Doa Ibu Mustajab

Terkenang dahulu ketika di bangku sekolah, pendorong kuat bagi diri ini untuk sentiasa berjaya ialah semangat ibu. Ibu saya tidak pernah mendapat pendidikan tinggi. Namun, pendidikan setakat sekolah darjah peringkat atas (menengah) ketika zamannya itu  sudah cukup menjadikan beliau seorang ibu yang berpengetahuan, berfikiran terbuka dan sangat berwawasan. Itulah mak yang saya kagumi.

Saya mengharungi alam persekolahan bermula dari tadika tanpa kehadiran ayah di sisi. Beliau pergi di usia yang muda akibat penyakit gastric ulcer. Penyakit orang-orang dahulu yang mengikat perut untuk meneruskan kehidupan anak dan isteri. Bermula dari detik inilah mak saya adalah ibu dan bapa.

Segala pahit maung mak untuk membesarkan kami berenam ketika itu masih segar di ingatan. Bayangkan bagaimana seorang ibu yang bertaraf suri rumah tanpa pendapatan tetap hanya mengharapkan hasil dari kebun bapak yang tidak seberapa untuk membesarkan anak-anaknya. Mungkin di post yang lain saya akan berkongsi detik-detik tersebut.

Apa yang ingin saya kongsi di sini ialah apa yang mak saya lakukan setiap kali saya atau adik beradik yang lain menghadapi peperiksaan tidak kira peperiksaan kecil atau besar.

Rutin yang mak lakukan ialah beliau akan minta jadual peperiksaan kami secara terperinci beserta tarikh dan masa peperiksaan. Tujuannya hanyalah satu iaitu untuk mendoakan anak-anaknya di masa mereka sedang menjawab peperiksaan. Kesannya amat saya rasakan apabila saya mendapati sepanjang menghadapi segala peperiksaan hati saya sentiasa tenang dan tenteram walaupun soalan adalah sukar.

Bagi saya, ketenangan hati itu penting. Keputusan peperiksaan perkara kedua. Walaupun saya bukanlah pelajar yang cemerlang dan sangat bijaksana tetapi hasil dari ketenangan hati ketika menjawab tidak pernah mengecewakan saya. Begitu juga mak. Apa yang pasti, segala yang berlaku adalah kesan mustajabnya doa mak!

Seperkara lagi, mak saya tidak pernah lupa titipkan ingatan ini. “Jangan lupa baca surah al-Fatihah, surah al-Insyirah dan solawat banyak-banyak”. Berkat ulangan yang tidak pernah putus, saya sentiasa ingat pesanan mak yang sangat berharga ini.

Sengaja saya memutar semula ingatan ini buat renungan adik-adik di kolej yang bakal berhadapan dengan peperiksaan minggu hadapan. Jangan lupa hubungi ibu dan ayah kalian. Mohon doa dan restu dari mereka. Seorang penuntut ilmu perlu punyai hati yang rendah diri dan tawadhu’. Rendah diri terhadap Allah, rendah diri terhadap guru, rendah diri terhadap ibu bapa begitu juga dengan kawan-kawan dan orang lain.

Doa dan harapan dari saya agar adik-adik tidak berhenti berusaha. Teruskan usaha ulangkaji, teruskan usaha tahajjud dan teruskan usaha memperbaiki diri. Allah tidak akan lupa hamba-hambaNya yang sentiasa berusaha dengan ikhlas.

This tribute is speacially dedicated to all my tutees (Abu, Adi, Mursyid, Nova, Aliza, Norehan, Amirah, Ain, Audrey, Dalila), MUSCOMers, ARABIC FELLOWSHIP members, my Islamic Studies students and all students of KYUEM). All the best!

5 thoughts on “Doa Ibu Mustajab

  1. He he.. bukanlah k.bi. Ntah gambar sape ntah saya ambik🙂. Nak letak gambar mak yang betul scanner tak boleh berfungsi..

  2. hu.hu… Teringat ibu yang teman saya berjaga malam study utk PMR dulu… Dah 15 tahun kenangan itu. Semoga Allah
    Merahmati ibu kita kerana pengorbanan mereka utk
    Kejayaan kita.
    Siapalah kita tanpa doa dan restu ibu.
    Gambar tu mak una n una masa kecik ke?

  3. Assalmualaiku…Ustazah, terima kasih atas peringatan. InsyaALLAH, kami akan cuba menjadi penuntut yang rendah diri dan akan berusaha bersungguh2…

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s