaran, tetapi gagal sekali untuk menyahut seruan solat, adakah dia bermaruah?

4. Jika si polan menjaga solatnya, menutup auratnya tetapi tanpa segan silu bertepuk tampar dengan bukan mahramnya adakah dia bermaruah?

Apabila kita menjawab persoalan di atas nyata sekali kira-kira awal kita bukanlah memberikan maksud maruah yang holistik.

Ya, maruah letaknya pada IMAN. Saya mengambil ayat-ayat Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam buku beliau, al-Iman wa al-Hayat  (Iman dan Kehidupan) yang berbunyi;

Perasaan harga diri (maruah) tumbuh dan bertambah kuat dalam jiwa orang beriman kerana mereka meyakini adanya perlindungan, dan bantuan Tuhan kepada mereka. Kerana terasa mempunyai harga diri, menjadi tuan dalam alam ini dan hanya menjadi hamba Allah tidaklah menghairankan jika Bilal tidak mahu menundukkan dirinya kepada Umayyah b. Khalaf dan lain-lain.

Iman menanamkan pandangan hidup, bahawa manusia ini mempunyai kemuliaan di sisi Allah, terpandang mulia oleh para malaikat dan menjadi pemimpin di alam ini. Maka timbullah rasa harga diri dalam hati orang beriman dan terasa ada hubungannya dengan alam semesta.

Orang beriman berasa bahawa seluruh alam ini berkhidmat kepadanya, para malaikat sentiasa mengawalnya dan Tuhan Penguasa alam ini selalu bersama dia.

Betapa holistiknya, maruah di dalam Islam. Maruah ada terletak pada tubuh badan dan pakaian, maruah terletak pada tutur kata dan perbuatan, maruah juga terletak pada perbuatan hati manusia yang tiada siapa pun mengetahuinya melainkan Dia!

Marilah wahai saudaraku muslimin dan muslimat, bersama kita menjaga MARUAH kita dalam erti kata yang holistik dan sebenar!

islam_52

One thought on “Maruah Ada Di…

  1. yea, betul itu.. maruah terletak dalam semua aspek-aspek hidup kita.. islamlah cara syumul untuk mendapatkan maruah sebenar.🙂

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s