Malaysiaku nan…

Dalam  perbualan biasa saya dengan sahabat-sahabat di tempat kerja, ada juga sahabat  yang cuba menarik perhatian dengan ‘joke’ yang tidak terlintas di fikiran saya yang ia adalah ‘joke’.

“Ustaz? gelaran ustaz apa ye, aaa! maksud ana ‘al’ apa yek?”tanya sahabat saya kepada seorang ustaz yang kebetulan dia adalah seorang arab dari Mesir.

“Ana guna al Masri.” jawab ustaz berkenaan.

“Enta syeikh?” tanyanya kepada saya pula.

“Ana mana ada gelaran. Melayu..kalau nak letak jugak, ana nak letak al johori lah, tak pun al bahati.”respon saya bersungguh.

” Kenapa pulak ‘bahati’?” agak berkerut mahukan kepastian.

“Sebab orang arab tak boleh sebut ‘p’, itu yang jadi ‘bahati’, sebenarnya ‘pahati’.”jelas saya dengan sejelas-jelasnya.

“Oo!, kita punya ‘big boss’  pun dengarnya ada gelaran jugak.”balas sahabat saya.

“Eh! ye  ke? Oo.. sebab dia ada darah arab-turki ke?”saya menyoal.

“Eh! tak lah..gelaran dia nilah XXXXX XXX XXXXX XXXXX al tantuya.”sambil melirikkan matanya tanda berseloroh.

“(istighfar)..ish! enta, itu bukan gelaran, itu nama samaran.”tambah ustaz ‘al Masri’ tadi, menambah garam secukup rasa.

Politik

Dengan perlantikan Perdana Menteri yang ke-6 ini, berakhirlah segala teka-teki samada Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) hendak meneruskan hasrat untuk peralihan kuasanya atau pun tidak.

“Anak didik Tun M naik juga akhirnya.”

“Habis lah , ISA, keputusan mahkamah semuanya takkan telus.”

Antara teka-teki yang belum sahih tetapi akan terjawab selepas ini.

Selepas perlantikan PM, maka wujudlah kabinet yang akan menerajui negara.

“Aik? ini ‘first time’ ketua pemuda tak ada ‘post’ dalam kabinet.”ramai yang sangsi.

Dan ramai juga yang membuat andaian..

“Ana rasa UMNO ni akan semakin celaru sebab ada unsur-unsur ‘dianaktirikan’.”

Apa-apa pun terpulang kepada pucuk pimpinan negara untuk memilih dan pastinya ia masih terlalu awal untuk menilai prestasi.

Saya teringat akan kata-kata Hasan al Banna:

Sekiranya kita mempunyai sebuah kerajaan Islam yang sahih Islamnya, benar imannya, bebas berfikir dan melaksanakan segalanya, mengetahui dengan betul keagungan khazanah yang berada di hadapannya, kebesaran sistem Islam yang diwarisinya, beriman bahawa padanya ada penawar untuk rakyat ang menjadi petunjuk hidayah kepada manusia seluruhnya…, maka kita akan menuntut daripadanya agar membangunkan dunia dengan nama Islam. Kita akan menuntut negara lain untuk mengkaji dan menilainya, menarik mereka kepadanya dengan seruan yang bertalu-tal, hujah dan utusan yang berturut-turut dan dengan  pelbagai  cara lain untuk menyeru dan menyampai risalah Islam. Dengan itu ia pasti akan menjadi pusat kerohanian, politik dan praktik antara pelbagai kerajaan. Nescaya ia akan mampu untuk memperbaharui sensitiviti rakyat, mendokongnya ke arah keagungan  dan cahaya, mencetuskan dalam dirinya semangat, kesungguhan  dan amal.

“Adakah pemimpin kita seperti ini?” soalan yang kita perlu fikir-fikirkan.

Ekonomi

Dato’ Seri Najib Razak akan mewujudkan Majlis Penasihat Ekonomi untuk memastikan sebarang situasi ekonomi dapat ditangani dengan penuh kredibiliti dan effisyen. (Ia seakan-akan sama seperti usaha Obama dalam menangani masalah ekonomi US)

Cuma, ada ura-ura yang antara ahli-ahli yang akan menganggotai majlis berkenaan kebanyakannya dari kalangan ‘businessman’dan korporat yang sememangnya berpengalaman dan sememangnya ini adalah bidang mereka.

Kalau ini sahaja barisan-barisan ahli majlis berkenaan, saya gusar kemungkinan pihak -pihak ini mempunyai kepentingan masing-masing. Ya lah! dengar-dengar kalangan berkenaan ada yang dari Sime Darby dan CIMB. Isu ‘kepentingan’ tidak dapat tidak, sedikit sebanyak akan mempengaruhi.

Lihatlah apa yang telah berlaku kepada DEB.

Ya! memang ia berjaya meningkatkan taraf hidup ‘Melayu’. Tetapi kekayaan itu hanya berkisar dalam kelompok tertentu sahaja. Ini jelas tidak adil dan kerana itu kalangan ‘non-bumi’ tidak berpuas hati dengan pelaksanaan dasar itu.

Justeru, adalah baik jika dapat dimasukkan di dalam majlis berkenaan kalangan ahli akademik(ekonomi) ataupun ahli syariah ekonomi agar perbincangan tidak hanya berkisar material bahkan boleh dikembangkan kepada muamalat Islam. Wakil dari kalangan NGO dan parti -parti pembangkang juga patut mendapat tempat bagi melontarkan idea jika benar-benar kerajaan mahu telus untuk membantu rakyat, tidak ada ‘bias’.

Sosial

Dalam kecelaruan sistem sosial negara, banyak perkara yang harus di’tackle’ bagi memastikan negara tidak diwarisi oleh generasi-generasi yang lemah iman, akhlak dan pemikirannya.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk melihat perkara ini secara mendalam.

Allah SWT berfirman dalam surah al Maidah (78-79):

Orang-orang kafir Yahudi dari bani Israil telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu kerana mereka mendurhaka dan melampaui batas. Mereka saling tidak larang-melarang dari perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka telah lakukan.

“Minta dijauhkan daripada laknat Allah SWT.”politik

Harapan

Kita sama-sama mengharapkan kerajaan yang lebih ‘credible’ bagi melaksanakan tanggungjawab yang berat ini. Kerajaan yang ‘diberkati’ akan sentiasa dilindungi Allah.

Ada juga kalangan sahabat saya yang berkata “Diorang(UMNO) ni fikir dia je la yang boleh memerintah dan dia lah yang bagus dalam memerintah, ni semua sebab dah lama sangat memerintah lah ni..sampai tak tahu  nak membezakan yang buruk dan baik. Semuanya dah bercampur aduk. Semuanya ‘berkepentingan’. Bukan apa syeikh, takut kita sekali kena bala’Nya.”

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s