Sedekah Haram

Sepanjang kehidupan di Lembah Beringin ini, destinasi utama bagi saya dan keluarga ialah pekan Tanjung Malim. Di pekan inilah bekalan untuk kelangsungan hidup saya dapatkan. Daripada bank, pasar basah, pasar kering, kedai runcit, klinik, pejabat pos dan macam-macam ada lagi..

Seperkara yang saya perhatikan dan kenalpasti berlaku saban hujung bulan ialah situasi ini. Beberapa orang wanita menunggu di hadapan bank-bank untuk meminta derma bagi pembiayaan Rumah Anak-Anak Yatim. Tiada salahnya mereka meminta derma. Bahkan lokasi dan masa yang dipilih juga sangat strategik memandangkan pada waktu inilah poket-poket manusia penuh belaka. Lagipun, manusia jika tiada paksaan luaran datang sukar sekali mereka untuk bersedeqah.

sedekah-ptc

Cuma yang tidak berkenan di hati saya ialah cara derma diminta, iaitu kaedah membeli sambil menderma. Barang yang dijual pula ialah VCD nasyid, selawat, bacaan al-Quran dan sebagainya yang bertaraf CETAK ROMPAK! VCD-VCD tersebut dijual sekitar harga RM10-rm12. Terdapat juga buku-buku agama namun saya kira ia bukan cetak rompak.

Pernah sekali saya terus memberi not RM10 dan enggan membeli mana-mana VCD yang disediakan. Kakak tersebut terus sahaja memberikan saya satu VCD dengan katanya sebagai hadiah.

Kita semua jelas bahawa cetak rompak adalah haram di sisi Islam. Walau bagaimanapun terdapat ulama’ yang memberikan pengecualian dalam situasi tertentu seperti mereka yang sangat berhajat memerlukannya dan tidak mampu mendapatkan yang original. Dengan syarat bukan untuk mendapatkan keuntungan. Baca lagi di sini untuk lebih maklumat lanjut.

Dalam kes ini, saya fikir kaedah menggunakan VCD cetak rompak untuk mendapatkan sumbangan anak yatim adalah kurang tepat dengan ukuran syariat. Walaupun matlamatnya baik, tetapi caranya salah. Kita tidak boleh menggunakan kaedah Macchiavelli yang meletakkan matlamat menghalalkan cara. Jauh sekali untuk bertindak sebagai Robin Hood yang mencuri harta si kaya untuk menyelamatkan si miskin.  Saya yakin, rumah-rumah anak yatim  di Malaysia kini tidak sampai ke tahap kebuluran sehingga terdesak untuk menggunakan kaedah ini untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka.

Walau bagaimanapun, saya masih berfikiran positif mungkin ‘kakak-kakak’ tersebut tidak tahu tentang kesalahan yang mereka lakukan. Peranan sayalah untuk memberitahu mereka nanti di hujung bulan ini jika ketemu. Dalam masa yang sama Majlis Agama Islam Perak yang memberikan pengesahan dan kebenaran kepada mereka untuk mengutip derma juga perlu prihatin terhadap situasi ini. Ia perlu dibanteras.

Jika tidak dibetulkan keadaan ini, saya tidak hairan jika ada di kalangan penghuni rumah anak yatim bermasalah peribadinya hanya kerana dahulu mereka diberi makan daripada sumber yang haram. Na’uzubilLah min zaalik..

Sebagai saudara seIslam, sentiasalah terbuka untuk menghulurkan sedeqah barang sedikit. Ibadah ini abstrak dan sangat tinggi nilainya!

 

“Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 )

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s