Skim Pelupusan Kereta

contoh kereta hybrid
contoh kereta hybrid

“Kau tak nak ganti ke kereta kau.” soalan Jali kepada saya.

“Kenapa pulak nak jual?”tanya saya balik.

” Kan la ni kempen melupus kereta tengah sibuk.” jawab Jali sambil menghirup teh halia tarik kurang manisnya.

” Oo..kempen pelupusan kereta tu..dapat RM5000 tu..tapi ngan kereta proton je kan?”saya dalam ‘refreshing mode’.

“A’ah, kereta kau tu nampaknya sesuai benor nak dilupuskan gamaknya.” tersembul juga loghat Peghok si Jali.

“Ishh..banyak benda nak dikigha pasal lupus melupus ni.” saya cuba berloghat Peghok (jadi tak jadi, cerita lain).

“Ape ke bende nyer, yob..lupus je la.” semakin menjadi-jadi loghat si Jali.

“Emmmph..” termenung seketika.

Fikir sejenak

Tika di rumah, terngiang-ngiang di kepala kata si Jali tadi. Saya tidaklah mahu memikirkan sangat tentang kereta saya ini. Cuma jika difikir balik memang ada benarnya kereta saya digantikan kepada yang baru. Terlintas di benak saya beberapa alasan tentang rasionalnya kereta saya diganti dengan yang baru.

“Keluarga dah bertambah, budak-budak dah semakin besar..mmm.” monolog saya.

“Tapi takkan sebab tu je aku nak menukar kereta aku nih.” timbul keraguan saya di dalam hati.

Kebetulan kereta saya dalam beberapa bulan saja lagi akan tamat tempoh pembayarannya.

“Alhamdulillah! dah nak habis kereta aku..” syukur saya kehadrat Ilahi.

Mungkin dengan sebab itu juga saya terfikir adalah tidak berbaloi untuk saya menukar kereta baru. Ini kerana baru saja nak bebas dari berhutang, dah nak tambah hutang lagi. Terasa semacam membazir pula.

“Lagi pun belum pun 10 tahun kereta tu, takkan RM5000 je dapat. So, ianya masih tidak relevan untuk dijual.”hujah isteri saya.

Ternyata perkongsian pendapat dapat memutuskan persoalan yang berbelit.

Skim Pelupusan Kereta

Daripada sudut rangsangan kepada industri kereta yang semakin merudum dek kegawatan ekonomi global ini, ia adalah satu langkah yang baik kepada pasaran kereta terutamanya pasaran kereta tempatan.

“Hal ini bagi memastikan kelangsungan lebih 200,000 orang yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung dalam industri ini.” ulas Pengerusi Proton Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh.

Impak yang seterusnya ialah berkenaan pengurusan alam sekitar industri aotomotif negara.

“Ia dapat membantu industri melupuskan kereta lama dengan lebih cekap dan bertanggungjawab dan dalam masa yang sama ia melindungi alam sekitar.”ujar Pengarah Urusan Proton Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Sekilas pandang memang ia memberi impak yang sangat besar ke atas industri automotif negara.

Tetapi persoalannya adakah benar ia dapat menjaga alam sekitar apabila bertukar dengan kereta baru lebih -lebih lagi jenama Proton?

enjin hybrid dari lotus
enjin hybrid dari lotus

Hybrid?

 

“Apo ko bondo eh ‘hybrid’ tu jang.” tanya sahabat saya.

“Den pun tak tahu sangat, tapi yang pasti eh ‘hybrid’ ni guno enjin ngan moto sekali.” suka benar saya meniru loghat-loghat kat Malaysia nih.

Begitulah kereta yang berstatus ‘hybrid’. Apa yang saya faham berdasarkan pembacaan dan ulasan-ulasan sahabat yang ‘fanatik’ dengan kereta ini, begitulah secara kasarnya.

Kuantiti petrol yang digunakan kereta ‘hybrid’ ini adalah kurang berbanding dengan kereta konvensional. Enjin hanya diperlukan bila diperlukan sahaja.

Jika memerlukan kelajuan yang lebih, enjin akan digunakan tetapi jika dalam ‘mod santai’, barulah motor elektrik digunakan.

Jika kehabisan bateri pula, dimaklumkan bahawa terdapat generator yang akan ‘charge’ bateri dengan menukarkan tenaga kinetik dari enjin dan tenaga haba dari brek kepada tenaga elektrik.

“Fuh! sikit punya hebat kereta ‘hybrid’ nih.” kagum saya.

Pro dan Kontra dari Sudut Pandang Pengguna

Impak ke atas pasaran industri automotif adalah ketara dalam jangka waktu kegawatan global ini. Tetapi terdapat juga perkara-perkara yang perlu difikirkan dari kaca mata seorang pengguna.

1. Jika pembelian itu akan membebankan  dari sudut kewangan (defisit), adalah tidak berbaloi untuk membeli kereta baru semata-mata kerana skim ini.

2. Pastikan hutang tidak berlipat ganda seperti situasi saya di atas.

3. Jika kereta baru itu masih berenjin petrol maka langkah untuk memelihara alam sekitar bukan lagi satu alasan kukuh untuk ditukar ganti. Ini kerana asap yang terhasil daripada kereta konvensional akan tetap menyumbangkan kepada pencemaran alam.

Manakala kereta ‘hybrid’ pula mempunyai kelemahan-kelemahan yang tersendiri terutamanya kepada kelajuan. Penjimatan 70% minyak juga akan menyebabkan kelajuan kereta juga akan berkurangan 70%. Kereta yang mempunyai cc 2.4 akan menjadi kemungkinan 1.2 cc sahaja. Itulah pandangan yang saya dapat daripada kalangan ‘fanatik’ kereta.Allahua’lam.

Mutiara akhir

‘Lihatlah sesuatu akan pakai kita.’ Keperluan dan kemampuan kita sepatutnya dinilai terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk sesuatu perkara. Ini kerana ditakuti kita akan tergolong dengan kalangan orang yang membazir seperti yang disebut dalam firman Allah SWT  yang bermaksud

Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar akan Tuhannya.(al Isra’:27)

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s