Bajet Mini RM60b

mujur yang ni tak gheti cakap lagi,kalau tak...
mujur yang ni tak gheti cakap lagi,kalau tak...

Ketika berjalan bersiar-siar ke pekan Tanjung Malim, kerap juga anak saya…

“Abi! nanti belikan abang gula-gula ye, dah lama abang tak makan gula-gula.” pujuk Ahmed Fawwaz (anak sulung saya).

“Isyh! semalamkan baru je abang makan gula-gula, apa pulak dah lamanya.”balas saya spontan.

“Semalam tu sikit sangat,tak puas.”jawab Ahmed Fawwaz.

“A’ah, semalam gula-gula tak sedap.”Ahmed ‘Ulwan(anak kedua saya) mengiakan.

“Emmph! ada aje batu apinya.”cebik saya kepada mereka berdua, terkedu nak menjawab.

Kekadang sengaja saya belikan mereka gula-gula yang kurang ‘sedap’ dengan andaian mereka(anak saya) tidak akan memintanya lagi. Jelas taktik itu tidak berhasil. Telatah mereka yang semakinbijak berbicara menyebabkan saya tergelak sendiri dan seringkali mengalah.

Apabila mengimbas peristiwa ini, saya teringat tentang pembentangan bajet mini RM60b pada 10 Mac lalu. Menteri Kewangan yang juga Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah membentangkannya di Dewan Rakyat dan secara dasarnya bajet yang dibentangkan ini adalah suatu yang amat dinanti-nantikan.

RM60b

Berkenaan jumlah yang diumumkan oleh TPM Dato’ Seri Najib, tidaklah menjadi suatu kejanggalan pada hemat saya. Bajet ini amat perlu bagi mengatai kesan penguncupan ekonomi yang semakin menampakkan kesannya kepada ekonomi dunia.

Saya tidak mahu mengulas tentang bagaiman peruntukan itu diperolehi. Yang penting bagi saya ialah dasar fiskal yang mengembang perlu dilakukan kerana jika tidak kerajaan dilihat ‘tidak peka’ dengan situasi ekonomi.

Pekerja-pekerja kilang terutamanya yang banyak menerima kesan akibat kegawatan ini sudah tentu mahu nasib mereka dibela.

Eksport nampak seperti barang-barang pertanian ataupun minyak kelapa sawit telah mengalami penurunan dalam permintaan di pasaran antarabangsa.

Jadi tindakan cepat kerajaan iaitu melalui dasar fiskal yang mengembang dilihat amat perlu dalammenagani masalah ini.

Cadangan-cadangan

Sebelum bajet dibuat, ada desas-desus yang mencadangkan bajet ke-2 ini perlu 30% daripada RM207.9b daripada peruntukan bajet 2009. Ini kerana ia perlu untuk menutup defisit yang telah berlaku kepada KDNK negara.

Ura-ura bajet mini hanya RM10b juga kedengaran, dan ia mendapat banyak bangkangan kerana jika ia benar-benar berlaku ia tidak memadai kerana RM10b hanya mampu merangsang sekitar 0.1 hingga 0.5 peratus pertumbuhan ekonomi.

Walhal ekonomi negara telah menguncup daripada 3.5 kepada 0.5 peratus kini. Justeru, bajet mini ini dicadang perlu lebih daripada itu (RM10b).

Ada juga yang mencadangkan bahawa projek-projek mega tidak harus diteruskan atau dilakukan kerana ia memberi kesan yang lambat kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pada masa yang sama kuasa beli rakyat perlu ditingkatkan.

Jadi, kalangan cerdik pandai ekonomi mencadangkan agar bajet dapat menunpukan kepada sektor-sektor yang terjejas terutamanya mengurangkan bebanan rakyat dalam situasi ini, sebagai contoh masalah kos yang perlu ditanggung akibat daripada isu pembuangan dan pemberhentian pekerja.

RM60b: suatu pandangan

Dari sudut pandang saya, RM60b ini adalah satu bajet yang besar dan berbaloi jika ia dapat dimanfaatkan untuk kebajikan dan kepentingan rakyat.

Namun, perlu memberi tumpuan kepada sektor yang bermasalah dan sektor-sektor yang boleh dikembangkan.

Sebagai contoh,

1. Sektor perkilangan dan pembuatan, yang mengalami masalah pemberhentian pekerja, perlu ada insentif khas kepada kelompok ini untuk meneruskan kehidupan mereka.

Mungkin perlu kepada dana-dana tertentu dan skim-skim khas untuk melanjutkan pelajaran atau menambahkan skil mereka untuk meceburkan diri ke dunia perniagaan.

2.Bebanan kos perlu dikurangkan. Kos-kos pengangkutan di dalam bandar seperti teksi, LRT dan bas perlu dipertimbangkan kos pengguna. Ini akan mengurangkan bebanan masyarakat dalam situasi gawat ini.

Saya percaya langkah-langakh telah dibuat untuk mengatasi masalah kegawatan ini, namun masih dalam pemerhatian rakyat samada ia berkesan atau tidak, kita sama-sama tunggu dan lihat.

Teringat juga saya tentang bagaiman Nabi Yusuf a.s tatkala menjadi Menteri Kewangan Mesir telah berusaha keras untuk menyeimbangkan kestabilan ekonomi negara. Apa yang telah dibuat oleh baginda ialah melaksanakan belanjawan defisit ketika ekonomi brkembang dan belanjawan lebihan ketika ekonomi meleset. Negara Mesir yang ditadbir oleh Nabi Yusuf a.s telah menjadi negara yang aman makmur kesan daripada tindakan bijak Nabi Yusuf a.s.

Persoalannya, adakah kita mempunyai Menteri Kewangan seperti Nabi Yusuf a.s dan bijak seperti baginda? Allahua’lam.

Nasib baik yang 'kecik' ni belum pandai meminta.
Nasib baik yang 'kecik' ni belum pandai meminta.

7 thoughts on “Bajet Mini RM60b

  1. Insya Allah, ada umur boleh jumpa. Ensyirahakim ni sape ye? Wan Syazzawani ye?

  2. awfa ni sebijik macam fawwaz la.tak sabar nak jumpa baby sorang ni, tunggu saya balik summer ni ye, ustazah..

  3. wah awfa dah besar sikit.. Nampak sgt dah lama tak pi…
    Good posting esp kisah didikan dan pengorbanan ibu zaman
    Tak berapa moden mcm kita…
    Keep it up. Ada bakat besar.
    Mungkin boleh sataraf saifulislam tapi dari kacamata wanita secara khusus..

  4. Alhamdulillah, dah besar dah.. Saya duduk di Lembah beringin di sempadan Selangor dan Perak. Mengajar di sini.

  5. salam Una,
    dulu kak faten melawat Una masa lahirkan Fawwaz kat PPUM…dah besar panjang yer dia..Una kat mana skrg?

Apa dalam minda anda?