Berpolitiklah..

Dengan suasana politik semasa yang rancak kini, seringkali saya terdengar keluhan kecil yang menunjukkan bahawa politik itu kotor dan perlu diasingkan dari diri.

“Ala, biru ke, hijau ke sama aje. Kita macam ni jugak”.

“Aku tak peduli benda-benda politik ni. Rosak semua.”

“Aku memang tak pernah mengundi dari dulu.” Lagi parah!!

Tidakkah kita sedari bahawa tabiat Islam dan risalahnya adalah agama yang umum dan syariatnya syumul. Tabiat ini hendaklah menyelinap masuk ke dalam seluruh sudut kehidupan. Tidak dapat kita gambarkan syariat ini jika ia diabaikan dan dibiarkan urusan mentadbir negara ini dilepaskan bebas kepada mereka yang bebas dari agama, golongan atheis ataupun fasik yang mentadbir mengikut hawa nafsu.

Umat Islam tidak pernah mengenali dalam sejarah mereka pemisahan antara agama dan negara kecuali pada kurun sekularisme ini. Agama adalah hal ahli agama, negara di tangan orang lain. Inilah amaran yang Rasulullah s.a.w berikan  dalam hadith baginda yang bermaksud;

“Apabila amanah diabaikan maka tunggulah saat kehancuran. Para sahabat bertanya, “bagaimanakah pengabaiannya?” Baginda menjawab “Apabila urusan itu diserahkan kepada bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancuran”.

                                                                                             Riwayat Bukhari

Kita teliti apa kata mereka.

Ibn Taimiyyah;

“wajib diketahui bahawa memimpin urusan manusia adalah kewajipan agama yang paling besar. Bahkan tidak bangun agama dan dunia melainkan dengannya. Kewajipan amar makruf nahi mungkar tidak akan sempurna melainkan dengan kekuatan dan kepimpinan. Begitu jugalah semua perkara yang diwajibkanNya seperti jihad, keadilan, menyempurnakan haji, Jumaat, perayaan, membantu orang yang dizalimi dan melaksanakan hudud.”

                        Majmu’ Fatawa Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah.

Imam al-Ghazali;

“Dunia adalah ladang bagi akhirat, agama tidak akan sempurna melainkan dengan dunia. Raja dan agama adalah saudara kembar, agama adalah asal dan kekuasaan adalah penjaganya. Apa yang tidak ada asalnya akan hancur, apa yang tiada penjaganya akan hilang. Pemerintahan dan pengawasan tidak akan sempurna melainkan dengan kekuasaan”.

                                                                          Ihya’ Ulum al-Din kitab al ‘Ilm.

 Hassan al-Banna;

“Beritahukan kepada saya wahai ikhwan, jika Islam adalah satu perkara yang tiada kaitan dengan politik, perkumpulan, ekonomi dan pengetahuan, apakah itu Islam?…Apakah ia sekadar rakaat-rakaat ini yang kosong daripada kehadiran hati ataupun apakah ianya hanya lafaz-lafaz seperti yang disebut oleh Rabiatul Adawiyah: istighfar yang perlukan kepada istighfar yang lain. Apakah hanya untuk ini al-Quran diturunkan sebagai satu sistem yang sempurna, menguasai dan terperinci?”

                                             Risalah Muktamar Ikhwanul Muslimin

Sesiapa yang tidak bersetuju dengan hakikat ini melainkan apabila mendengar pandangan orang Barat, maka berikutlah kata-kata mereka yang mendiamkan setiap mereka yang angkuh.

C.A Nallino (cited by Sir T. Arnold dalam bukunya The Caliphate)

“Sesungguhnya Muhammad telah mengasaskan pada satu masa agama dan negara. Batasan keduanya saling berdampingan sepanjang hayat baginda.”

R. Strothmann (The Encyclopedia of Islam)

“Islam adalah satu fenomena agama yang bersifat politik kerana pengasasnya adalah seorang Nabi dan seorang ahli politik yang bijaksana ataupun seorang negarawan”

Telah jelas lagi bersuluh, pentingnya kita menggabungkan diri dalam kelompok yang memperjuangkan Islam dalam kepimpinan negara. Alasan-alasan yang simplistik yang sengaja dicari untuk menjatuhkan perjuangan mereka adalah tertolak.

Bagi kita yang memperjuangkannya pula, beradablah dan berstrategilah. Politik beradab akan terhasil apabila ada tarbiyyah, politik berstrategi akan terhasil apabila ada makrifah (ilmu pengetahuan).

Terus membangun bersama Islam!

(Sumber utama: Min Fiqh al-Daulah Fil Islam oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi)

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s