Kahwin?

gerbang perkahwinan
gerbang perkahwinan

Dalam kelas hafazan saya pada hari Isnin yang lalu, sambil-sambil menunggu mereka bertasmi’, saya dapat ‘menangkap’ bait-bait perbualan mereka yang berkisar berkenaan ‘kahwin’.

Sememangnya kelas hafazan dan tilawah adalah kelas yang agak santai, namun ia tidaklah boleh di’status’kan sebagai ‘kelas lepak’.

Lalu saya menegur mereka “Ni  apa ni,cerita kahwin-kahwin?, baca-baca..lepas ni nak cerita-ceritalah.Habis masa tak baca lagi..denda akan menanti. ” Sekadar gertakan cuma, hakikatnya kelas ini belum pernah merasai ‘denda’ saya.

Mereka tersenyum dengan teguran saya, tersipu-sipu dengan perbualan mereka yang dapat saya ‘detect’.

Di dalam hati, ingin saya titipkan ‘pujian’   buat mereka kerana walaupun mereka berbual, mereka masih lagi dapat menghafal dengan baik dengan kata lain mereka ‘on the right track’.

Soalan

“Ustaz! dulu ustaz kahwin umur berapa tahun?”sekonyong-konyong soalan itu dilontarkan kepada saya.

Saya hanya berdiam sahaja kerana sedang menyemak bacaan salah seorang daripada mereka.

“Ustaz dulu kahwin guna borang macam Ustaz Idris ye.” lagi satu soalan dilemparkan kepada saya.

Masih lagi membatukan diri kerana tumpuan kepada al Quran tetapi sedikit terusik dengan soalan itu.

“Ustaz jumpa isteri ustaz kat mana..?”soalan seterusnya.

Kebetulan semua telah selesai bertasmi’,dan masih ada sekitar 9 ke 10 minit untuk saya menjawab soalan mereka secara pukal.

“Hai, belum habis SPM dah pandai cerita-cerita kahwin.” Sinis saya pada mereka. Opps! hampir terlupa saya, yang bertanya ini adalah kalangan banat(murid perempuan). Manakala yang banin(murid lelaki), konon-kononya khusyuk menelaah tetapi sebenarnya sedang ‘menadah’ telinga. Meraka semua bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

“Ala ustaz,merancang je..kita kena berfikir ke depan.” Salah seorang daripada mereka menjawab.

“Ana berkahwin dalam sekitar umur 20-an.” Ringkas saya.

“Pakai borang?” Ulangan soalan untuk mendapat kepastian barangkali.

“Macam mana tahu? Ustaz Idris bagi tahu ke?” Sedikit tersipu dengan soalan itu.

“Ha’aa, dia cerita pasal dia nak menikah dahulu..ustaz dulu sekali dengan Ustaz Idris jugak ke?”jawab dan tanya salah seorang daripada mereka sambil tergelak kecil.

“Kami sebaya, tapi dia senior ana..ana kerja dulu baru apply universiti…kami dulu terlibat dengan haraki, so baitul muslim sudah menjadi kemestian..borang tu sebagai perantaraan perhubungan.” Lebar saya kepada mereka.

Masa menunjukkan 9.50 pagi, sessi kelas hafazan al Quran tamat.

“Ok! masa tamat..Insyaallah jumpa lagi hari Khamis.” (Doa penutup) dan memberi salam.

“Ala ustaz tak habis lagi.” rungut seorang dari mereka.

“Nanti kita sambung lagi..”jawab saya sambil tersenyum.

Kahwin?

Saya ada menjelaskan kepada kelas saya tentang perkahwinan sewaktu muda. Saya katakan bahawa kahwin muda ini bagus kerana dari sudut ekonominya bebanan cukai itu akan berkurang berbanding mereka yang masih bujang.

Kenapa?

dengan berkahwin akan beroleh ketenteraman
dengan berkahwin akan beroleh ketenteraman

Ini kerana bagi mereka yang sudah berkahwin, tanggungan terhadap isteri dan anak-anak akan mendapat pelepasan cukai dan ini akan mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar.

Mungkin ini berkait rapat dengan pendapatan. Ya! memang benar kerana saya mengandaikan bahawa mereka selepas ini akan melanjutkan pelajaran ke mana-mana universiti dan sudah tentunya mereka akan menjawat jawatan yang setaraf dengan kelulusan mereka yang sememangnya akan melebihi paras pendapatan boleh cukai.

Oleh kerana itu seruan saya kepada mereka agar berkahwin awal.

Kiraan ringkas bayaran cukai

Pendapatan tahunan (bulanan x 12)+ bonus + elaun = RMXXXXXX (a)

tolak pelepasan cukai

Diri sendiri    RM8000, isteri RM5000, anak-anak (seorang RM1000), KWSP RMXXXX, takaful hayat RMXXXX = RMXXXXXX (b) (Jumlah pelepasan cukai)

Pengiraan cukai akan dikira selepas (a) – (b) mengikut jadual taksiran kemudian barulah di potong dengan zakat.

Cuba perhatikan cukai seorang bujang berbanding cukai seorang yang berkahwin.

Sudah tentu cukai seorang bujang akan lebih banyak berbanding cukai seorang berkahwin. Seorang bujang tidak akan menikmati pelepasan cukai (isteri RM5000 dan anak-anak RM 1000 seorang). Minimum potongannya ialah RM6000 (isteri dan seorang anak).

Maka, sudah pasti jumlah cukai yang perlu dibayar oleh individu bujang melebihi jumlah cukai seorang berkahwin.

Teringat

Sewaktu belajar di sekolah agama dahulu , masih segar diingatan antara bab yang paling diminati ramai ialah bab munakahat.

Jika bab muamalat, faraid, tauhid, fekah, sirah dan sebagainya, kebanyakan kami selalunya tidak fokus dan mengantuk tetapi “katakan tidak” kepada munakahat.

Ustaz yang mengajar juga terlalu ‘mahir’ dengan contoh-contoh yang kekadang mengeletek hati sehingga ‘faham’nya tidak seperti bab-bab yang lain.

Tetapi di akhir kelas , lazimnya ustaz saya akan mengingatkan bahawa perkahwinan bukan perkara yang remeh kerana pencariannya adalah bermula sedari sekarang (masih bebudak belasan tahun).

Begin with the end in mind

Dalam buku ‘The 7 habits of highly effective teens’ karangan Sean Covey ada menjelaskan bahawa remaja yang cemerlang adalah remaja yang berfikir tentang apakah kesudahan yang akan berlaku atas setiap tindakan yang dilakukan.

Menulusuri situasi terkini dengan bercambahnya budaya ‘hedonisme’, kalangan masyarakat semakin prejudis dengan hal-hal disekeliling mereka.

Ada kala terlalu mengongkong dan terkongkong dan ada juga yang  membiar dan terbiar.

Begitulah masyarakat kita kini.

Bagi mereka yang sedang di ‘alam  fana cinta’, sudah tentu mereka tidak peduli dengan yang lain kerana sedang asyik dengan cinta…Love is Cinta, Cinta itu Kurap dan Aku dibius Cinta. (meminjam kata-kata Ustaz Hasrizal)

Saya bersetuju dengan beliau tentang mereka yang sedang dilamun keasyikan menggaru ‘kurap’ (cinta) yang  semakin digaru semakin sedap. Berfikirlah akan akibat dan kebarangkalian yang akan berlaku di hari depan.

Jika di awal percintaan semuanya ‘manis’ belaka..andai..berlaku musibah, gadis berkenaan terlantar rebah dek ‘accident’ dan lumpuh pinggang ke bawah..adakah masih setia dengannya.

Jika di awal percintaan semuanya ‘manis’ belaka..andai kata waktu si isteri sedang mangandungkan anakmu, dan di waktu itu juga si isteri berasa mual (hendak muntah-muntah)ketika menghidu bau badanmu selama 9 bulan. Adakah sanggup berdepan dengan cabaran sebegitu?

Banyak lagi kebarangkalian yang akan berlaku..soalannya adakah persediaan diatur rapi? atau ‘manis’ itu tinggal menyepi.

Berkahwinlah…

Berfikir tentang perkahwinan dan pilihan bakal yang akan dikahwini adalah normal kerana orang yang tidak berfikir tentangnya boleh dianggap tidak normal kerana ia adalah sunnah dan fitrah seorang manusia yang dijadikan oleh Allah SWT. 

Rasulullah SAW bersabda :

“Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, ia bukan dari aku (yakni bukan dari umatku). Berkahwin adalah sunnah kerana itu siapa yang mengasihiku hendaklah ia melaksanakan sunnahku.” (Riwayat Ahmad bin Hanbal)

Baginda menegaskan lagi..

“Seorang hamba Allah yang telah beristeri ia telah melengkapkan separuh agamanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah untuk memenuhi kekosongan sebahagian lagi.” (Riwayat al Baihaqi)

‘Abdullah ibni ‘Abbas pernah mengatakan “Hendaklah kamu beristeri, kerana sehari  hidup beristeri lebih baik daripada seribu tahun beribadah.”

Dan dalam keadaan sakit yang tenat ‘Abdullah ibni Mas’ud berkata “Kahwinilah aku, kerana aku tidak ingin menghadap Allah dalam keadaan membujang.”

Ingatlah Rasulullah SAW juga telah bersabda

“Hendaklah kamu berkahwin agar dapat melahirkan keturunan. Pada hari kiamat kelak aku berbangga jika kamu menjadi umat yang banyak daripada umat-umat yang lain.” (Riwayat al Baihaqi)

Tetapi sebelum itu,usah terpedaya dengan nafsu dunia kerana  Rasulullah bersabda

Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kecantikkannya, kerana kebaikan akhlaknya dan kerana agamanya. Kahwinilah dengan wanita yang baik penghayatan agamanya, engkau akan mendapat ketenteraman.” 

 

 

 

 

 

12 thoughts on “Kahwin?

  1. wargh….bab yg hot.isu yg selalu org akan pasang telinge.dr yg ngantok tetibe bole segar.ahaks.ade bnt f5 da merancang umur 18 nk betunang dan 19 berkahwin.awal nye!! tp bagus la ade mase dpn. “org yg bercerite tentang mase dpn perkahwinannya,beribu malaikat akan amin kan.”

  2. Allah maha adil . YESSS ! manade teruk kaaaan ust kaan? HAAAA. ni orang yang berwawasan berkata kata (= HAHA.

  3. Tak salah berbincang pasal hal masa hadapan…mereka tak teruk. orang yang teruk ialah orang yang tidak ada perancangan masa hadapan;)

  4. waah! ust! pelik2nya anak murid ust. sape laa yg tanye macam2 tuh yer..?

  5. kumpul dulu duit, lepas tu cakap ngan mak bapak jangan letak harga tinggi2,,kalau letak macam harga artis..tak kahwin la gamaknya.

  6. haha, kantoi. kahwin cepat memang boleh elak bayar cukai banyak tapi duit tak ada, macam mana?

  7. ehem siapa lah tu kan yang ckp kita kene fikir masa depan (ni dah malu niii) nasib ust tak sebut nama sy.HAHAHAH

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s