Seni Itu Indah..

Saya suka menyanyi. Walaupun suara saya tidak semerdu mana, sekurang-kurangnya ‘pitching’ tak pernah lari. Mungkin juga kecenderungan ini diwarisi dari ibu saya yang juga memiliki suara yang agak merdu berbanding saya. Dahulu, sewaktu saya dan adik saya masih di bangku sekolah rendah mak selalu mengajar lagu-lagu di zamannya. Ada antaranya yang saya ajar kepada anak saya kini walaupun liriknya saya sendiri kurang pasti.

Itulah kesukaan saya. Sebab itu saya juga suka mendengar lagu-lagu dan nasyid yang mendidik jiwa saya. Rindu dengan nasyid-nasyid lama yang mengundang ‘zauq’ dalam diri, saya akan dapatkan di laman iLuvIslam.com. Nasyid Nada Murni, The Zikr, Shoutul Mujahidin, Shoutul AMal, Hijjaz dan banyak lagi nasyid-nasyid zaman saya di bangku sekolah dahulu yang mengundang nostalgia dan peringatan. Namun perasaan yang sama tidak saya rasakan apabila mendengar sebahagian besar nasyid kontemporari kini. Ada mesej dan maksud tu.. Fikir sendirilah.

Ahamdulillah, saya juga dianugerahkan pasangan hidup yang juga mengalir darah seni di dalam tubuhnya. Selain ibu mertua yang memang seorang pembaca al-Quran secara tartil yang sangat baik, suami saya juga ada kebolehan yang sama. Tapi, tak boleh ‘challenge’ mak mertua. Suami saya juga boleh bermain kompang dan boleh menyanyi dengan baik. Kalau digandingkan kami berdua buat album duet untuk diri sendiri boleh meletup barangkali!

Selain itu, suami tercinta juga punyai kelebihan melukis. Kelebihan yang memang tidak ada sama sekali pada saya. Justeru, jika ada permintaan dari Fawwaz untuk melukis sesuatu, saya akan panjangkan kepada abinya. Pasti menjadi punya! Saya juga dapat melihat kecenderungan dan bakat melukis itu ada pada Fawwaz kerana dia memang sangat akrab dengan pensil warna dan buku warna.

Hasil lakaran pertama Fawwaz yang mengundang kekaguman Ummi lantas dibingkaikan.
Hasil lakaran pertama Fawwaz yang mengundang kekaguman Ummi lantas dibingkaikan.

Berbeza dengan ‘Ulwan, abang kecil ini lebih suka menyanyi dan melalak persis umminya! “Ini lagu Islam tau, Ummi”, itulah istilah yang digunapakai oleh kedua-dua beradik ini. ‘Ulwan juga tidak suka mewarna mahupun melukis. Hasil lakarannya hanya carca marba sahaja. Menghabiskan kertas!

Alunkan bacaan al-Quranmu dengan lagu, kerana bukan dari golongan umat Muhammad mereka yang tidak melagukan al-Quran. Hadith ini dinukilkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab Sahihnya. Apa tujuannya melagukan al-Quran? Supaya bertambah kekhusyukan dan penghayatan. Sebab itu, saya gemar sekali mendengar bacaan johan qari Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa (peserta Indonesia) yang sering ditontonkan di Astro OASIS saban petang menjelang Maghrib. Syahdu dan membawa kita mengingat Allah!

Hasil kerja Fawwaz dan Abi hasil idea Ummi, lantas didindingkan.
Hasil kerja Fawwaz dan Abi hasil idea Ummi, lantas didindingkan.

Ya, itulah antara cabang seni. Nampak remeh tetapi berperanan besar dalam membentuk kemanusiaan manusia. Tujuan seni tidak lain dan tidak bukan untuk memberikan ketenangan kepada manusia. Tenang dalam menghadapi kehidupan, tenang dalam mencari penyelesaian dan paling penting mencari ketenangan hakiki yang membawa kepada cinta Ilahi.

Apabila seni dikuasai nafsu, jadilah hedonis tegar yang ada pada hari ini. Hiburan menjadi matlamat hidup, bukannya alat pendidik jiwa.

Hasil perit dan tangis, akhirnya terhasillah Sonic R versi Ahmed Fawwaz. Go ahead my son!
Hasil perit dan tangis, akhirnya terhasillah Sonic R versi Ahmed Fawwaz. Go ahead my son!

p/s: K.Bi, teringat antara Maghrib dan Isyak di musolla ASPURI KISAS dahulu, slot nasyid bersama..

10 thoughts on “Seni Itu Indah..

  1. Zaffan, kenal K.Ina tu. kalau dia ingat ustazah lagi, insya Allah dia kenal. Nama anak sulongnya pun Husna.🙂

  2. salam ustazah

    saya pernah coretkan perkara yang sama, kuasa melukis dalam pembinaan manusia. Seni itu membuatkan manusia kreatif, lebih-lebih lagi dalam sistem pembelajaran malaysia yang terlalu exam oriented. harapnya dengan pendedahan seni ini membuatkan anak-anak membesar seimbang.

    memang cantik sungguh lukisan fawwaz tu, saya nampak ada bakat yang perlu digilap dan bakal menyinar.

    ulwan pula, mungkin hasilkan lukisan yang abstrak tp punya makna. hehe…

    tak sangka berjiwa seni ustazah saya ini

    p/s: ustazah kenal senior ustazah di UM, noraslina jusin, saya panggil beliau kak ina. dia ada di UK ini.

  3. oh, kirenye sy super duper jr ustzh la yek..
    tahun bile tu? br skrg sy tau rupenye..
    mr azman pn kisas jg dulu kan..wah brkembang ke sini jg produk2 kisas ni..Alhamdulilah.. =)

  4. fawwaz, ulwan dan awfa bertuah..
    ada umi yang peka bakat anak2.. self esteem berkembang…
    pasti jadi insan luarbiasa kelak…

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s