Perubatan Moden vs Perubatan Homeopathy

Saya bukan seorang doktor untuk memberi penjelasan terperinci tentang perbezaan antara kedua-dua jenis perubatan ini. Saya mungkin hanya akan memberikan pandangan peribadi berdasarkan pengalaman menggunakan kedua-dua jenis perubatan ini.

Secara umumnya perubatan moden adalah praktis perubatan berasaskan perkembangan sains moden yang diterima ramai di dunia dewasa kini. Perubatan homeopathy pula berpandukan prinsip penyembuhan ‘semulajadi’ atau ‘natural way of healing’. Pengamalan  perubatan homeopathy kini semakin diterima ramai sama ada di peringkat nasional atau di peringkat antarabangsa.

Secara peribadi, saya beranggapan perubatan homeopathy ini sangat sesuai untuk diaplikasikan bagi rawatan penyakit-penyakit yang rutin seperti demam panas, selesema, batuk, diarhea dan beberapa lagi. Sebagai seorang ibu, saya memang sering berhadapan dengan masalah anak-anak mendapat jangkitan penyakit-penyakit tadi. Maklumlah, anak-anak nursery memang sentiasa terdedah dengan simptom-simptom ini.

Saya dan suami  memilih untuk mengambil ubatan homeopathy sebagai rawatan kepada anak-anak saya. Alhamdulillah, kesannya sangat baik walaupun agak mengambil masa. yang penting tiada kesan sampingan yang berlaku kepada mereka.

Untuk lebih jelas, sebagai contoh ubat selesema biasa. Saya dapati apabila anak saya diberi ubat ini, selesema mereka terus hilang tetapi ia bertukar menjadi kahak yang berkumpul di ‘dada’ mereka. Keadaan ini menyebabkan mereka mendapat batuk. Situasi ini tidak berlaku apabila saya memberi anak saya ubat homeopathy. Walaupun mengambil masa 2-3 hari untuk selesema hilang, tetapi tiada kesan lain yang berlaku. Saya sangat berpuas hati.

Apabila ada anak saudara atau anak kawan-kawan yang terpaksa bermalam di wad hanya kerana broncholitis atau jangkitan pada paru-paru akibat banyak lendir yang terkumpul, hati saya terdetik ini mungkin kesan sampingan ubat. Saya sendiri tak pasti betul atau tidak kerana ia sekadar suara hati.  

Apapun, kehidupan saya lebih ceria kerana saya tidak perlu ber’gelut’ dengan anak-anak untuk makan ubat. Mereka sangat suka ubat homeopathy ataupun pada istilah mereka ubat pati itu. Kekadang tidak sakit pun nak makan ubat. Si kecil Awfa pun sangat sukakannya!

Islam sangat menganjurkan umatnya untuk menjaga kesihatan dan berubat apabila sakit. Hadith Nabi s.a.w yang dinukilkan di dalam Sahih Muslim bermaksud;

“Setiap penyakit itu ada ubatnya, jika tepat ubatnya maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah”

Madu, khasiatnya diyakini.

Walau bagaimanapun, kami sentiasa memberikan madu setiap hari kepada anak-anak sebagai supplement. Alhamdulillah, berkat izin Allah jualah yang memberikan kecergasan dan kesihatan kepada kami dan anak-anak. Makanan sunnah adalah yang terbaik. Namun di sebalik khasiat yang terbaik itu ada satu syarat yang pasti iaitu istiqamah dalam pengambilannya jika mahukan khasiat yang terbaik.

Yang penting jagalah kesihatan dan pemakanan, dan berikhtiarlah mendapatkan rawatan apabila sakit dari sumber yang halal. Mungkin perubatan  homeopathy ada remedi bagi penyakit anda!

2 thoughts on “Perubatan Moden vs Perubatan Homeopathy

  1. Pada pandangn saya hemeopathy adalah pelengkap kpd ubat moden dan saya juga menyokong penggunaan homeopathy kerana telah terbukti utk merawat penyakit kudis kawan saya .Wallahua’lam

  2. salam k una, saya setuju dgn artikel akak.. ada perbezaan utk rawatan pd najiyya. last month, dia kena bronchitis, dua minggu warded, demam pun hampir dua minggu, batuk selsema dekat sebulan. lps keluar wad pun masuk batuk selsema. dan last week, dia demam batuk selsema..bagi ubat demam biasa, suhu turun kejap, then naik balik…apabila saya tukar kpd homeopathy, mlm tu, dia tak demam dah..dan 3 hari lps tu, dah tak batuk selsema lagi. saya sokong perubatan ini utk kes2 seumpama ini..ilmu perubatan kan meluas🙂 tapi, saya still bagi imunisasi utk anak saya..wallahu a’lam

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s