Malaysiaku nan…

Dalam  perbualan biasa saya dengan sahabat-sahabat di tempat kerja, ada juga sahabat  yang cuba menarik perhatian dengan ‘joke’ yang tidak terlintas di fikiran saya yang ia adalah ‘joke’.

“Ustaz? gelaran ustaz apa ye, aaa! maksud ana ‘al’ apa yek?”tanya sahabat saya kepada seorang ustaz yang kebetulan dia adalah seorang arab dari Mesir.

“Ana guna al Masri.” jawab ustaz berkenaan.

“Enta syeikh?” tanyanya kepada saya pula.

“Ana mana ada gelaran. Melayu..kalau nak letak jugak, ana nak letak al johori lah, tak pun al bahati.”respon saya bersungguh.

” Kenapa pulak ‘bahati’?” agak berkerut mahukan kepastian.

“Sebab orang arab tak boleh sebut ‘p’, itu yang jadi ‘bahati’, sebenarnya ‘pahati’.”jelas saya dengan sejelas-jelasnya.

“Oo!, kita punya ‘big boss’  pun dengarnya ada gelaran jugak.”balas sahabat saya. Continue reading