Liberalisasi..

wang bukan segala-galanya
wang bukan segala-galanya

Ketika sedang menikmati hidangan malam sambil mendengar berita di TV, Dato Seri Najib Razak mengumumkan akan melaksanakan liberalisasi perkhidmatan dalam menangani situasi global yang agak meruncing.

“Liberalisasi perkhidmatan?” soal saya di dalam hati.

Selaku Perdana Menteri dan merangkap Menteri Kewangan, saya mengakui tugas untuk mengelakkan ekonomi Malaysia dari terus terjerumus ke kancah masalah ekonomi global adalah suatu yang jelas kesukarannya.

Ramai orang boleh menuding jari tentang banyak perkara, tetapi pelaksanaan tanggungjawab selaku seorang yang ‘bertanggungjawab’ dan amanah dengan tugasnya adalah perkara yang bekalan ke akhirat kelak.

Mungkin ada yang kata..

“Emm, politik la tu.” atau

“Nak menguntungkan kroni dia la tu.”

Liberalisasi perkhidmatan?

Dalam ruang masa yang agak terhad untuk merujuk definisi sebenar liberalisasi perkhidmatan, saya ‘berijtihad’ bahawa ia sama dengan liberalisasi ekonomi.

Jika benar itu yang dimaksudkan, maka liberalisasi perkhidmatan ini adalah melonggarkan peraturan atau undang-undang sebagai satu cara untuk menarik  masuk pelaburan asing terutama kepada pelaburan langsung asing ke dalam Malaysia.

Apa dan siapa yang akan terlibat?

Jika liberalisasi perkhidmatan ini berlaku maka kemungkinan perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan yang dulunya ditadbir oleh kerajaan akan di’swasta’kan dalam lain perkataan akan diberi kepada sektor swasta untuk mentadbirnya.

Sektor perkhidmatan apa yang boleh diswastakan bergantung kepada kerajaan.

Apa yang jelas isu yang dijangka akan timbul ialah kemungkinan IJN (Institut Jantung Negara) mungkin juga tidak dapat lari daripada di’swasta’kan.

Efisyen ke swasta?

“Kalau anta sakit, demam ke contohnya..enta pergi ke mana?” tanya saya kepada pelajar saya.

“Klinik.” ringkasnya.

“Kenapa klinik?Kenapa tak pergi ke hospital berdekatan..Hospital Selayang, Hospital Kuala Lumpur dan sebagainya?” soal saya lagi.

” Huh! jangan main-main ustaz, setakat pesakit luar ni yang demam-demam biasa ni tak yah la menunggu kat hospital..penat je..boleh jadi beghejam menunggu.”jelas pelajar saya.

Perbandingan pengurusan kakitangan kerajaan dan swasta telah dapat dibandingkan dengan baik oleh si pelajar ini.

Inilah situasi perkhidmatan yang kita alami selama ini. Bahkan ada juga ‘manusia’ kerajaan yang menggunakan kesempatan masa terluang untuk ‘lepak-lepak’ dulu barulah buat kerja yang ada.

Kekadang surat yang memerlukan masa beberapa minit itu juga memakan masa dua minggu(masa ‘standard’) untuk siap. Padahal urusan itu boleh dipendekkan dalam masa satu hari sahaja.

Pro dan kontra

Swasta sangat mementingkan masa dan beriringan dengan untung yang tidak dapat tidak adalah objektif utama. Jika liberalisasi perkhidmatan ini terlaksana maka isu kecekapan dan birokrasi mungkin dapat diatasi.

Manakala perkara yang mungkin akan timbul ialah ‘ongkos’nya. Seumpama perkhidmatan klinik dan hospital kerajaan, pesakit luar hospital kerajaan hanya perlu mendaftar RM1 (mengambil harga zaman saya kecil-kecil dahulu), dan perkhidmatan serupa di klinik swasta memakan puluhan ringgit dan kemungkinan golongan tertentu tidak dapat menikmati perkhidmatan yang cekap ini kerana ‘ongkos’nya besar.

Renungan

fiqh-al-awlawiyatDalam fiqh al awlawiyat, ada dua istilah yang lazim digunapakai iaitu maslahat, maksud mudahnya ialah kebaikan atau faedah dan mafsadat iaitu keburukan dan kerosakan. Setiap keburukan yang meliputi perkara-perkara haram sudah tentu mempunyai mafsadat yang hendak kita jauhkan manakala setiap bebaikan yang meliputi perkara-perkara sunat, harus dan wajib juga mempunyai maslahat yang kita perlu laksanakan.

Di sini, pemimpin boleh berijtihad untuk mengambil mana kaedah yang iaitu jika ada dua perkara yang mendatangkan kemudaratan iaitu mafsadat dan harus memilih salah satunya, maka dia(pemimpin) harus memilih mana satu yang paling kurang mafsadatnya. (rujuk http://hafizfirdaus.com/content/view/161/79/)

Apa dalam minda anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s