Yang Segar-Segar Sahaja

Mana satu handsome, 'Ulwan atau si bunga raya?
Mana satu handsome, 'Ulwan atau si bunga raya?

Subhanallah.. Maha Suci Allah yang menyediakan segala-galanya di muka bumi ini untuk faedah manusia. Daripada jirim yang bukan hidup sifatnya, sehinggalah yang dinamakan sebagai benda hidup seluruhnya memberi faedah akhir kepada manusia.

Namun harus diingat, tiada suatu pun hasil yang dinikmati manusia datang dengan bergolek. Setiap musabbab pasti ada sebab. Inginkan faedah harus ada kaedah. Inginkan hasil harus ada usaha. Inginkan kejayaan harus ada cara. Ringkasnya, semuanya harus bermula dari kita.

Faedah yang ingin saya sentuh hari ini adalah berkaitan pemakanan yang segar, baik-baik dan berzat. Dalam Islam sememangnya makanan yang mempunyai ciri-ciri tadi sangat dituntut pengambilannya. Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud;

“…dan Allah menghalalkan bagi mereka yang baik-baik dan mengharamkan begi mereka segala yang buruk.”

Rasulullah s.a.w juga menyukai makanan yang berzat dan berkhasiat. Baginda hanya akan memakan makanan yang pada kebiasaannya dimakan oleh orang setempat seperti daging, buah-buahan, roti dan tamar serta tidak akan memaksa dirinya mengambil makanan yang luar biasa. Tidak seperti kita hari ini yang begitu teruja untuk mencuba makanan yang baru dan luar biasa!

Justeru, bagaimana caranya untuk mendapatkan yang segar, baik dan berzat? Ya, salah satu caranya adalah dengan menanam sendiri tanaman seperti sayur-sayuran. Mulakan dengan tanaman berskala kecil untuk kegunaan sendiri. Selain daripada menjimatkan belanja dapur, anda juga boleh mendapatkan sayuran yang segar dari ‘ladang’, bebas dari racun serangga dan bersifat organik!

Kangkung, bayam, sawi..Alhamdulillah cukup untuk minggu ini.
Kangkung, bayam, sawi..Alhamdulillah cukup untuk minggu ini.

Minat menanam memang ada dalam diri saya. Tetapi minat tersebut hanya mampu dilaksanakan hujung tahun lalu. Bermula daripada penanaman hidroponik saya mula berpindah arah menanam sayuran menggunakan ‘polybeg’. Hasilnya memang mengujakan! Sesungguhnya Allahlah yang menghidupkannya, tetapi yang menyeronokkan hati adalah apabila menuai hasil. Logiklah Rasulullah s.a.w menyarankan kita agar berusaha sendiri dan tidak mengharapkan orang lain untuk memenuhi keperluan kita sendiri.

Kini, saya mengamalkan pemakanan sayur-sayuran secara organik tanpa perlu berbelanja besar. Melalui amalan ini juga membolehkan saya mengawal pemakanan saya dan keluarga. Amalan menanam ini juga boleh dilakukan secara bersama dengan ahli keluarga. Anak-anak juga dapat belajar sesuatu tentang hidupan. Walau apapun, kesan baiknya sangat besar untuk diri kita.

Patuhnya tanah, air dan udara melaksanakan perintah Allah..
Patuhnya tanah, air dan udara melaksanakan perintah Allah..

Jika saya boleh melakukannya, anda juga boleh! Kerana sesungguhnya bukanlah kerana tangan manusia yang sejuk atau panas, bahkan Allahlah yang menghidupkannya.

2 thoughts on “Yang Segar-Segar Sahaja

  1. wah…saya juga teruja..ustazah atau ustaz yang menanam?

    parents saya amat handal menanam segala macam pokok, anaknya ini suka, tetapi tak mencuba.

    kena cari rumah yang ada tanah besar. kalau tak de pon, teknik polybeg pon jalan. Kalau sudah minat…..

    nanti kami singgah makan sayur fresh la ye ustazah. hehe =)

  2. wah.. ustazah.. nnt ajar saya menanam ek..
    saya pun suka menanam.. malangnya, slalu mati aje pokok2 yang saya tanam.. hihi.. (malas nak siram kot..hihi)

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s