Makhluk Yang Halus

Suatu hari ketika di dalam kelas pengajian Moral, seorang anak murid saya bertanyakan satu soalan.

“Cikgu, cikgu percaya hantu ke?” soalnya dengan pelat Tionghua yang jelas. “Ya, saya percaya hantu sebab hantu tu sebenarnya syaitan.” “Ini kan, budak laki kata dekat chalet lelaki ada hantu lo,”. “Ya ke? Diorang nampak?”. “Ada. Diorang nampak orang tua duduk dekat common room sampai pagi.” “Habis tu, diorang buat apa?” “Diorang takut. Duduk dalam bilik aje sampai pagi”.

“Apartment cikgu ada hantu ke?”, soalnya ingin tahu. “Alhamdulillah, setakat ni saya tak pernah dengar lagi. Tapi memang ada di mana-mana”.

Pagi tadi, saya tiada kelas di awal pagi. Seusai menghantar anakanda-anakanda ke PASTI dan taska, duduk bersarapan seorang diri menjamah roti sambil melihat Malaysia Hari Ini di TV3. Topik perbincangan adalah tentang filem Jangan Tegur yang baru sahaja ditayangkan di pawagam-pawagam. Ngeri dan seram juga tengok promo filem ini. Ishh.. manusia ni sengaja mencari penyakit.

Benarkah hantu wujud dalam bentuk yang sering dipaparkan di filem-filem seram kegilaan penonton Melayu ini?

Hantu, makhluk halus, syaitan, jin sememangnya wujud. Ada yang beriman dengan Allah dan ada yang tidak. Surah al-Jinn ayat 11 bermaksud;

 
“Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang salih dan di antara kami ada pula yang tidak demikian.  Adalah kami menempuh jalan yang berbeza.”

Sepertimana juga manusia ada yang beriman dan ada yang tidak. Bagi makhluk halus yang tidak beriman akujanji mereka kepada Allah adalah untuk menyesatkan manusia dalam apa jua cara dan keadaan. Surah al-A’raf ayat 16 dan 17 bermaksud;

 
“(Iblis) berkata, kerana Engkau telah menghukum aku sesat, aku benar-benar akan menghalang mereka dari jalanMU yang lurus.  Kemudian aku akan datangi mereka dari muka dan dari belakang, dari kanan dan kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan daripada mereka bersyukur”

Itulah ketetapan mereka untuk menyesatkan kita manusia daripada bertuhankan ALlah s.w.t. Namun seringkali juga kita tersesat sendiri lantaran keinginan nafsu kita untuk berperilaku sepertimana syaitan.

Semua makhluk halus pada dasarnya tidak dapat dilihat oleh manusia disebabkan unsur asal kejadiannya berlainan daripada unsur kejadian manusia.  Ini merupakan salah satu rahmat Allah s.w.t. kepada manusia.  Andainya Allah s.w.t. memperlihatkan jasad jin dan syaitan, umumnya kekuatan manusia akan lemah melihatkan makhluk halus yang dengan rupa bentuk makhluk yang terlalu berbeza dengan jasad manusia.

Sebab itulah hanya tengok promo filem sahaja pun sudah mengerikan. Selain itu juga kita sangat tidak digalakkan untuk keluar pada waktu senja dan malam. Hadith daripada riwayat Bukhari bermaksud;

“Apabila malam meliputi (atau apabila malam menyelubungi) maka cegahlah anak-anak kamu, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu berkeliaran ketika itu.  Maka apabila luputlah satu ketika daripada Isyak, maka berilah kebebasan kepada mereka, selak pintu kamu serta sebut nama Allah dan padamkan lampu serta sebut nama Allah, dan tudunglah bekas-bekas minuman kamu dan sebut nama Allah, dan tutuplah bekas-bekas makanan dan menyebut nama Allah biarpun bekas itu telah ditudungi atau direntangi sesuatu ke atasnya.”

Jelasnya anak-anak kecil dan sesiapa sahaja perlu berada dalam rumah pada waktu Maghrib.  Jangan biarkan diri berada di luar rumah kerana pada masa itu segala jenis makhluk halus sedang keluar dari tempat kediaman masing-masing untuk mencari rezeki sambil mengenakan mangsanya.

Rasulullah s.a.w. menyuruh supaya setiap orang mengurangkan keluar pada waktu malam kerana pada waktu malam segala kejahatan buruk boleh terjadi tanpa diduga. Keluar pada malam itu tidak digalakkan kecuali sebab-sebab tertentu.  Apatah lagi jika keluar seorang diri.  Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda:
 
“Andainya manusia itu tahu apa yang terjadi ketika berseorangan, seseorang itu tidak akan berjalan bersendirian biarpun satu malam buat selama-lamanya.”

Selain itu menurut satu sumber yang saya temui, bilangan manusia adalah kecil berbanding syaitan. Manusia 1 syaitan 9. Namun, nisbah manusia + syaitan berbanding malaikat ialah 1 nisbah 9.

Justeru, apa lagi? Tiada faedahnya menonton filem-filem seram yang hanya akan menambahkan ketakutan kita kepada makhluk bahkan menjauhkan kita dari mengingati Allah. Juga, jangan sekali-kali berharap untuk bertemu dengan makhluk halus. Jika besar keinginan itu, nescaya Allah kabulkan.

Pertebalkan pendinding diri dengan menambah amal dan keikhlasan. Lazimi bacaan ayat-ayat al-Quran di rumah, di bilik malah di mana jua. Sesungguhnya syaitan itu mampu menjelmakan diri dalam apa jua keadaan dan wajah kecuali wajah Rasulullah s.a.w.

Filem-filem seram inilah satu serangan pemikiran yang ditujukan buat diri sendiri. Bayangkan anda mengambil pistol dengan tangan  sendiri dan menembaknya ke arah kepala anda sendiri. Begitulah perumpamaannya menggagahkan diri ke panggung wayang untuk menonton filem seram!

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s