Meniti Jejak Tuhan

Malam tadi seusai majlis itu saya terus balik ke rumah selepas menitipkan beberapa pesanan buat  Pengarah Projek. Jam digital di telefon saya menunjukkan angka 12. Namun, mata ini tidak mampu dilepaskan bebanannya daripada terus terbuka. Minda berpusing. Mana mungkin mata meninggalkan tuan pemberi arahannya keseorangan sebelum diberi arahan untuk berhenti bertugas. Patuhnya mata kepada minda..

Wajah mereka datang silih berganti. Berselang seli dengan perkara-perkara lain yang berlaku malam itu. Bercampur baur. Wajah-wajah yang datang itu muncul dalam bentuk yang berbeza daripada biasa. Ya, ada sesuatu yang membaluti kepala mereka. Sesuatu yang sebelum ini terkasyaf, namun ada helaian yang menghijabnya malam itu.

Saya bersyukur. Bukan kerana majlis telah selesai. Bukan juga kerana majlis berjalan lancar. Sedangkan terlalu banyak  perkara pada malam itu yang membungkam jiwa lantaran kelemahan jihad dalam diri ini. Namun, syukur itu saya panjatkan kerana mesej itu sampai kepada mereka. Mesej bahawa hijab is essential, lantas mereka hadir dengan berhijab, meskipun realitinya majlis itu adalah empunya kaum Hawa. Jika mereka hadir sepertimana keadaan biasa juga tiada apa-apa, namun mereka memilih sebaliknya.

Wahai adik-adik, usaha kalian itu satu permulaan yang baik. Sebuah perjalanan bermula daripada langkah yang pertama. Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah juga bermula daripada langkah yang pertama. Meskipun ia berat, namun demi Tuhan, langkah diatur. Begitu juga kita. Walaupun terlalu banyak mata-mata yang memerhati, namun diri adik-adiklah yang harus digagahkan untuk mengatur langkah menuju redha Ilahi.

Jangan khuatir dan risau. Bukankah terlalu ramai di luar sana yang mahu membantumu. Yang sentiasa mengalu-alukan permulaan hijrahmu. Yang menghulurkan tangan membimbingmu. Pautlah tangan mereka. Berjalanlah dengan bimbingan mereka, walaupun hakikatnya Allahlah yang membimbingmu.

Apa yang penting, hijab itu harus bermula dari hatimu. Hati yang ikhlas inginkan perubahan ke arah kebaikan. Keikhlasan yang akan bertapak di hati dan kekal menjadi prinsip dan bukan ikutan atau budaya semata-mata. Allah berpesan dan berjanji dalam surah al-‘Ankabut ayat 69;

“Dan orang-orang yang berjihad (berusaha) kepada Kami, nescaya kami akan anugerahkan kepadanya jalan-jalan Kami”

Begitu juga buat yang lain. Jangan berfikir bahawa pakaianmu sudah berhijab, sudah sempurna segalanya. Bahkan sebenarnya pemikiran itulah yang membawa dirimu serendah-rendahnya. Terlalu banyak lagi perkara lain yang perlu dihijrahkan. Hijrah pemikiran, hijrah matlamat, hijrah muamalat, sudahkah kita melakukannya?

Siapapun kita, berhijrahlah ke arah mahmudah. Bukankah tiada lagi hijrah selepas pembukaan kota Mekah melainkan hijrah jihad dan niat?

Pasakkan hati dan pemikiranmu pasti laskar tentera anggota yang lain akan menurutinya. Begitulah juga seharusnya fitrah seorang manusia hamba, harus kembali menuruti perintah Tuhannya. Kerana kepadaNya jua kita akan kembali nanti.

Doaku mengiringi kalian…

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s