Pemimpin..

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Setiap daripada kamu adalah pemimpin. Dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang dipimpinnya.

Hakikatnya kita semua adalah pemimpin. Pemimpin terhadap diri sendiri sebagai asas untuk memandu orang lain. Apabila diri terpimpin, maka insya Allah yang dipimpin akan turut terpimpin. Namun, bukan mudah untuk mencari pemimpin yang mampu memimpin.

Bapak Natsir pernah berkata;

Pemimpin tidak boleh dicetak. Pemimpin tidak lahir dari bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didokong oleh umat.

Wahai diri belia dan remaja sekelian, sahutlah seruan ini. Persiapkan dirimu dengan ilmu dan taqwa. Asah kepimpinanmu dengan amal islami dan amal jamaie. Bekalkan dirimu dengan segala alat kekuatan duniawi. Saidina Umar al-Khattab r.a pernah berkata; ‘Orang yang tiada apa-apa tidak dapat memberi apa-apa’.

Umat di hadapan sana menanti pemimpin pengganti persis Salahuddin al-Ayyubi, Tariq bin Ziad dan Muhammad al-Fateh al-Sultan. Kalianlah orangnya!

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s