Zuhud Pada Manusia Dan Dunia

Suatu pagi yang hening di dalam sebuah kereta, seorang wanita sedang memandu sambil asyik mendengar tazkirah dari corong radio.

“Apa sebab kita tidak khusyuk dalam solat? Kerana kita tidak bersifat zuhud. Apabila kalimah takbir dilafazkan, minda kita tidak dapat memisahkan diri dari dunia. Kita tidak zuhud. Segala masalah, angan-angan, cita-cita, perancangan, kerjaya turut sama kita heret memasuki ruang solat yang sepatutnya bersifat privasi dan eksklusif hanya untuk Allah Taala sahaja.”

Kata-kata pentazkirah itu tiba-tiba terus menusuk hatiku. Memang benar, aku tidak zuhud. Hati kecil sendiri mengiyakan. Terlalu banyak hambatan dunia yang kubawa bersama ketika solat. Dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara. Allah kutolak ke tepi, meskipun masih ada ruang yang diperuntukkan namun tidak cukup!

Astaghfirullah al-Azim.. Bertaubatlah wahai diri. Bertaubatlah.

Zuhud? Apa itu zuhud? Kita sering menyalah tafsir zuhud itu sebagai membuang dunia dan segala isinya.

Hadith riwayat Ibn Majah;

Dari Abi al-Sahl bin Sa’d al-Saidiy r.a katanya; telah datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w lalu berkata:Ya Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku satu amalan yang apabila aku kerjakannya Allah dan manusia mengasihiku. Rasulullah berkata; hendaklah zuhud pada dunia, nescaya engkau dikasihi Allah, dan engkau zuhud pada apa yang ada pada manusia nescaya engkau dikasihi manusia.”

Sekian banyak takrif yang diberikan oleh para ulama. Namun saya memilih takrif yang diberikan oleh Imam Ibn Qayyim al-Jauzi yang menyatakan bahawa zuhud itu ialah kosong hati dari dunia bukan kosong tangan daripadanya.

Imam al-Ghazzali pula mengatakan “Bukanlah orang yang zahid itu orang yang tiada berharta. Tetapi orang yang zahid itu ialah orang yang tiada dibimbangkan oleh hartanya sekalipun harta seluruh alam ini kepunyaannya belaka.”

Secara jelasnya, zuhud pada dunia berakar umbi daripada kepercayaan dan keyakinan bahawa Allah Maha Memiliki segala-galanya berbanding apa yang ada pada diri kita sendiri dan orang lain. Milikan kita adalah bersifat sementara, dan akan kembali kepadaNya.

Justeru, harta yang banyak, pangkat yang besar, anak yang ramai, rumah yang besar dan segalanya tidak dapat memalingkan hati daripada benar-benar bergantung harap kepada Allah. Kesannya, Allah akan dapat hadir sentiasa di dalam solatnya.

Betapa zuhudnya golongan muqarrabin. Kita harus ke arah itu! Ke arah solat yang khusyuk harus lahir dari hati yang zuhud. Ya, hati yang ZUHUD.

Allahumma azhidni.. Amin.

 

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s