Tunggu Orang Lalu(TOL)

“Amacam!, dengar-dengar tol nak diturunkan.” sua Najib.

” Eh! bukanlah, baru cadangan nak dikaji..belum turun lagi.” tegas Udin.

“Agak-agaknya turun ke? Ye-ye je cakap, ntah-ntah gimik..tak habis-habis “cebik Keri.

“Peh! ini kalau si Velu dulu tu yang jadi menteri, mesti  pening dengar dia punya ulasan..mujur lah tak de lagi.” lega si Udin.

Suara gelakan memecah suasana santai makan tengahari di Cafe Dijah.

anda faham? saya pun tak faham...itulah cerita tol
anda faham? saya pun tak faham...itulah cerita tol

Baru-baru ini, kerajaan pimpinan Dato’ Najib Razak telah menyerahkan tanggungjawab kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mencari penyelesaian komprehensif bagi menangani kenaikan harga tol setiap 3 tahun sekali.

Saya tertarik dengan isu ini kerana saya adalah kalangan pengguna yang menggunakan lebuhraya utara selatan samada untuk ke selatan(Johor) mahupun ke utara (Perak). Secara tidak langsung ia banyak memberikan impak kepada si pengguna apatah lagi bagi mereka yang menjadikan lebuh raya sebagai jalan perhubungan ke tempat kerja.

“Penurunan harga tol sebelum ini iaitu hanya pada sekitar waktu 12 tengah malam hingga 7 pagi adalah tidak sesuai.” kata datuk Mohd Salleh Majid (Bekas Presiden Bursa Malaysia)

Kritikan

najib-razakSatu perkara yang saya perhatikan dengan kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib Razak dengan slogannya 1Malaysia ialah:

i. Sedaya upaya memuaskan hati rakyat dengan kajian terhadap kenaikan harga tol

ii. Menarik perhatian rakyat agar kerajaan pimpinannya adalah memperjuangkan kehendak rakyat yang selama ini memberontak dengan kenaikan harga tol

iii. Tidak mahu di’tewas’kan dengan isu-isu lapuk yang tidak pernah selesai.

Secara rationalnya, saya memandang ini adalah satu perkembangan yang baik. Namun ia tidak bermakna kerajaan akan terlepas dari kritikan sebagai satu usaha menarik balik pengundi yang sudah lari kepada pakatan pembangkang.

‘Track record’ barisan kerajaan boleh dijadikan kayu ukur, sejauh mana mereka telah melangsaikan janji-janji mereka kepada rakyat khasnya golongan marhaen.

Cadangan

Dalam hal ini, beberapa cadangan boleh  difikirkan oleh kerajaan dalam usaha untuk mengkaji semula kenaikan harga tol ini.tol2

i. Kerajaan harus mengambil alih pengurusan lebuhraya, manakala urusan penyelengaraan lebuh raya perlu kepada tender terbuka.

ii. Teruskan konsesi sedia ada, kos kenaikan tol harus ditanggung oleh kerajaan tanpa membebankan kepada rakyat.

iii. Ambil tanggungjawab untuk menolak sebahagian gaji dan elaun menteri-menteri kabinet bagi menampung kos kenaikan tol.

Jika ini dapat dilakukan, ia dapat menagih simpati rakyat dan ia juga menepati slogan 1Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri ke-6 Malaysia.

Mutiara Pimpinan

Saya ingin menitipkan contoh pemimpin Islam yang harus diambil iktibar akan keperibadiannya dalam menangani masalah rakyat dan sifat amanah atas nama  pemimpin kerajaan.

Dia yang dimaksudkan ialah Umar Abd Aziz. Keperibadian yang harus dijadikan teladan setiap pemimpin.

Kesederhanaan Saidina Umar Abd Aziz, sewaktu dia dilantik sebagai khalifah, ada yang menyerahkan kenderaan rasmi kepadanya. Namun dia berkata “Jauhkan kenderaan ini daripadaku.”

Dia sebaliknya berjalan menuju ke arah keldainya.

Begitu juga dengan kisah memadamkan lampu apabila selesai menjalankan tugasan kerajaan dan perbualan atau perbincangan dengan anaknya yang tiada kaitan dengan urusan kerajaan. Hal ini adalah maklum bagi setiap pemimpin.

Sifat ini jika dipandang sekali imbas tidak terdapat dalam hati setiap menteri kabinet.

Oleh itu, ambilah iktibar atas kepincangan masyarakat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara. Islam melengkapi segala-galanya, uruskanlah dengan sebaik-baiknya.

4 thoughts on “Tunggu Orang Lalu(TOL)

  1. T.O.L (tunggu orang lalu atau Tidur_sambil_tunggu Orang Lalu) yang pernah saya jumpa hanya satu – iaitu di LEMBAH BERINGIN
    wakaka…

  2. marhaen yang cuba ana maksudkan ialah golongan berpendapatan rendah..boleh rujuk kamus DBP ye;)

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s