Tahsiniyyat Yang Diabaikan

Sebuah hadith yang dilaporkan oleh Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya bermaksud;

“Kebersihan adalah sebahagian daripada iman”

Allah s.w.t turut berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan mereka yang membersihkan diri”

Kebersihan yang paling utama adalah bersih rohani iaitu bebas daripada kotoran hawa nafsu yang mampu menghitamkan hati jika dibiarkan. Kebersihan rohani ini hanya boleh diperolehi apabila perkara dharuriyyat dalam Islam dititikberatkan. Sebagai contoh memiliki aqidah yang sahih terhadap Allah lalu disuburkan dengan penyempurnaan kefardhuan seperti solat, puasa, zakat dan haji.

Kebersihan yang kedua ialah bersih fizikal sama ada kebersihan diri, tempat tinggal dan alam sekitar. Kebersihan fizikal ini termasuk dalam syariat yang bersifat tahsiniyyat iaitu syariat yang bertujuan untuk memperelok dan mengindahkan lagi Islam.

Bersih tidak semestinya mewah dan baru.

Walaupun kebersihan fizikal ini adalah tahsiniyyat sahaja, namun bukan bermakna perkara tahsiniyyat ini jika tiada pun tidak mengapa. Perkara ini tetap penting tetapi jika ia tiada tidaklah gugur Islam atau iman seseorang Muslim itu sebagaimana syariat yang berbentuk dharuriyyat.

Namun kita sering meremehkan ibadah ini walhal Islam menyuruh kita supaya menyempurnakan Islam dalam segenap aspek kehidupan. Kebersihan diri dan tempat tinggal sering diabaikan. Pakaian yang tidak kemas, rumah yang berserakan laksana istana hinggap sang tikus, barang-barang milik kita yang tidak diselenggara dengan baik, semua ini dibiarkan menguasai suasana kehidupan kita.

Kebiasaannya situasi ini dibiarkan beralaskan alasan sibuk kerana terlalu banyak kerja, bebanan kerja dakwah yang tidak berkesudahan, anak ramai, isteri bekerja, tiada pembantu rumah dan sebagainya lagi. Sedangkan dalam masa yang sama juga kita mendapati ada individu yang juga sibuk, banyak taklifan dakwahnya, beranak ramai, isteri turut bekerjaya dan tiada pembantu rumah, namun masih mampu mengekalkan kebersihan dalam lingkungan mereka.

Pada saya, pokok pangkalnya adalah keprihatinan terhadap persekitaran dan perancangan serta disiplin diri. Sebab itu wajarlah jika Rasulullah s.a.w menganggap kebersihan ini sebahagian daripada iman. 50% adalah nisbah yang besar. Rupa-rupanya ia berakar umbi dari dalaman manusia itu sendiri.

Di sudut yang lain pula kita dapat melihat bahawa ‘cleanliness is all about maintainance’. Ya, apabila kita menjaga kebersihan diri, risiko untuk mendapat penyakit berkurangan. Apabila kita menjaga kebersihan barang-barang ia boleh bertahan lebih lama. Apabila tahan lama, pastinya kita tidak memerlukan yang baru yang nanti akan menyebabkan penggunaan sumber alam yang lebih untuk memenuhi keperluan kita tadi. Nah, bukankah kita telah menunaikan tanggungjawab kita memelihara alam hanya dengan menjaga kebersihan diri dan persekitaran kita!

Kita perlu belajar dan berubah. Jangan meremehkan perkara tahsiniyyat kerana ia menyempurnakan sesuatu yang sangat besar. Dan jangan sekali-kali mengabaikan yang dharuriyyat kerana natijahnya nanti kita akan binasa.

Budayakan hidup yang bersih rohani dan jasmani.

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s